Monday, January 07, 2013

Ribut Tropika Sonamu menuju Malaysia






* Taken from HERE

UPDATE : Dikeluarkan pada pukul 05:54AM, 07 Januari 2013

AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan



Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.8 U dan Longitud 108.5 T, pada jam 5:00 pagi 7 Januari 2013, kira-kira 606 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 10 kmsj.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Pedalaman) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan), Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 07 Januari 2013, jam 05:54AM



Ikuti perkembangan di Facebook  Malaysian Meteorological Department  laman web MET
 Dan jugak perkembangan dr Philiphine sini  

Tapi asal tak der kuar dalam paper ek ....ke ai terlepas pandang kat news paper ....hahahhah rupanya ada . Ai je tak perasan akakkakakak ....

tew la kan berita tak sempat tgk .....paper pun jarang baca ...kang dah terlepas info . Punya la semer duk ckp pasal Sonamu nih ...ai baru terhegeh2 cari info betul ke tak nih ....n rupanya its true .....




Semalam ai siap msg my sister lagi n bagi apa apa info yg patut ...risau pun ada sebab her house dkt ngan pantai .........to those yg duk kat pantai timur harap dapat ambil langkah berjaga jaga ....dan sama sama kita berdoa agar ribut ini takkan menyebabkan kerosakkan yg teruk . 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...