Tuesday, January 26, 2016

Runner Terengganu

Last week duk cari la perkhidmatan utk hantar suprise kat Kuala Terengganu. Sebenarnya hari ni hari jadi anok buoh yang ke 12 thn.



Nak pos kan kad kat dia takut lambat atau tak sempat sampai. So duk tanya la kat FB kot ada kenkawan ada contact runner yg best 

Tq pada yg rekemen....so Moon mmg msg je semua yg korang share. Runner ni reply dulu n just go thru album2 dia n bgtau je nak yg macam mana n nak kena hantar ke mana n hari apa. 

Mudah sangat 

Sebab 1st time mcm risau pun ada. Tapi dia kata takpa lepas dia hantar barang baru transfer duit. So sangat meyakinkan. Plus nampak kat page dia pun banyok testimoni best n yg paling best sebab dia mcm kelako je. Tgk dia tulis n update page pun sempoi je hahahha. Siap ngan Pak Sutan pun skalik stalk Facebook budok nih

Ada sorang lg...tapi jauh plak kat Ajil kan. So kita amik yg dekat ni je la ...pm je Fazlie Runner Terengganu ni

Ni cilok dari FB dia hahahhahah. Hope Khadija suka la bila dia balik skolah nanti ...ooo ada kad juga

Moon siap call kakak kat Terengganu suh dia standby siap siap  tunggu. Bday girl balik skolah kol 2 nanti. Kakak siap snap gambar Fazlie yg maha pemalu nih hahahhaha 

Ingat nak hantar masa dia balik skolah...tapi takpa la. Anok buah pun pemalu yg amat...kang dia malu plop nok tubik amik hadioh hahahahha. Nampok plop ada lelaki handsome pegang n tunggu kat luor rumoh, mmg pengsan la dia nak kuar amik. 

Kakak Moon siap msg bgtau ...'oloh baik ngan budok hok anto, nampok jurus je ' hahah


so kita tutup gambar jejaka nih k . Kang buat ada yg call nak berkenalan plak habis laaaaaaa....

Upah penghantaran adalah seikhlas hati. Moon plak risau alamak cukup ke nih ,..alamak mcm sikit je ...tapi dia cam ok je. Bagus la budak ni mmg highly reccomended

Rupanya dia ni la yg masuk paper bagai sebab ada homestay yg bayar seikhlas hati. Siap tolong org beli barang online lagi ..hantor kueh...hantor air ...hantor baja taik ayam...hantor kek kueh belon ...siap gie bayor bil bagai.....wahhhhhh


Moon siap bgtau dulu kat dia.  Akak nok share kat blog kak ni boleh ke dop hahahhaha. Mmg puas hati n senang la deal ngan Fazlie ni. So sapa sapa hok nok hantor segala mcm benda n barang better call budok ni. Mudah...



#runnerpemalusangat




Friday, January 22, 2016

Cheesekut sedap

Cheesekut sedap ...extra toping n extra cheese sampai meleleh leleh. Sedap sangat bila di makan waktu ia sejuk sejuk. Nyaman je lalu anak tekak ...

Sebenarnya sepupu Pak Sutan duk kat JB . Dia nih mmg kaki buat kek n semua yg related ngan cheese ni. Slalu sangat nampak si Farah ni upload kek la...cheesekut la n mcm2 kat FB dia. Even kalau ada sedara kawen, mmg dia la tukang buat cheesekut. Sampai berebut2 nak hahah sian pengantin dpt makan sket je. Yer la pengantin kena kaver, takley makan banyak2...kena utama kan tetamu hahah. Nasib la kan sebab tetamu perut capasity 1 terabyte semua hahhaha.


Dia skrg dah duduk Johor, tapi sebab dia cam bosan je duk sana dia pun suka2 buat cheesekut ni ....sekalik ramai org suka n meletop2 plak. Siap ada special day di mana dia akan hantar cheesekut ke KL. Pitam dengar ...

Slalu je tak sempat nak selit juga order . Tup tup nampak dia update done delivery kat Shah Alam la kat KL la. Akak frust tau....terus whats app bgtau napa tak cakap nak dtg .....huk huk terus peluk kaki meja opis.

So hari tuh dia dah bgtau nak dtg. So terus order siap siap. Tak pedulik nak jugak...dia baru je open order terus fully booked. Melampau sangat la kamu ni. Ramai peminat la sangat kan.

