Tuesday, October 20, 2015

Apa itu demam kepialu

Misti ramai yg dapat msg pasal demam kepialu ni kan. Sebagai seorang yg tak pandai sangat bab bab nih terus laju je tangan google pasal demam kepialu nih. Sebab mmg bukan kita biasa dengar kan.

Kadang bila dapat msg whats app nih sebelum kita share kita kena periksa dulu kan. Yer lah zaman sekarang nih kadang benda tak betul pun laju je org spread.

So semalam gigih cari pasal demam kepialu nih dan jumpa berita ni kat Astro Awani


Belum lagi hilang kebimbangan pasal jerebu yg melanda....dah risau pasal demam kepialu nih plak.

Nak share jugak apa yg Moon baca di Dettol


Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Demam Kepialu (Tifoid)

Apakah itu Demam Kepialu ?
Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan
  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?
Jumpa doktor anda segera

2 hari aje lagi

Assalamualaikum semua.


Moon sedikit bz. Yer lah, event dan jualan kat Globe akan berlangsung weekend ni. Bermula dari Jumaat hingga la Ahad. Selagi tak habis sale selagi tuh la takley lepak2 hahahah. 

Ada yg dah bgtau akan dtg dari Johor, dari Penang, dari Kelantan dan dari Melaka pun ada.


Google Map di SINI


Pandangan depan dan belakang utk ke Sarah Hughes Globe


Kali ni Moon ajak juga rakan rakan blogger utk memeriahkan majlis heheheh

Antaranya adalah

Fillanie
Peej Burhan
Neena Anuar
Mimy Hamid
Lizz
Kak Ai
Julia Johari
Dya Pinkymomma


Mcm last time Moon siap buat ala bazaar kat atas sana n ajak rakan rakan blogger utk bukak booth kat sana. Mmg syiok sangat.






Insyaallah nanti kalau ada rezeki kita boleh buat lagi mcm ni in future



Nanti acara sale akan bermula pada 23 hb dan berakhir pada 25 hb Oct.

Kat bawah ni Moon letak sekali harga upah sebab nanti senang kalau korang nak budget sesiap kan

*Upah jahit Langsir
French Pleat RM7 sekaki
Singapore Pleat RM16 sekaki
Eyelet RM18 sekaki
+ button RM2 sebiji
Tab Top RM16
Kepala with scallop RM30 sekaki

*Upah jahit kusyen
16 x 16 RM10
18 x 18 RM 15
24 x 24 RM 30
30 x 30 RM40

*nanti boleh tanya balik ngan staff lvl 7 k

Thursday, October 15, 2015

Ikan kering talang

ni adalah menu paling best di kala mulut rasa tak sedap...mulut rasa pahit n rasa payau. Masa tengah demam ke apa...yg nih jugak yg bukak selera nak makan hahahah

org lain kalau demam ke apa kemain jadi kurus sebab tak makan. Tapi akak kena makan jugak u olss kalau tak lagi sakit jadinya hahahah dasar perut sangat kan.

So last week kan macam tak sihat je kan...makan semua pun rasa tak sedap tapi kena makan jugak sebab kalau tak makan perut lapar n masuk angin. So kebetulan plak parcel sampai kat opis.

Bukak bukak ikan kering yg akak order dari Marliza di Sabah tuh. Mmg kena sangat la...terus rasa nak wat video cam fyn jamal dapat ikan bilis dulu dulu hahhaha ....rasa cam nak peluk2 plastik ikan kering.

Terus la goreng ikan kering

Ikan kering talang nih yg best nya adalah sebab dia isi. Dulu moon kalau balik penang misti nak jugak ikan kering talang. Kadang cari bahagian isi je.

Sekarang sebab boleh order je....mmg akak order je. Bayar n tup tup sampai barang kat opis hahahah. Plus yg Marliza jual mmg bahagian isi je RM 40 sekilo isi sahaja. Skrg mmg slalu beli udang kering ke...bilis ke...atau apa apa la mmg order ngan dia je. Senang sebab dah kenal kan n mmg tahu barang dia jual barang baik punyaaaaaaaa wink wink.


takyah pening2 nak masak apa....goreng je ikan kering talang nih ngan bawang n cili padi pastuh masa cedok tuh amik sker minyak tuh hahahhahaha. Tak kesah la org kata euuuw minyakkk....yg tuh la best dik oooi. Tapi jangan la cedok minyak buat lauk plak. Nanti minyak tuh buang jugak.

mkn plak ngan nasik panas panas berasap tuh ....perggggg. Terus konpius, eh betul ke aku tgh tak sihat nih hahahhaha

My MIL plak suka buat rendang assam pakai ikan kering talang nih...kadang dia masak asam jawa...so ada rasa masam masam n masin sedap sangat....alamak sambil type sambil telan air liur.

Ikan kering talang ni walaupun dia dlm kategori ikan kering, tapi isi dia tebal n mcm moist je so tak la kering kontang kan.

Dulu pernah beli kat pasar malam sebab teringin punya pasal. Sekali nak hiris ngan pisau pun tak boleh sebab kering sangat. So kena sabarla rendam air dulu bagi lembut. Mmg pottong betul laaaaaaa.

Kalau dapat tang tulang2 tuh pun best. Buat gulai ikan kering letak kentang letak terong letak segala macam la........perggggggggggggg. My MIL buat the best gulai ikan kering in da world...memang dia akan buat seperiuk besar la.

ok la lapar terus....akak nak gie makan la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...