Tuesday, July 09, 2013

30 Jun - Get together at Sarah Hughes Globe

Amboi ...kemain ramai tanya ...akak mana entry pegi Globe

Tak kurang jugaks yg email frust sebab tak ley join ...tew la ..

30 June sahaja semer kain atas tew jadi RM 10
30 June sahaja kat lvl 5 ...12 - 4 ptg semer jadi murah
30 June sahaja dia org bg special harga utk u ols

ha cam tew la ....11 lebey Khan dah sms tanya Moon where are u ...your reader is already here ....ewahhh awal lagi semer pegi serang Globe tew . Mak Yong dedek nya lambat sket sebab paking jauh . Org kat Jln Tar masa tew ok lagi ...tapi petang tew penuh org cam besok dah nak raya kekdahnya

So masa masuk tew tgk dah ramai dah org duk usha kain ....org besar Globe pun turun ...even Tauke ngan Wife dia pun assist semer yg dtg ...makan makan pun ada

 Siap banner bagai ...kat bawah pun ada banner . Masa nak naik lift tew siap DJ buat announcement lagi ...special offer utk pembaca Moon punyer blog . Harus org lalu lalang tew konpius sapa plak la Moon tew ...pendatang baru dunia seni ke muahahahha mak malu ...cepat2 naik lift terus tekan butang nom 5 ....poyo sangat ..........ahhahahahha walhal blogger mak mak je pun

 
 
 Since ai bawak Isk ngan Yaya skalik ...awal awal dah ckp kat Khan . Khan nanti nak bilik satu tau ...utk my kids incase dia org nak tido or menulis ke apa ....wah gitew ...kemain demand mcm mcm ek .

Tew dia Khan n Mr Ketan ..mmg sibuk la dia org hari tew ...kije memotong kain je . Semer pun nak cepat2 suh potong kain sebab takut kalau lambat habis

 Ha tew dia suh Khan potong kain ai awal awal dulu kang lambat habis . Sebab nampak semer duk suh potong 20 30 meter . Rail tew makin slim ...kang ai sendiri tak sempat kang ...habisssss

rupanya betul ...ai amik kain nih for my sister 17 meter ...terus rail tew gondol hahahahh ....sold outtttt . Kain nih dekat RM 70 semeter tau ...tapi hari tew RM 10 aje .

So my sister save banyak hanya RM 170 utk 17 meter kalau tak 17m X 30 = RM 510 ...tew dia nampak kan beza nya muahahhahah

Lega dah amik utk my sis tapi lom lega sepenuhnya sebab langsir utk umah sendiri lom amik .

 Jamuan ringan utk customer VVIP that day ....hahahha skalik ai pegi rasmi dulu ...ampun ya ai neh cepat benor lapo sekarang neh

 Nampak rail nom 2 tew ...tew angkara ai la tew hahahhahah

Tapi pukul 4 petang semer rail tew gondol ...and all embroidery fabric SOLD OUT


tew dia my reader jauh dtg dari Manjung ...mmg kira trip utk dtg beli langsir je . Tq dear ...jgn balik selagi tak makan ya ....tambah tambah ....wah dah cam open house umah sendiri laks ekekekek

Siap ada makcik tew tanya ....awak nih tauke sini ke ...eh tak la makcik saya bukan tauke ...tew yg baju biru tew tauke . Saya tlg pomot je n ...n saya pun tak kije sini . La mati mati makcik ingat neh kampeni awak ......wah gitewwwwwwwwww harap masin la mulut makcik saya ley own company sendiri

 Anak anak sila la layan diri ek ...mummy bz melayan tetamu muahahahhahah . Tq kat pak sutan sebab dia la yg layan bebudak nih . Bawak turun bawah beli buku beli pencil warna ...siap layan dia org kaler2 so that dia org tak kaco mummy sangat ...mummy ada kije sayang ..

