Unit ni sangat cantek dan sangat bersih hokey.
Bangunan ni kat area Ampang belakang MCity n Felda u ols
Kak Moon amik bilik dengan 2 bedroom . Ada juga studio room dan juga 3 bedroom . Pilih la mana yg u ols suka .
But lepas kita org dtg ni mmg kena repeat lagi weiiii tak puas plak duk 2 hari 1 malam . Berbaloi baloi. Unit ni under Cobnb. Team yg layan booking kita pun baik . Arahan pun detail aje . Kunci amik kat security guard sahaja.
Sangat luas apartment ni . Siap ada sofa n meja makan bagai n paling best sebab boleh masak . Terus Pak Sutan cadangkan masak utk lauk berbuka hahahha .
Ada pinggang mangkuk semer n ada periuk bagai . Cuma masa ni pisau je takada . So kita org beli je pisau biasa satu nak wat potong bawang bagai .
ni bilik utk Yaya ngan Sara , Abg Isk nak tido kat sopa luar je katanya .
Ni bilik mummy n daddy serta Nain . Dalam bilik ni ada 1 bilik air . Bilik air satu lagi ada kat luar so tak kalut la nak berebut tandas
Complete semua hokey . Ironboard , irn , hairdryer semer . Towel pun lengkap la ....weyyyy akak suka akak sukaaaaaaaaaaaaaaaa
Rasanya kena beli la yg kerusi bulat tu sebab Nain mmg duduk atas tu je bersila sambil tgk TV .
tapi yang paling best unit ni adalah sebab ada PRIVATE LIFT u olssssss. Kuar pintu umah terus ada lift khas utk korang . Org lain takley berenti kat lift depan unit korang tu sebab kena ada access card . Terus fefiling org have have u ols .
Tapi ni kena ada access card la . Kalau tak pakai je lift biasa . Arte Plus ni dia ada 3 tower tau . So setiap tower ada lobi masing2 . Tarikan tarikan pun berada di berlainan tempat so kena rajin tgk signboard ya .
Picture credit to Super Meng
Swimming pool dia pun lawa . Budak budak ni duk geram kolam mandi ni aje . Abg Isk takmo mandi sebab dia kata tak larat la nak berenang time time puasa ni
Pak Sutan mintak buat sup ayam sebab senang kan . Beli timun aje buat ulam n goreng telo dadar . Sup tu plak letak dlm mangkung n potong cili padi tabur dlm sup ...perggggggg sodappppp .
Since malas nak masak nasik dlm periuk , kita org beli aje nasik bungkus . Utk sahur boleh plak budak2 ni request nak makan spagetti . Mmg memasak cam duk kat rumah sendiri la .
Semua tempat mmg cantek n sesuai utk bergamba .
Lazy river Spa tu kena g amik pas tau dan ada waktu2 dia juga. Malam tak bukak .
Budak yang asyik lapar ni .
Deko rumah ni pun sangat simple tapi smart
Overall mmg puas hati sangat sangat . Saya bagi 5 bintang. Bila nak check out pun dia suruh masukkan kunci dalam mailbox sahaja n lock kan .
Oh ya check in time 3 pm , check out time 11 . Kalau dapat check out at 12 lagi best rasanya sebab kol 11 tu cam terkejar2 sket kan. Tapi ok la puas hati . Parking kereta kat B2. Since tempat ni masih baru so kawasan parking a bit sunyi
so kalau korang nak weeken gateway in the city , Arte Plus ni boleh masuk dalam senarai. Kalau sebelum ni we ols ayik ke Berjaya Time Square kali ni boleh masukkan Arte Plus Ampang ni dalam list juga di samping Berjaya Time Square n Maya Homestay Shah Alam.