Thursday, August 25, 2016

Aloe Vera Gel

Masa Moon pergi launching perfume Dr Sheikh hari tu , sempat berkenalan ngan Hasmiza. Sempat sembang sembang n rupanya Hasmiza ada jual Aloe Vera Gel drink. 




Sebelum ni mmg dlm group ibu ibu taman area rumah ni mmg slalu duk sembang pasal Aloe Vera Gel ni. Moon rasa mmg dah lama dlm pasaran sebab Moon mmg ingat bentuk botol dia yg unik tu. Sebab masa zaman sekolah budak2 sekolah terutamanya yg Chinese dia org mmg suka bawak air masak dlm botol ni. Sempat tanya kat dia org ni apa semua. Dia org kata parents dia org mmg bg dia org makan Aloe Vera gel ni sebab bagus utk perut. Tapi sayang nak buang botol ni sebab comel...Sebab tu la sampai skrg Moon duk ingat n tahu pasal kebaikan Aloe Vera Gel ni

So bila tahu Hasmiza ada jual maka boleh la kita cuba kan 



Kalau nak makan Aloe Vera Gel fresh dari pokok mungkin tak lalu kan hahahhahah tapi ni dah siap je n terus minum je. Mmg jadi mudah la kan 

Yang Moon tahu, fungsi utama dia adalah utk kesihatan usus dan penghadaman kita.

Mmg sesuai bagi Pak Sutan makan juga. Untuk maintain kan kesihatan usus dia. Sebab dia pun dah tak ada usus besar kan. Lagi pun dia susah nak makan supplement bentuk kapsul sebab mcm mana masuk...mcm tu la juga rupnya bila keluar hahahhaha . Ini bukan lawak ya tapi mmg betul . Mula mula dia bgtau Moon cam kata mana mungkin...rupanya betul ...sebab doc kata kapsul yg besar tu tak sempat larut pun. Tapi kalau soft gel atau liquid mmg sesuai utk dia 



Membina Badan
~ Ia mengandungi 20 JENIS asid amino, termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.


Sifat Pemulihan
~ Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.


Kesihatan dan Kebersihan Gigi
~ Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah LEBIH BERKESAN daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.


Mempercepatkan Penyembuhan dan Pembaikpulihan
~ Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.


Pembaikpulihan Elastin & Kolagen
~ Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.
Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga
~ Secara semulajadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita. Dengan demikian, meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.


Menyokong & Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
~ Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.


Sistem Penghadaman Yang Semulajadi
~ Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.


Membekalkan Mineral Surih
~ Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.


Membekalkan vitamin Semulajadi
~ Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.






Macam mana rasanya ...rasa dia ok tapi cam payau payau sket tapi boleh je telan. 




Ni la my Aloe Vera Gel n ni adalah size 1 liter 



Kali ni Moon mencuba Aloe Vera Gel bersama Artic Sea Omega 3 Softgel




Kebaikan Forever Artic Sea:

1. Menolong meningkatkan kesihatan jantung.
2. Membantu memperbaiki peredaran darah.
3. Membantu mengekalkan kesihatan kulit.
4. Membantu mengurankan tahap lipid dalam darah dan meningkatkan    
   tahap HDL (iaitu kolestrol baik)
5. Membantu mengukuhkan sistem imun tubuh.
6. Membantu mengurangkan keradangan.
7. Membantu dalam perkembangan dan fungsian otak, mata serta sistem saraf kita. 