   
   
 readers jauh yg dtg dr Ipoh nih ...utk dtg beli langsir ...kemain banyak borong ek . Thanks ya dear dtg jauh jauh .
Kak Ita n hubby pun dtg ...thanks Kak Ita . Kak Ita nih la yg banyakkk sangat tolong kita org dulu masa Allahyarhamah Norma sakit kat hosp ...pelok ketat ketat . 

Tew dah 2 roll kain habis ...tunggu la sat lagi gondol la semer . 

 
 tew dia kemain banyak kain org order ...n ramai jugaks yg beli n bawak balik jahit .

 

 Kesian Khan yg tak rehat2 dr kol 12  ...nak makan pun tak sempat

mmg Khan jadi pojaan semer la ...semer panggil Khan utk tahu berapa meter kain perlu pakai n utk potong kain ....
 Lom sempat kol 4 kamera dah simpan dah . Pak sutan pun bz jugaks ...hahhahahah . Bila dia duk ngan Khan n Ketan semer terus dia pun nampak cam anak beranak dia org jugaks hahhahah Sutan Khan ...gitew ...tew lom masuk Talib lagi hahahhaha . 

Kol 5 baru setel ....masa tew la baru si Khan n tauke semer gie makan . Sian dia org ...dia org pun tak sangka seramai nih dtg . Thanks u olsssssss hope kowang happy n pembelian u ols hari tew berbaloi2

So dalam kol 6 cam tew baru la ai ngan sutan pilih kain utk umah sendiri ..pastuh cam weng tak tahu nak mana satu sebab dah penat sangat2 . Last Last suh je dia org design la macam mana pun janji nak lain sket tahun nih ...hahahhahahah hope cun la . Nanti ai share ya 

So that day ai sempat order utk umah my sister kat Trganu n umah Mama kat Taiping 

Si Talib kata nak order utk umah dia skalik dia tak bagi ukuran ...so nanti la yer Lib 

My auntie pun siap beli ..and auntie ai sorang lagi siap call bgtau dia suka sangat kain yg ai belikan ...siap tanya ley wat baju tak neh sebab lawa sangat embroidery tew ...ewah che chah ..jgn wat baju kang panas ....so nanti bila tgk langsir cantek tew ingat la anak buah che chah neh ya ...auuuw . 

So sapa yg nak pegi kowang masih boley pegi sampai habis bulan poser ...just mentioan my name kowang akan dapat 50% atas semer kain ....

TQ u olssssssssssssssss

Ephyra utk anda

Sticky Post 24 hours
Please scroll down for new entry 
TQ 




EPHYRA memperbaharui dan melindungi kulit anda dengan 2 kunci bahan utama

1.Memperbaharui
·         Kolagen
- Menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu anda kelihatan lebih muda
-Membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, dan menguatkan rambut dan kuku
- Menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan  garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
2. Melindungi
·         Acai Beri
·         Akasia Gam
·         L-Glutathione
·         Astaxanthin
·         Acerolla Ceri
·         Ekstrak Bunga Marigold
·         Serbuk Tomato
·         Superberi
 - Melindungi sel-sel  terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi )

-Mencipta proses putaran antioksida , iaitu satu proses di mana agen antioksida bekerjasama untuk memaksimumkan pembaharuan sel-sel baru yang sihat dan melambatkan proses penuaan.
- melindungi anda terhadap tekanan pengoksidaan yang menjadi punca utama penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser, arthritis dan lain-lain.

Khasiat dan keistimewaannya
1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.

Korang kena paham ok.. semakin usia kita meningkat.. kulit kita akan kurang keanjalan.. akan start dah nak kendur sana sini.. itu yang cepat nampak tua.. kita boleh lah actually nak melambatkan proses penuaan tu.. semua kena rawat dari dalam.. setakat sapu cream kat luar tak lut.. 

Jom tengok apa yang terkandung dalam EPHYRA sampaikan rasa dia tu sedap bebenooooo.. hahaha... 


