Thursday, August 06, 2015

Soalan yg amat payah

Semalam masa amik bebudak blk dari nursery tetiba Isk tanya

Isk : Hari nih cikgu Isk tanya soalan. Kalau kita semua naik kapal dan belayar di laut, Tetiba kapal kita nak karam. Antara mak kita, ayah kita , adik adik kita...atok nenek kita....siapa kita nak selamatkan

Me: Kalau boleh nak selamatkan semua la

Isk : Takleh .....cikgu kata boleh selamatkan sorang je. Sebutkan 1 nama je

Me : Alamak...tu mummy payah nak jawab Isk. Kalau Isk, Isk selamatkan sapa

Isk: Isk selamatkan Sara laaaaaaaaaaaaaaaa

Me : Kenapa.

Isk : Sebab...Daddy pandai berenang...mummy pun boleh berenang. Yaya pun boleh terapung....tapi Sarah dia baby...dia mana pandai berenang. Jadi Isk pergi selamatkan nyawa dia la

Ha haaaaaaaaaa betol jugak hujahnya tuh. Kita kadang org tua nih pikir kemain la jauh kan ....bagi bebudak senang je. Mana yg lojik and most of the time lojik dia org tuh betul.

Isk kata cikgu BM tanya sebab nak tgk apa jawapan...ramai yg susah nak pilih mak atau ayah....tapi dia ngan kwn dia pilih utk selamatkan ahli yg paling lemah ...hhahahahha carring sungguh bg Isk.


Last week kemain dia berbisik kat Moon

Mummy ada 3 org pompuan bagitau dia org suka kat Isk sebab Isk baik

Biasa la kalau org suka ...anak mummy kan baik misti la ramai org suka. Isk jgn kacau budak pompuan tau

Bukan ...dia org kata dia org nak ke Isk

Habis tuh Isk buat apa ....

Isk tutup muka malu laaaaaaaaaa

Amboooiii, bukan Isk bgtau Isk suka, tapi budak pompuan yg ngaku. Amboiiii

Mummy jgn bagitau daddy, Isk maluuuuuuuuuuuuu

Cerita la kat mama sebab mama ada dtg umah last week. Mama kata elok la tuh nanti jadi cam daddy dia. Kecik2 punya ramai peminat...siap ada peminat letak surat kat peti surat umah ...vleyyyyyyyyy



3 comments:

Mama Kembar Tiga said...

Isk bijak!

PeRdU cINta said...

Hehehe...ramai peminat ye..alhamdulillah rezeki tu..

Lydia Miza said...

Tu lah ank2 ni biasanya jwb ikut logik kan moon.

Hurmm dh ada peminat dah ye ank teruna mama dia ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...