Ajak Talib join sama tapi dia plak kije...tapi dia akan cuti keesokkan nya . Maknanya bila kita org cek out baru dia boleh cek in.
So kami dulu spend 3 hari 2 malam kat sini. Si Sarah la punya seronok. Last time masa dtg Moon tgh pregnantkan Sarah.
Tgk la si kecik tuh, semua drawer dia bukak. Lepas tuh berlari ke sana ke mari...
Kali ni dapat unit bawah. Ok la sket kan...senang nak lari ke kolam renang. Budak-budak nih mmg pantang nampak kolam. Kalau boleh time tuh jugak nak terjun. Bukak baju pun laju2...nasib tak koyak baju. Macam la kolam tuh boleh lari ( hahahha padahal mummy dia masa kecik pun macam nih jugaks la la la la la )
Malam semer tido lena sebab kepenatan hahha
Besoknya pergi cari breakfast.
Yang best nya kat Sri Intan PD nih sebab semua ada keliling resort nih. Jalan sket dah jumpa pantai n jumpa kedai2. So mmg tak susah...semernya dalam walking distance aje .
Budak2 nak main basikal ke ...naik kuda ke ...semer ada kat tepi nih. Tambah plak ni public holiday, mmg meriah dan ada macam macam aktiviti
Patutla pantai nih nampak bersih, sebab dah ada org sapu...bagus la kan. Tapi yg tak bagusnya pengunjung ni la suka tinggal sampah merata rata...jaga la kebersihan sket kan. Kalau anda mampu bawak nasik bawak pinggan mangkuk bagai....bawak la plastik sampah sekali utk bersihkan lepas piknik. Tak susah pun kan. Kalau semua ada kesedaran sivik, pasti pantai2 kita akan bersih.
Ni kadang pampers anak pun ada tepi pantai...adeh.
cam comey je Abd n adik. Masa ni Pak Sutan bawak Yaya balik sebab biasa la anak anak ni. Time makan la nak terberak...nak terkencing
Masa zaman Isk kecik lagi la. Tiap kali ke kedai makan je misti nak berak without fail . Sebab tuh kadang pilih jugak tempat nak makan...pilih jamban yg elok. Sebab kalau yg koto kita plak masaalah sket nak cuci kan.
cuaca mmg cerah ...syukur Alhamdulillah dah tak ada jerebu
Si Sarah pun sama naik nak mandi pantai. Baru je lepas makan nasik lemak banyak. Skali dia tertelan air laut yg masin terus termuntah n kuar semer nasik tuh...aduiii . Ingat kan dia tak mo mandi dah. Sekali lagi seronok nak mandi.
Bila dah panas ...kita gie sambung mandi kat kolam plak
Talib, Baqis n Rafiq dah sampai...since boleh cek in at 2 pm maka mari la kita lepak2 dulu...kami cek out kol 12
Sampai2 je dia dah melompat2 dah nak masuk kolam. So bagi la dia org mandi kolam di kala panas nih kan. Terus garing je sorang2
Kami lepak ngan Talib n Baqis pergi lunch semer...lepas tuh kita org balik umah. Dia org stay kat sana lagi la sebab mertua Talib pun join sama.
Balik tuh rasa macam rugi plak tak pergi cari ikan bakar ke apa ...terus Pak Sutan melencong ke Bagan Lalang. Puas hati makan kat Bagan lalang hahahha
Antara cust terawal..org baru je bukak kedai kami dah duduk dah kat kerusi hahahha. Order mcm biasa ikan pari bakar, sotong goreng, pahat sweet sour pecah telo..kerang bakar...apa lagi ek. Ha Nasik lemak kat Senandung Malam ni sedap. Sos kicap dia pun sedap..
Masuk kereta semer anak anak tertido kekenyangan n kepenatan.
Percutian yg pendek n seronok ..n dekat hahah
Incase rakan rakan TM nak pergi just call nom ni k . Ada banyak lagi kat lain lain di sini tp yg nom Tanjung Bungah cam lain je. Sebab hari tuh kami pergi walk in n nom baru adalah 04-8995492
Sri Intan Resort Sdn Bhd
| |||||
Phone No.
|
:
|
06 662 7262
| |||
Fax No.
|
:
|
06 662 7663
| |||
Office Hour
|
:
|
7.00 am – 10.00 pm (daily)
| |||
E-Mail
|
:
|