Kandungan EPHYRA dan khasiat

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.
Soalan Lazim

1. Mengapa kolagen ikan terhidrolisis lebih tinggi khasiat daripada struktur kolagen ikan biasa?
EPHYRA diformulasikan dengan kolagen ikan dihidrolisiskan (unit kecil molekul) yang membenarkan kolagen untuk diserap serta-merta oleh sel-sel dan memberikan hasil yang optimum.


2. Mengapa antioksida penting & bagaimana ia memberi kesan kepada kita?
Antioksidan mengandungi pelbagai keajaiban untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Badan kita terdiri daripada 100 trilion sel.
Antioksida adalah bahan-bahan yang melindungi sel-sel dalam badan secara keseluruhan terhadap kesan-kesan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, dan dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti penyakit jantung, kanser, artritis, Alzheimer, kolesterol tinggi dan penyakit-penyakit lain. Oleh itu, antioksida dalam badan kita bertindak sebagai perisai kepada sel-sel badan anda.


3. Apakah EPHYRA?
EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan , menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Iadirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry.


4. Bilakah masa terbaik untuk mengambil EPHYRA?
Anda boleh ambil EPHYRA pada waktu pagi sebelum sarapan pagi atau pada waktu malam sebelum tidur.
Dos pagi: penyerapan maksimum ketika perut kosong sebelum makan.
Dos Malam: membaiki dan memulihkan sel-sel badan  semasa tidur.

5. Pada umur berapakah anda boleh mula menggunakan Perkhidmatan EPHYRA?
Kolagen  akan berkurangan sepanjang hidup kita (bermula dalam 20 kami), sekali gus membawa kepada proses penuaan.
Tanda-tanda untuk kulit bahawa pengeluaran kolagen telah kurang :- Peningkatan kedutan & garis-garis halus, Kulit mengendur,Kulit bertukar menjadi kering & kasar, luka lambat sembuh & parut lambat pudar,Rambut  menjadi semakin nipis & membosankan
Kajian mendedahkan bahawa pada usia 30 dan ke atas, tubuh akan kehilangan kolagen pada kadar 15% setahun. Apabila anda adalah 60, badan anda telah mengurangkan pengeluaran kolagen kira-kira 45%.
EPHYRA sesuai & selamat untuk digunakan untuk semua golongan dewasa. Individu digalakkan untuk bermula awal untuk mendapatkan hasil yang diingini

6. EPHYRA akan menyumbang kepada pertambahan berat badan?
Tidak, EPHYRA adalah minuman berkalori rendah dengan kandungan lemak, oleh itu ia tidak akan menyumbang kepada penambahan berat badan dengan penggunaan jangka panjang. Malah, kolagen membantu dalam membina otot tanpa lemak yang membantu untuk membakar lemak dalam badan.


7. Berapa lama keputusan boleh dilihat selepas mengambil EPHYRA?
EPHYRA telah menunjukkan keputusan cemerlang selepas 2 minggu penggunaan. Ia menganjalkan kulit anda, mencerahkan & mengekalkan kelembapan kulit anda untuk lebih tegang,halus dan lembut, lebih muda cerah berseri.


8. Bolehkah saya mengambil lebih daripada 1 paket sehari dan akan ada apa-apa perbezaan?
Satu sachet setiap hari adalah mencukupi. Bagi individu yang mempunyai kulit yang bermasalah, dinasihatkan untuk mengambil 2 paket ( 2 kali – pagi dan malam ) untuk kesan lebih cepat.

9. Bolehkah lelaki mengambil EPHYRA?
Ya. Ia adalah sesuai untuk lelaki kerana EPHYRA membantu untuk kulit lebih sihat dan bersih, memerangi keletihan, tekanan & meningkatkan imunisasi. EPHYRA juga tidak mengandungi bahan berkaitan hormon wantia yang boleh mengakibatkan kesan terhadap hormon lelaki.


Video mengenai Ephyra



Price : RM 197 
moonpunyerblog@yahoo.com

Monday, July 08, 2013

Minggu lepas yg penuh ngan appointment

Yer minggu lepas yg penuh ngan appointment jumpa ngan doctor ...