Moon mmg selalu beli n makan Omega 3 dan kali ni nak cuba keluaran Forever plak sebab ni ada Omega 3 and Omega 9 dari minyak Zaitun 

Kalau korang berminat juga nak cuba, boleh Email atau contact Hasmiza. mmg laju berdesup je dia akan poskan utk korang 



Contact no : 0148370389


Wednesday, August 24, 2016

permintaan di subuh hari

Budak budak ni mmg ada satu penyakit la . Penyakit yg buat mummy dia jadi sakit. Penyakit suka mintak benda last minit . Permintaan sebelum ke sekolah subuh subuh hari

Masa Moon tgh gosok tudung sekolah dia, boleh plak Yaya dtg n bgtau ni

Mummy Yaya kena bawak pom pom ke sekolah ni. Pom pom , kotak, Gambar ikan , lidi  cikgu nak hari ni 

Terus hati mak tetiba jadi panas ..sepanas iron yg tgh panas tu hahahhaha sambil stim keluar kepufff kepuff

Napa baru ckp skrg. Mana mummy nak cari masa ni. Pom Pom tu mummy boleh buat tapi kat umah takder tali rafia. Nak kena g kedai tappi awal awal mcm ni mana ada kedai buka lagi. Semalam Yaya boleh je duduk lepak baring2. Mummy tanya kerja sekolah Yaya kata tak ada...napa semalam tak bagitau.Boleh la kita gie kedai beli tali n buat. 

Ni ikan nak buat sendiri ke macam mana. Nak kena lukis kat kotak ke...ke cikgu nak ikan dari majalah. Cikgu baru mintak atau Yaya baru bagitau mummy ni 

Nampak tak tahap membebel dipagi hari mcm mana. Tu la mak stress pagi pagi ....sian plak Yaya terus masuk bilik kemas buku. Alahai sian anak mak...yg aku emo sgt nak marah marah ni napa. mcm la aku ni sendiri tak pernah lupa.....pelupa nom 1 la.

Masa buat air bgtau Yaya

Nanti mummy try tgk kedai bukak tak lagi. Mummy try buat pom pom utk Yaya tau. Tapi mummy tak sempatla nak koyakkan tali tu jadi halus...nanti yaya koyakkan tali tu pelan pelan kat skolah k 

Baru la muka anak tu senyum . Kalau tak harus 2 2 stress....sorang stress sebab kena marah ngan Mak...sorang stress sebab anak mintak masa ni.

Tapi budak budak ni mmg mcm ni la.....kadang sabtu ahad kemain lepak...skalik hari Isnin dah masuk kereta nak g skolah ....baru bgtau nak itu nak ini..........

Anak anak korang cam tu juger ke

Monday, August 22, 2016

Teramat busy

Assalamualaikum semua

Maaf sebab lama tak update blog. U ols rindu ke tak muahahahhaha. Ni Moon wat entry summary sket....berita sepenuhnya akan Moon buat di entry yg berasingan


Perfume Dr Sheikh dan Dr Halina


Moon baru dapat batch perfume. So dalam waiting list dah dekat 100 nama yg tunggu giliran nak dapat. So bila dah ada stok dlm tangan , harus la kena tanya dulu siapa yg nak n minta buat bayaran semua kan. But maklum la kan ni hujung2 bulan akak amat memahami u ols. So nak nayar besok lusa pun boleh tapi just le me know supaya Moon boleh asing siap siap.



So malam mmg acara tulis slip ...balut bubble wrap. Ikat ikat reben ( sebab Moon suka kalau terima parcel sebab rasa mcm terima hadiah je....walaupun bayar guna duit sendiri hahahahah so Moon saja la nak bg nampak sweet sket bila u ols bukak parcel tu )


ni la botol yg smart n cute tu. 

Stok pun dah nak kering dah n kena ambil stok balik ni. Padahal baru je hari Jumaat dpt stok. Alhamdulillah

Pak Sutan pun gigih tolong potongkan salatope siap siap n temankan Moon bungkus ni semua. Sebab ni kan projek kita org bersama. Infact, Moon buat la apa apa mmg dia akan tolong dibelakang tabir....gituw

Siapa nak beli boleh email Kak Moon k at moonpunyerblog@yahoo.com

30 ml, EDP RM49 each 
beli couple set, free postage ( RM98 )

Inspire by Dr Sheikh : Bau musky, woody, cinnamon and clove and ember scent.
Desire by Dr Halina : Bau Apple and exotic flowers and sensual woods