So last week husband dia dtg hantar kan ke Cyberjaya. Sian sangat sebab jauh nak hantarkan. Sampai pun, masih sejuk lagi. Tuh pun husband dia ada nak kena hantar few places lagi n si Farah plak ada di umah mak dia kat Sungai Penchala sana duk siapkan order utk di hantar malam nanti plak. Gigih sangat u olsssssssss



Ni yg Moon order ,

Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs. Moon order 2 sebab 1 utk Moon n Sutan n 1 utk kids hahahha

Yg Large tu ada member opis tumpang order juga


masih sejuk lagi ...


Tahap cheese banjir musim tengkujuh tu. Yg peliknya biskut still kekal rangup ...ada rasa coffee sket. Terus rasa ni mkn cheesekut ke makan tiramisu sebab sedap. Cheese nya pun tak la muak n tak terlalu manis. 


Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98

Yg ni la yg sedap . Makan je terus pejam mata ...sedap nyaaaaaaa. Moon bukan la peminat cheesecake sangat sebab pernah beli kat SR 1 slice n makan dlm kereta. Sampai opis kepala pening sampai petang hahahhahah. Tapi mkn yg Fara ni ok plak. Ke hari tuh silap pilih yg heavy sangat ....ermmm

 

terus makan kat opis ...terus rasa segar bugar dapat benda manis n sejuk muahah


Gambar2 macam nih la yg buat Moon geram n nak rasa jugak. Mmg kat JB semua main order banyak2 mcm nih. 



Ni harga yg dia ada whats app ke Moon hari tu. Alang alang share je la ngan korang 

1) Mini Home made Melty Cheesekut RM4/pcs. minimum 5 pcs

2) Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs.

3) Large Home Made Cheesekut Super Extra Cheese & Topping RM30

4) New York Cheesecake RM8/pcs. whole cake 2kg ++ RM80

5) Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98. 

PM/whatsapp 0193731978-fara
PM/whatsapp 0137061977-emran. 

private fb : Fara Aimira Mohamed



Tempahan dibuka untuk warga johor di area JB, skudai , senai , kulai . tempahan di area selain dari yang tertera akan dibuat dengan minimum order tertentu.

juga mengambil tempahan goodies seperti mini cheesekut & mini cheesecake untuk majlis seperti wedding, birthday dan aqiqah ( sekitar JB )



Tq Fara, sebab dah berjaya montelkan akak yg sudah sedia montel ni ngan cheesekut n cake yg sedap tuh . Kalau korang terliur buzz dia org sendiri la ye. nih pun dah ada member pesan dah...kalau sepupu nko nak dtg KL bgtau...nak order jugak.


Kat office, Moon dan Sutan dah habis kan sebekas. Bawak balik umah 2 org budak nih plak makan n habis kan sebekas. Kemain la si Sarah tuh suka. Tambah plak bila kakak dia suap...lagi la dia mengada ngada kannn


Kemain happy lagi 2 orang nih kan. ...TQ Fara, nanti akak nak order lagi sebab anak anak suka sangat

Wednesday, January 20, 2016

Papa n Mama Rafiq dtg umah


Ingat tak Rafiq ....ya ni la Rafiq anak arwah cikgu Norma. Skrg dah besar n kussss semangat badan dia hahahha. Skrg Rafiq dah 5 tahun. Apik....makan beras apa nih Apikkkkkkkkkkk

Amboiii kemain ya suka amik gambar. Masa ni je dia duk diam n ketawa ketawa sebab dia suka org amik gambar dia .

Rafiq skrg dah banyak improve. Dah ada eye contact n dia cuba juga cakap sket2. Humming sound...kalau panggil pun dia dah toleh dah. Tapi lom boleh cakap lagi. Skrg dah boleh dah nak cium n peluk dia...kalau dulu mmg payah n jual mahal tau budak nih. Mummy kenyek pipi tuh baru tahu. Nampak dia pun dah boleh main ngan Sarah....Sarah bagi dia periuk mainan suh  makan ...dia senyum tgk Sarah n main makan olok2. Mmg sonok la nampak dia ada imrovement. So sekarang dia pergi terapi n banyak benda apik kena belajar. Belajar utk sabar...utk tunggu...utk dengar ckp mama n papa.

Moon tgk dia sangat behave n dengar cakap Mama dia. Ngan Papa dia mebi dia pandai acah acah kan. Baqis pun pandai handle Apik...kadang kita tgk, kita plak yg berpeluh hahahha n both of em very positive, Moon percaya dia org misti akan buat yg terbaik utk Rafiq.