Memula senin yg pegi buat buku pink pastuh ..kamis plak pegi cek up cyst tew then jumaat plak pegi minum air gula yg manis leting leting tew

CYST 

Yup ...Im pregnant with a cyst ..sebelum nih dah cek tak der apa apa . Bila pregnant nih ada nampak cyst plak .

pic : google 

Masa detect tew dia size 3.8 cm ...then  2 3 hari pastuh 3.5 cm ...seminggu pas tuh 2.5 plak . So my doc yg slalu gie check up tew dia refer ke hosp sebab alang alang kan biar doc pakar decide apa nak buat n monitor sama ada makin membesar atau mengecik

So last month check 2.2 cm . Doc kata kecik aje nih n normal la kalau pregnant ada cyst ...so kalau dia mengecik tak yah risau tapi kalau membesar tew kena monitor . So Doc tgk cam kecik sangat . So dia suh dtg sebulan lagi ....so Kamis lepas pegi doc tak nampak apa apa pun ....it seems that the cyst dah hilang . Syukur sangat sangat ....n masa scan tew kemain la baby duk berpusing2 kat dalam tew .

Pak Sutan tgk pun kemain dia sengeh tgk baby dia . Nih 1st time dia tgk scan baby nom 3 ...masa tew la baby duk gerak2 kaki tangan semer ...sampai doc nak ukur dia pun susah ...Pas tgk baby semer n dia pun sihat doc cari cyst tew . Tapi tak nampak ....doc kata nampak nya cyst awak dah hilang sebab skrg placenta awak dah amik alih semer dah nih

Doc tanya asal berat awak tak naik neh ...bulan lepas pun sama ngan berat bulan nih

Doc saya batuk kong kong kong . Nak mkn pun tak selera ....so doc kata kalau next week masih batuk cepat2 pegi kinik balik ....baik doc . So next month saya nak tgk berat awak naik sket . Nih baby je naik mak nya plak turun berat ...terus pandang pak sutan . Siap la awak pas nih saya paksa awak belanja saya makan hahahah eh tapi nanti dah masuk bulan poser kan . 

So good news la sangat2 walaupun naik kematu tunggu nak jumpa doc ....dtg kol 8 45 am ...kol 2 pm baru dpt jumpa doc ....nasib result baik kalau tak mau darah tinggi plak mak kat sitew .


MGTT 

Then Jumaat tew pegi minum air gula plak ...dah la pas minum kena 2 jam duk kat sana . mmg bercinta la ...dah la nak amik darah kena 4 5 kali cucuk . Yer nurse ai mmg spesis yg payah nak amik darah ...mebi isi banyak sangat sampai urat pun tenggelam . So tahan je la kena cucuk berkali kali ...........auchhhhhhhhh

Nurse kata ok dah boley balik ...kalau terima panggilan maknanya result kurang bagus la tew ...

Mmg setiap kali pregnant mmg kena minum air gula . Sebab nya berat more than 80KG hhahahha ....so kali nih awal sket sebab dah nak poser . Terima je la ....

Balik dr kinik kemain la ketar sebab lapar giler . Yer la dr malam tadik tak makan pas minum air gula plak tak ley pegi makan kena tgu 2 jam kat sana . Terus bawak kereta cam melelong je . Pegi tapau nasik balik terus makan cam kebulur dah kekdahnya siap tangan ketar2 . Bahaya sungguh . ...dah pas mkn cam gelap mata so baring jap sekalik terlelap sampai kol 4 lebey ...vleyyyyyyyy aduuui apa kes nih

Skalik kol 5 lebih nurse call bgtau result awak tinggi sket ...so Isnin atau Slasa dtg balik ya kita consult n amik darah 4 kali plakkkkkkkkkk

Poser : 4.7 
Pas amik glukos : 8 tu dia lebih dr 7.8

Interpretation of OGTT results

Fasting plasma glucose (measured before the OGTT begins) should be below 6.1 mmol/L (110 mg/dL). Fasting levels between 6.1 and 7.0 mmol/L (110 and 125 mg/dL) are borderline ("impaired fasting glycaemia"), and fasting levels repeatedly at or above 7.0 mmol/L (126 mg/dL) are diagnostic of diabetes.
A 2 hour OGTT glucose level below 7.8 mmol/L (140 mg/dL) is normal, whereas higher glucose levels indicate hyperglycemia. Blood plasma glucose between 7.8 mmol/L (140 mg/dL) and 11.1 mmol/L (200 mg/dL) indicate "impaired glucose tolerance", and levels above 11.1 mmol/L (200 mg/dL) at 2 hours confirms a diagnosis of diabetes. - source dr Wikepedia


  • Normal range is about 4mmol/L-7mmol/L
  • Gestational Diabetes (for pregnant woman) is usually rated as >7.8mmol/L


So ai rasa sebab masa tunggu 2 jam tew ai mkn gula gula hacks sebab batuk cam hapa cam nak terkuar anak tekak siap nak terkucil bagai ...so laju je buka hacks makan ...sampai sejuk lobang idung . Dah lapang sket dada baru tingat alamakssssss tak ley makan apa apa ...tp gula2 ok kots ...terus buang gula2 tew ...mebi sebab tew kot result cam tinggi ...mungkin tak ..

padan muka ...kang kena pegi lagiiiiiiiiiiiiii . Siap ckp kat nurse ...nurse saya dtg selasa boley tak . Isnin banyak kije ...saya kena masuk opis jugaks ....nasib nurse kata ok .

So besok pegi la lagi kat sana berapa lama la nak kena tunggu ...huk hukkkkkkkk ...hope nanti ok la test darahnya ..........

Tew la update pasal pregnancy nom 3 neh .. bertabah la yer ...so no makanan manis semer n tuka beras terus hahahhahahhahahah .


Tuesday, July 02, 2013

Majlis Aqiqah Leecha

Sapa tak kenal Leecha ...hahhahah kang ada yg gie google sapa plak Leecha neh eheheheh . Leecha neh anak dara terbaru keluaran syarikat Buk Pilla n Pak Radie . Nak kata anak bongsu tak ley ..kang tup tup sok sok kuar lagi bongsu cam ner ....pitam buk pilla baca neh hahahhaha

Olo ...hisap jari plak sambil tido ...rasa cam nak picit2 je pipi n kaki dia yg ketak ketak tew

 Sian baby Leecha ...penat la tew ...tido terus dlm buaian yg tomey2 tew . Padahal kita org kemain bising depan tew ...dia rilek je

Majlis start awal tp kita org pegi time mkn ekekekk sampai pun dah dkt kol 2 cam tew . Sampai tew nampak Peej dah ada , Suraya Sulatin pun ada ..Datin Elly pun ada ...my friend Mai Azie n hot mama pun ada . Then Ceera n Zack u sampai ..

Makanan tak sempat pun nak amik sebab ada org tew kan dia lupa wat kuar bag kamera pastuh dia parking keter jauh giler hahahhaha . Sudah nya hujung2 baru smapt amik gamba pas pak sutan gie amik  . Tew pun masa Filla tgh bukak beg tunjuk baju hahahha

Kemain elly yer 1 beg besar terus nko tinggal kan ...hahahah pastuh nak muka malu hahahhaha .