Anniversary ke 12 

Yer dah 12 thn . Alahai rasa cam baru je kahwin kan. Rasa mcm hari hari kuar ngan best friend je. Makan sama sama, gie kije sama sama...lunch sama sama...balik kije sama sama...hahhahahha misti org tertanya tanya

Tak bosan ke

Masalahnya tak rasa bosan. Canner....rasa cam best je muahahhahah pelik tapi benar. Moon mmg selalu ngan dia je. Dia pun sama juga mmg asik ngan Moon. Walaupun jenuh suh dia kuar lepak ngan kenkawan ke apa tapi dia kata dia selesa cam ni. So ok la kan.

Dia pun slalu paksa Moon benda yg sama but mmg kitaorg ni spesis pelik kot sebab Moon pun akan bg jawapan yg sama juga

Tq Pak Sutan sebab being such a good husband, father n most importantly for being such a good friend to me. Selalu sabar ngan kerenah saya...selalu dengar saya bercerita , merungut n membebel. Kalau saya nak marah tentang sesuatu awak pandai je buat lawak yg bodo bodo n bagi saya gelak balik .

Awak selalu buat saya marah sebab susah benor nak kejut awak bangun tido. Tapi bila awak bangun n terus dtg kat sana sambil senyum2 n peluk saya n say good morning terus perasaan marah tu jatuh berderai kat lantai...oooh kegilaan apa kah ini.

Ada banyak lagi benda nak tulis ni tapi nanti buat entry lain la.

Walaupun ni pun terbabas dah jadi panjang hahhahah

pendekkan cerita I love u Pak Sutan muahciked...walaupun sekarang awak susah nak tepek2 ngan saya sebab kita ada anak kecik bernama Sarah yg skrg tengah obses ngan Mummy dia sampaikan daddy nak peluk mummy pun tak boleh....Sarah tgh ada masalah jeles melampau sekarang ni ...pftttt

Nasib la dia jeles ...kalau dia tak jeles mungkin dia dapat adik dah ni eh ehhhhhhhhhhh tetibaaaaaaa

Hargggg Hargggg Hargggg





Birthday Sutan Iskandar yg ke 11


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Sutan Iskandar
Allah selamatkan kamu

Selamat hari Jadi yg ke 11 Isk. Mummy sayang Isk sangat sangat.

Kita org decide bawak budak budak ni ke Berjaya Time Square. Alang alang Anniversary n Birthday Isk kan. Dia org pun suka...


Dah besar dah sulong Mummy ni. Nanti tahun depan mungkin dah sama tinggi kot.



Dapat duduk spend time sama sama ...gelak gelak. Tangkap Pokemon sama sama dari lvl 28 hahahhaberlambak Pokemon ada kat KL hahhaha. Letak phone kat cermin je pun . Walaupun Isk main pokemon dari phone Mummy dia tak pernah request nak hadiah phone ke apa 

Walaupun dia selalu cerita kawan dia ada I pad ada phone n tab semua.

Bila ditanya Isk nak hadiah apa. Dia kata ntah...nanti Isk pikir

Apa kata mummy baiki basikal Isk. 

Basikal tu dah kecik la Isk 

Takpa boleh naik lagi tu

Basikal tuh dah kecik dengan dia. Skrg dia dah kena ada basikal besor dah . Tapi dia still gelak gelak n happy bila kita takat makan kek  aje hahahha.

Tapi nanti Moon g intai tgk basikal utk dia . Bila dia tak suka mintak ni lagi mummy ngan daddy dia rasa bersalah.


Rutin biasa

Dah sampai umah bermula la rutin biasa balik. Kemain Sabtu Ahad bergumbira....ni kain baju berlambak menanti. Ngan baju sekolah lom cuci n lom iron.

Order pun duk masuk lagi....so mlm sambung lagi tulis slip pos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...