Tu dia papa apik...baru balik kije. Ngan uniform lagi terus dtg umah hahahhah . Tq Lib n Baqis belikan Isk yaya Sara toys

Talib kata dia belikan adiah utk Isk sunat...hari tuh dia org tak dpt dtg. Then adiah bday sara..n utk Yaya skalik



sonok sangat buat benda nih ...bancuh plaster tu, masuk dalam acuan...bila dah kering, keluarkan n warna. boleh letak magnet n boleh lekatkan kat peti ice...ada juga pin n boleh jadi pin baju juger.

Kalau mcm ni akak pun suka Lib oooi,,,,nanti bukan anak anak je main...mak dia pun main skalik. Moon ngan BAqis dah try dah kaler sorang satu hahah syiokkk


Pagi pagi dah bg marah kan

Bila dah sejuk baru la boleh nak menulis kan. Kalau update blog time tengah marah memang macam macam la akan dimerapukan.

Si Isk ni la...pagi tadi ( tetiba mood ngadu domba plak kan )

Semalam dia ada merentas desa. So mmg faham sangat la misti dia penat. So malam tadi suruh dia naik tido awal so that besoknya takkan liat nak bangun pagi.

Dia dah lama tak buat perangai liat bangun ni. Tapi pagi tadi dia liat...si Yaya dah siap mandi n nak pakai baju, dia masih duk kat katil dia sambil duduk pegang towel n mata tutup. Moon mmg menguji kesabaran sket bab nak kejutkan org bangun tido nih sebab kita jenis senang bangun....bila nak kejutkan org yg susah bangun nih terus rasa cam nak isi air dalam baldi penuh2 n jirus je atas kepala.

Dia dah mula dah ckp sakit kaki la ...ngantuk la ...pening la. Moon wat tak layan je...suh je dia pergi mandi.

Bila dah pakai baju semua ...muka dia mmg masam je. Sekalik baru sibuk nak cari buku log sains. Org tgh duk mandi dia dah ketuk2 dah pintu bilik air tanya ada nampak tak buku Sains dia. Mana la mummy tahu Isk oooi ....

Pastu dengar dah dia jalan hempas kaki kuat2 ....mak mmg pantang nok mechok mechok ni ...alamak korang tahu ke mechok tu apa ...mcm protes la gitu.

Dah la dia sepahkan buku kat bilik dia gara gara cari buku Sains...ok sabar lagi . Suruh dia cari dlm bilik Yaya atau kat bawah tapi dia dah frust tak jumpa dia mechok lagi...

jaga...tgu mummy siap kejap lagi...mmg nak kena nih .

Dah cari ke dalam bilik adik ...bilik Isk ...dalam beg dah tgk ?

Dah tak ada,....nanti cikgu marah kalau tak ada buku Sains

Ok ...Moon pun naik balik cari buku dia siap tgk celah2 katil dia takut terjatuh ke apa...gie punggah kat rak buku yaya takut yaya teramik n tersusun kat rak dia...semua tak ada. Turun bawah dah hot dah tgk muka dia ala nak nangis tuh kan. Dia yg tak jumpa buku , nak marah org plak .

Sekali bukak beg dia n nampak buku Sains...........hellloooooooooooooo buku Sains ada dalam begggggggggg

Ni apa ...cari ngan lobang hidung ke apa. Isk tau ke mummy cuba cari merata tau dak ..kalau cari betul2 kang senang. Dalam beg je ni ...nak mummy jugak cari kannnnn

Tetiba pagi2 hari drama kan. Terus rasa cam panas je telinga n muka semer...sebab penat naik turun tangga satu. lepas tuh gie punggah semua cari buku dia. Sekali elok je ada dalam beggggggggggggggggg

Pastuh biasa la si sulung tu kan cam drama king sket kan ....menitik2 air mata sedey sebab mummy marah ...mummy marah Isk. Terus teringat pesan ustazah...jgn marah marah anak pagi2. Sebab nanti takmo bagi dia mulakan hari dia ngan mood -ve . Anak nak pergi sekolah utk belajar n terima ilmu, tapi kalau dia tgh mcm ni agaknya mcm mana hari dia kat sekolah nanti. Tetiba terus terngiang2 benda tu semua...

Aduhhhhhh duduk kejap urut dada...tarik napas. Mulakan hari anda dengan senyuman n kasih sayang ... ok tarik napas...hembussss

Terus peluk dia n ckp elok2 ..pastuh terus ok ...skali dia plak kejan kita suh cepat hantar dia gie sekolah sebab dah lambat ...aikkkkkkkkk

Kat umah ni mmg semua benda tanya mummy semua mummy kena carikkan. Kadang benda semua dah depan mata tapi semua mcm tak nampak .......adoooiiiiiiiiiiiii


hope nanti Rashid tak up la status

Rashid ada anak anak

kadang kadang anak anak buat Rashid marah
Rashid rasa nak luah perasaan kat Facebook
nak up status frust, marah dan geram

tapi Rashid bijak
dan tak up kat FB

Jadilah seperti Rashid

pitam 3 kali kalau ada kannnnnnnnnnn hahahah tapi Rashid kata di FB ...so di blog ok kot kan. Sebab ramai juga para ibu yg sama mcm Moon kan...mcm2 kerenah anak nak kena layan. Tapi bila nanti dia org besar , benda2 mcm ni la kita rindu n boleh buat bahan kat dia org nanti hahahhahaha

Saturday, January 16, 2016

Mintak air n biskut

Budak ni sekarang mmg dah pandai dah mintak macam macam. Bila lapar ke atau haus mmg main order je.

Mummy nak milo

Mummy nak biskut

Mummy, Sarah lapar, Nak nasik

Nak pisang

Mmg bangun pagi n turun bawah mmg terus dia pergi dapur n tunjuk kat rak pinggan ( nak pinggan pink dia ) dan periuk nasik. Pak Sutan kata mmg ikut mummy betul...sebab pagi2 dah cari nasik.

 Ni dia duk enjoy minum milo sambil tgk tv. Minum pulak nak pakai sudu...habis meleleh sampai ke dagu n leher.

Meja kecik nih sangat berguna ...Sarah pun suka. Kadang just letak je pinggan n air kat sini, nanti dia automatik dtg duduk n makan.


Bila dia kurang nak minum susu ni, mula la dia mintak macam macam . Petang semalam masa pergi ambil dia kat nerseri, cikgu dia kata tunggu sekejap sebab Sarah tgh duk makan. Moon pun intai la dia...punya elok dia sorang je duduk bersila depan cikgu n cikgu duk suap dia makan bihun. Panggil dia ajak balik....langsung tak bergerak. Tak mo bangun langsung.

So kena la tunggu dia kejap . ...tapi mmg dia makan banyakkkk

Masa dalam kereta, Isk kata bihun tuh sebenarnya bihun cikgu. Tapi Sarah mintak jugak hahahha separuh pinggan Sarah makan. Sian cikgu...sekali kena pau ngan budak da hahhahah

ni la budak yg kuat makan tu.

Cikgu dia kata kalau buat susu memang akan buat sikit je. Bila time nak tidur je dia akan minum. Tu pun sikit aje. Most of the time mmg tak habis. Kalau dia haus mmg dia akan terus ke dapur n mintak air

Moon masih belum berjaya cerai susu lagi ngan si kecik ni. Tapi dia dah faham dah yg dia takley dah mintak...cuma kadang tu di waktu malam dia nak jugak kejap...ubat tido hahah.  Tapi kalau budak yg susu botol misti lagi senang kan.

Cuba korang rekemen sikit susu apa yg best...dah try dah Dugro...Dutch Lady..and all susu coklat semer dia puek lepas tuh dia kata tak sedap...

Mummy dia pun gigih mintak free sample susu tepung semer. Yer lah nak beli bukan ada kecik2 kan. Kadang bukak, buat sekali dia takmo dah....agaknya berapa banyak kena cuba utk dia jumpa yg dia suka.

Tapi yg dia paling suka adalah susu kotak dutch lady perisa coklat tuh...kalau yg tu bukan Sarah je suka. Mummy pun suka juga. Moon ingat lagi masa pregnantkan Sarah mmg susu kotak tuh la Moon duk slalu beli hahahha terasa puas je minum susu coklat tuh hahah.

Friday, January 15, 2016

Cuaca panas

Perasan tak sekarang ni cuaca sangat panas. Tekak pun duk rasa perit je ni

Menurut berita, Malaysia akan mengalami fenomena panas sama seperti yg pernah kita alami pada tahun 1997.

El Nino adalah fenomena panas luar biasa dan dijangkakan akan berlarutan hingga ke suku tahun pertama 2016. Pada waktu El Nino jumlah hujan akan berkurangan dari 20% - 60% dan suhu yg lebih panas melebihi suhu biasa.

Info DI SINI 







Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Video yang menerangkan mengenai El Nino dan El Nina


Thursday, January 14, 2016

Buku mewarna Secret Garden

Moon pun terjangkit dek demam mewarna ni. Mmg slalu duk nampak orang duk share pasal buku mewarna utk dewasa ni. Hari tuh kat group whats app my friend Mai ada tunjuk page yg dia kaler. Start dari tu la membuak2 nak jugak ada buku tuh hahahhahah.

So hari tuh ada nampak n terus beli ...terus happy macam dapat coklat sekotak


ni la buku tuh ....



A British illustrator has taken the publishing world by storm and sold more than a million copies of her colouring book for grown ups.

Johanna Basford, from Aberdeenshire, was delighted when her first book, Secret Garden, proved such a success it was translated into 14 different languages across the world.

The book has been a particular hit in Paris where it outsold France's best-selling cookery books.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2981484/British-author-sells-million-copies-colouring-book-adults.html#ixzz3xB9km43X
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook





Ni adalah antara contoh page kat dalam buku tuh. Buku Secret Garden nih ada 84 page. Yang paling best adalah sebab semua muka surat kita boleh warnakan ...termasuk kulit depan



Masa mula mula nak warna tu kemain la nerves. Sebab takut hangat hangat tahi ayam je. Sebab bila bukak buku tuh terus cam ....eh mampu kahhhhhhhh

Kang ada kain tak di basuh...kang ada plak dapor tak berasap

Rupanya mmg syiok n ralit kaler buku ni. Bila anak anak dah tido terus meniarap atas katil n kaler. Macam terapi jugak. Kadang tuh tak sedar dah lewat malam...gigih sangat kan.


Page ni amatlah mencabar sebab mmg ada banyak bunga. Tapi berjaya juga..sebab mewarna selama 4 hari....hahhahah sehari dalam 20 min mcm tuh....bila dah siap n amik gambar, sekalik ada 2 kuntum tak warna lagi

Masa ni pakai pensel warna Yaya. Beli utk sekolah anak tapi mak dia pakai dulu hahahah. Nanti mummy ganti yg lain k. Terus request ngan Pak Sutan suruh dia belanja pencil warna yg besar hahaha. Nasiblah Pak Sutan dah faham sangat peel bini dia yg mmg suka benda2 mcm ni. 


Sarah dah tido...mummy on kan lampu n warna. Rasanya lagi bagus kot dari nak baring sambil tgk phone...masuk IG masuk FB semer. Lepas tuh kadang phone terlepas dari tangan n hempap batang hidung hahahha.




Tidaklah cantik sangat. Kalau masuk #secretgardencolouringbook mmg jeles, sebab dia org pandai sangat mewarna. Gabungan warna pun meletop kebabom....tapi ni kira ok la utk kepuasan diri sendiri. Bukan buku ni kena hantar kat cikgu utk periksa n bagi bintang pun kan hahahha


Siap ajak Pak Sutan join sekali....awak kaler 1 page...saya kaler 1 page. Pada mulanya dia cam malas nak layan sebab dia mmg tak suka benda2 mcm nih. Dia kata masa dia sekolah n kecik2 dulu kalau pendidikan seni...kadang mama yang lukis n tolong buatkan ...sebab dia mmg tak pandai  bab bab ni. Tapi tgk dia kaler bunga tuh cam ok je kan hahahhahahah . 


Tapi dia stop sampai situ je hahahhahahha



ni adalah work in progress...

Orang lain kemain la ikut page kan...Moon ikut suka...kadang pilih yg mana nak kaler. Kalau yg berselirat n kecik2 tuh mmg mencabar la. Kena tunggu mood rajin baru boleh buat tu.

Tu je la demam skarang ....nak demam Dilwale tak dpt pergi tgk lagi

Ooh ya Moon beli buku ni sebab ada offer masa tuh. Jadi bawah RM30 je...Moon siap beli 6 7 biji buku nih hahahah sebab bagi adiah kat few people including my MIL dan juga org kirim ....mama mmg suka bab bab ni. Mebi sebab slalu tolong pak sutan mewarna dulu hahahha. Me n MIL mmg banyak persamaan ...kita org suka bab craft ni ...mengkait...menjahit . Ada lah geng nak lepak kat tepi rumah sambil mewarna nanti kan Mama

Nanti nak beli yg lain pulak la ...tapi kena tunggu yg secret garden ni habis dulu la kan 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...