 
 
 Ha gitew pas semer kenyang makan ...mari mari kakak kakak , adik adik sekalian meh tgk baju budak meh meh hahhahahah ....tew dia tauke nya ...malu malu tapi mahu namanya

Ha alang cakap pasal peplum tew ..sapa nak berniaga time raya kowang ley pegi beli borong kat dia org atau jadi dropship ke apa ...

bergamba kenangan ngan para bloggers yg very the hawtttt ....Peej n Elly dah balik so tak sempat bergamba

15w baru buat buku pink

Semalam baru la free sket nak pegi kinik kesihatan kat area umah nih gie wat buku pink

Masa Isk dulu buat masa 9w tp nurse tew sound awal nya awak buat

So masa Yaya buat masa 14w ...ok je nurse tew kan

So kali nih 15w baru gie buat hahahahh nasib la nurse nurse kat Kinik Kesihatan Salak Tinggi tew baik baik semer . Pastuh nasib jugaks tempat nya selesa ....walaupun duk kat sana dr 8 30 am sampai la kol 1.00 pm hahhaha lama gilers . Sian pak sutan yg tukang teman nya

Mebi sebab nih kali pertama kan . Banyak benda nak kena amik ...amik darah amik HIV test n mcm mcm la . Pastuh ada sessi soal jawab la ...so nak kena citer napa pegi Hosp Putrajaya last month ..pasal cyst n semer semer tew . Ooo ya im pregnant n ada cyst ...sebelum nih x pernah ada .

Memula detect 3.5 cm . My sister kata ...ala kecik je tew hahhahah so sebab tew la doc refer ke hosp utk jumpa pakar ...so masa jumpa tew cyst tew dah mengecik to 2 cm . So doc tak wat apa apa sebab dia kata biasanya tak der apa apa n semakin mengecik tak perlu risau pun ...tapi to be on the safe side kita monitor la n see how .

Masa sampai kemain happy sebab nom 7008 n nom sekarang adalah 7006 ....skalik hamekkkk mcm2 step kena buat . Siap gie tanya nurse ...lama lagi tak sebab saya kena masuk kije balik nih . Tak ley nak cuti sebab ada training sambungan dr minggu lepas . Nurse kata lama sket sebab nih baru bukak buku ...ok la kan tunggu je la

Pak Sutan dah duk berzikir dah lapa ...lapa ...ai pun lapa hokey . Nak gie makan kang kena panggil ...last last minum air kotak coklat je la

So kena amik darah ..then amik urine .Time masuk tandas tew kemain semerbak bau PETAi hokeyyyyyyyyy

alahai ibu mengandung mana la yg tahu kena cek up hari nih malam tadik gie bantai petai kaw kaw ...kuat gilerrrrrrrrrrr . Mmg menggangu konsentrasi nak wee wee ....pastuh letak dlm tempat urine sample tew kemain semerbak p[etai hhahhahahhaha ..so para ibu kalau la tahu ada test nak amik air kencing sila jgn makan petai jgn makan duyan sebab kuat hokey bau nya hahahhah . Sian adik adik test lab tew hahahhah harus ada air freshness bau petai ekekekkekek

Ai suka je gie kinik kerajaan nih sebab semer benda dia cek . Even kinik panel pun sama kan cuma mebi sebab dah biasa buat kat kerajaan . Nurse skrg pun baik baik dah bukan cam zaman dolu2 nak marah org je kije nya . So ada test lump kat breast sama n banyak benda dia nasihat n sembang .

Siap nurse tanya ...ada mkn pil perancang ? Tak der nurse ..

Habis tew pakai iud? pakai implan ? cucuk ?

Tak der nurse ...rancang sdn bhd

 bagus la cam tew ...atleast 2 thn kosong lebih tak pa ...mcm mana awak buat . Kadang bahaya takut terbabas hahahha sebab sdn bhd nih kena ada kerjasama 2 2 pihak

Alahai nurse jgn korek rahsia ...saya malu hahahhahahahah

So semer ok ...jumpa doc semer n dia suh minum air gula Jemaat nih . Baik la docccccc .........huk huk kena lagiiiiiiiiiii tew la kan sebab berat...alahai doc saya dr dulu mmg berat cenggini eekekekekkeke

so ni tgh pikir2 buat buku pink kinik kerajaan pastuh sambung cek up kat panel vley tak ...ke nanti susah nak branak kat hosp ? Mcm mana ek ...ke boley aje ?

