Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .
Ni jadual peperiksaan
Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk
Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin .
Kita usaha , doa n tawakal .
Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.
Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan .
Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik .