Monday, January 07, 2013

Ribut Tropika Sonamu menuju Malaysia






* Taken from HERE

UPDATE : Dikeluarkan pada pukul 05:54AM, 07 Januari 2013

AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan



Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.8 U dan Longitud 108.5 T, pada jam 5:00 pagi 7 Januari 2013, kira-kira 606 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 10 kmsj.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Pedalaman) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan), Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 07 Januari 2013, jam 05:54AM



Ikuti perkembangan di Facebook  Malaysian Meteorological Department  laman web MET
 Dan jugak perkembangan dr Philiphine sini  

Tapi asal tak der kuar dalam paper ek ....ke ai terlepas pandang kat news paper ....hahahhah rupanya ada . Ai je tak perasan akakkakakak ....

tew la kan berita tak sempat tgk .....paper pun jarang baca ...kang dah terlepas info . Punya la semer duk ckp pasal Sonamu nih ...ai baru terhegeh2 cari info betul ke tak nih ....n rupanya its true .....




Semalam ai siap msg my sister lagi n bagi apa apa info yg patut ...risau pun ada sebab her house dkt ngan pantai .........to those yg duk kat pantai timur harap dapat ambil langkah berjaga jaga ....dan sama sama kita berdoa agar ribut ini takkan menyebabkan kerosakkan yg teruk . 

Friday, January 04, 2013

Maternity photoshoot

Suddenly ada few email yg masuk tanya pasal maternity photoshoot . My dear beloved readers sekalian ....ampun sangat sangat sebab akak skrg mmg sangat slow dah amik gamba . Skrg dah banyak komitment n mmg tak sempat sangat nak amik any job . Kalau amik pun utk closed friends n relative sahaja .



Semer pun nak posing cam kak Filla .....pagi nih ai terus bukak blog filla ...ke filla ada apdate gamba dia masa preggy kan amani dulu . Tak der pun ....tapi asal tetiba ada 3 4 org tanya pasal photoshoot ibu mengandung ....bahaya amik gamba bloger popular nih ...sebab terus semer nak posing cam filla .........auw ...nangis hokey tgk gamba nih ...preggy  pun masih ada curve cam tew ...

 
 Bila tgk balik gamba gamba nih rasa cam windu la sngat nak klik2 my kamera tew .....tapi tew la nak wat cam na ...mmg tak sempat betol sekarang plus pak sutan pun sambung blajar so weekend dia sangat full .

Time ai decided nak slow amik amik gamba nih la ...masa tew la jugaks kemain ramai yg tanya . Mmg berat hati nak tulak but what to do ....huk huk .

So sesapa yg email ke Moon ....ai mintak maaf sangat2 kalau ai terpaksa tolak ya ...jgn kecik hati ngan hakak nih ya ...........

Pstttt Filla ... baby nom 3 lom ada gamba preggy kan ..........jomssssssss ( tetiba tangan terasa gatal nak kllik klik kamera ............oooo ai sangat pemalas sekarang . Nak amik gamba anak pun malas ...hish hish hisss tak elok tew )
wahai semangat rajin ...cepat la menjelmaaaaaaaaaaaaa

Anak gadis

Kemain senyum lagi bila amik gambar passport . Lepas dah amik gamba nih kemain nak mintak amik gamba lagi sekalik ...siap cakap nak posing lagi skaliks sebab nak posing cam princess plaks . Yaya ooi nih kan gamba nak bagi cikgu ...kalau nak posing2 balik karang la mummy amik kay

Yaya dah masuk tadika . Masa daftar tew kemain la dia sonok tgk sekolah . So bila 1st day tew mmg dia tak nangis sebab dia punya keterujaan lagi lebey hahahhah mmg beza ngan abg Isk dulu . Abg Isk kemain la siap nangis2 lagi ...nasib la adik relax je . Maybe girls kot kan .

Ari tew tanya dia ...

Yaya nak gie skolah kat pokok assam taiping lagi tak

tak nak la mummy ...hari tew yaya acah je ...yaya nak skolah sini la ...skolah Yaya best 



Dia balik skolah kol 12 ....so kol 11 30 am tew saja la pegi jenguk dia . Intai kot tingkap tgk apa yg dia duk tgh buat . Sekalik nampak dia duk menulis tapi mulut dia lagi laju dr tangan yg duk menulis vleyyyyyy . So very the kak nam kak nam hokey ..........sekalik dia nampak moon kat tingkap terus dia kemas bag dia laju laju . Alamakkkkkkkk nampak la plaks ...........sekalik dgr sora dia yang nyaring tew

Cikgu cikgu .........mak saya dah sampai kat luar . Saya dah boley balik kannnnnnnn

Ehhhhh Ameera ......blom lagi . Balik kol 12

Alaaaaaaaa mak saya dah tunggu saya kat luar tew

apa lagi .......terus mak dia cabut kuar dr pagar n masuk kereta hahahhahahah. Mmg la kamu nih Yaya ...tetiba kamu jd sangat talkative kannnnnnnnnnn . 10  min sebelum kol 12 pegi lagi tunggu kat luar tew . Nampak la semer duk beratur ...tapi dia vley plak wat cam umah sendiri jap jap pegi kat meja jap jap pegi kat bag ....walhal org lain duk beratur baca ABC tew ..........hish tak ley jadi nih . So semalam dah pesan kat cikgu dia .

Cikgu anak saya nih suka ckp banyak sket . Kalau cikgu tgk dia tak concentrate sangat cikgu marah je dia ( ckp kat cikgu depan Yaya )

Ha ha dia nih mmg ckp banyak . Ada kawan gaduh dia la yg dtg report kat cikgu ......cikgu tgk si dia buat kat dia ....so dia majuk ..............bla bla bla ......... ( migrain la cikgu tew )

OMG anak dara kuw ............ada tokoh jadi pengawas neh .

Abg Isk plak dah darjah 2 tapi tak risau sangat sebab dia cam ok je kan . Naik van pun naik van yg sama ...yaya pun sama . Lepas skolah mmg terus gie nerseri ....petang baru mummy n daddy gie amiks .

 hu hu bila dedua dah skolah baru la rasa diri ini sudah tua n betapa cepat nya 2 baby ai nih membesar ( ermmmmmmm kelip mata yg sedang berkaca nih laju laju )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...