Friday, June 28, 2013

perkongsian cerita mereka yg dah pernah ke Globe

Hahhahahha korang nih diam diam tau ...ada wat special entry tak bagitau ...nasib terjumpa di kala mengoogle

Yer la tingin gaks nak tahu kan feedback kowang semer . Mcm mana ok ke tak puas hati ke tak

N ley share ngan mereka yg masih takut2 nak pegi

cam ...eh betol ke nih

kang pegi kang kena paksa beli tak pasal pasal

kowang jgn risau ...ini tulen tau ......tulen banggggggg

So sapa yg pernah wat entry sila share ngan Moon ek ...yg nih moon search hahhahahah ...korang malu malu ek nak bgtau ada wat entry ekkkkkkkk

MamaLutfi - Kain langsir murah..offer mai lagi kat blog Moon

Umi Amsyar n Ammar - Thanks A Lot Kak MOon

Cikgu Yanti - Tergoda , Terbeli ..... langsir baru untuk raya 

Alahai cikgu ...cantek nya langsir u . sweet la sangat bila yg jarang duk kat depan 

DaisynClover- Shopping Sabtu

 Umi Syafiqah - Langsir oh langsir

Suzana - Langsir kat Sarah Hughes@Globe

Edrina - Beli langsir di The Globe by Sarah Hughes

Nor Zil - Sale di Globe by Sarah Hughes

Yuyuy - Sarah Hughes@Globe


Ada banyak lagi ..tapi kowang ley google sendirik ek ...so jgn segan segan nak dtg 

 tetiba cuak plak sebab cam ramai giler nak dtg . Siap bgtau owner Globe ...ai rasa ramai akan dtg ...hope u ada cukup kain utk semua org 

 sapa cepat dia dpt ...

 

Cantek kan ....hahahh nih langsir bilik tido moon ..tapi kain nih dah habis hahhahah so jgn tanya lagi pasal kain nih ya hahhahahah  ...

Bak kata Khan ...Moon semer contoh kain u letak ...yang tew la akan habis dulu ...semer nak beli cam dlm blog moon ........

 

Thursday, June 27, 2013

sedap nya mangga rangup

tew je

hahhaha sowi ai tgh bz training ekekekke

tapi terliur bila tgk gamba nehhhhh adehhhh cicah ngan kuah mak bee pastuh besok jerwat kuar ngan jaya nya ,.....pedulikkkkkkkkkkkk

Ohhhh yaaaaaaaaa

Sapa nak join 30 hb nih ...hari Ahad ...sila bgtau ek . Sebab ada makan kana jugaks n kena gaks tahu berapa ramai nak dtg kang semer serang pitam Khan nak layan semer hahhahahahah


Hanya 30 Hb aje semer kain jadi RM 10 ( tak kesah la sebelum nih harga 60 ke 50 ke 40 ke 30 ke ...)

Hanya dr Jam 12 tgh hari sampai 4 petang sahaja

Lepas tew offer kembali asal iaitu potongan 50%

So jgn lepas kan peluang ....kita ley jumpa jumpa n beli kain langsir before bulan poser . Kang bulan poser tak koser nak redah Jalan Tar yg for sure jam kan ...masa tew semer org nak sopink raya . So 30 hb nih just nice plus Ahad tak la se jam hari Sabtu . Sebab Satu ada pasar malam kan

Read more about the invitation HERE 

Invitation kat Facebook  HERE

so jangan lepas kan peluang nih ......peluang berjimat n peluang save kan poket kowang . N balance duit ley spend utk kelengkapan lain ........jimat ...mmg jimat

jumpa kowang kat sana yaaaaaaaaaa

ingat .....Sarah Hughes GLOBE Jalan TAR KL .....30 June 2013 ....12 - 4 ptg ...lvl 5

Wednesday, June 26, 2013

Abg n adik

Ada few friend yg tgk album Fiya n Isk kat facebook . Ada jugaks yg tanya ..

moon cam na dia org nampak rapat je ...dia org tak gaduh ke


 hahahha bertuah la kalau tak gaduh . Dia org tew sama je cam bebudak n sibling yg lain . Ada masa ok ok la kan tp time berebut time gaduh ...gaduh tetap gaduh

But Isk lebih banyak mengalah . Mebi sebab alau dia marah adik dia lebeh lebeh ...mummy ngan daddy akan marah . Kadang dia pun cam geram ....asal plak Isk asek kena mengalah plak

Sebab mmg kita parents akan sentiasa cam ....ala mengalah la ngan adik ....awak tew kan dah besar . Dr kita kecik benda tew jugaks kita dengar dr parents kita kan ....and at the same time , abg ngan kakak kita geram je kat kita sebab asek asek kita je la yg dapat ....muahahhahahha

So kita lebey mengenali anak anak kita kan n kena tahu cam na nak bgtau dia supaya dia faham . Cam Isk tew lagi kita ckp cam tew , memula dia cam faham tp lama lama dia cam geram cam marah sebab asek asek mummy n daddy lebih kan adik .

So my MIL ckp la sebab dia tgk kan . Dia kata kalau abg duk main something n tetiba adik nak . n of koz la akan berebut punya ....dah berebut misti nanges punya kan . So kena marah adik sama ...so dedua kena marah instead of one je .

So Yaya kena tunggu abg siap main ...

So Abg pas siap kena share ngan adik ...take turn

Cam mak pak kita dulu dulu la kan ....bising sangat berebut terus mainan kena rampas ...padan muka terus 2 2 tak ley main ...ha berebut la lagi

So lama lama dia cam dah faham atau mebi skrg nih dah besar sket n ley tolerate . Tapi at the same time Moon slalu ckp kat Isk ....Isk ada adik pompuan sorang je . Kalau Isk tak jaga adik mcm mana ...kena la sayang adik ...kena ajar adik . Jgn buat benda tak elok sebab adik akan ikut apa abg buat ...kalau abg panjat dia pun akan panjat ...kalau abg jatuh takpa sebab kaki abg dah kuat ...tapi kalau adik jatuh mcm mana . So dia pun cam pikir kejap kan

Tapi kadang dia buat jugaks ...bila jatuh n nangis ...kadang geram gaks ......ha panjat la lagi hahhahaha ...tapi kadang ckp kat dia tew la ...mummy pesan tp abg tak dengar yaya tak dgr

Si adik nih pun satu kadang dia nampak mak pak dia lebeh kan dia sebab dia kecik dia ala naik tocang so ..kena marah jugaks ...bila salah marah tetap marah ...nasihat tetap nasihat n kalau dia buat baik puji tetap kena puji .......

so kalau dua dua salah dua dua kena marahhhhhhh .....ha gaduh la lagi . But Abg Isk nampak nya lebih tolerate sebab adik dia sgt suka nanges .........kadang tetiba dtg kat Moon ....nangesssssss bercucuran air mata . Bila tanya asal plak nanges nih .......


Abg tak nak kawan Yayaaaaaaaaaaaa ...Yaya nak kawan ngan Abg ....

pasal tew pun ley nangesssssss sungguh tau fu fa la kamu nih Yaya . Kadang si Abg nih pujuk jugaks ..kadang dia ala marah tp dia still pujuk adik .

 

 
 Mummy harap Abg Isk n Kakak Yaya akan jadi the best brother n sister utk adik nanti ...insyaallah .

Skrg nih time tido semer nak tido pelok mummy ...nak tido ngan baby ...alahai . Kalau kanan dah abg Isk ...kiri dah Yaya ....daddy kamu nak tido mana .......tetiba dedua jd manja


Hujan sudah turun kat Sepang pagi tadik ..n banyak lagi kat tempat2 lain ..syukur Alhamdulillah


 
Nota / Note 
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar
       
       
 Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, 
      NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi 
      diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar 
      yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. 


 Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon 
      adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah 
      pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap 
      yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi 
      membentuk ozon di permukaan bumi. 
 
 Sumber di ambil dr Department of Enviroment HERE 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...