Tuesday, February 07, 2017

Nota UPSR

Semalam duk tengok tengok notes yg available kat internet utk Isk. Anak teruna akak dah nak UPSR tahun ni. Dia ni takder la cemerlang sangat tapi kalau kita sit down n explain kat dia , dia akan faham. Tapi kalau suh dia baca buku berjam jam mmg satu tak masuk dlm kepala dia. Tapi kalau kita explain n bercerita kat dia....dia akan faham n ingat.

Moon rasa dari dia darjah 3 kot, tiap kali nak exam mmg kita org kena sit down dengan dia beberapa hari sebelum exam. Explain satu satu kat dia ....siap ngan lukis pen warna warna bagai la. Yg buat akak terus buat cam tu adalah pabila dia manage utk jawab semua yg akak cerita malam td. Contohnya nama nama planet la ...bab sains la . Dia ingat n dia suka kita ajar dia.

Tapi jenuh juga la kan sebab mak dia pun kena belajar balik semer benda.

Tapi yg Moon cukup kesian kat budak budak ni adalah bila time periksa sekolah kebangsaan , sama ngan sekolah KAFA . Pagi periksa ...petang periksa . Masa bila la budak2 ni nak belajar kan.

Mmg la kita taknak tekankan sangat pasal paksa belajar n menghafal ni. But kita sebagai parents kena involve sama . 1 jam berkualiti adalah lg bagus dari 3 4 jam baca tak tahu kepala ekor. Tu akak rasa la .

As a parents pun kita kena tahu kekuatan anak kita kat mana. Kadang anak kita tak beberapa cemerlang dlm pembelajaran tapi sangat cemerlang dlm hal lain. So kena acknowledge juga. Kadang akak pun terbabas juga compare anak sendiri ngan anak org yg pandai pandai. Lepas tu bila sedar diri terus cam menyesal .

So selagi kita ada peluang nak bantu dia org ...kita bantu dan terlibat sama.

Ni nak share 1 nota yg mak kagum sangat dr malam tadi lagi. Pagi nih terus share ngan Lenny sebab anak dia pun UPSR juga. Isk , Alya n Kasih anak Filla batch UPSR .

So kalau u ols ada anak yg bakal amik UPSR thn ni ...boleh la print k. Sebab nota comelssssssssss hahahahh gigih sangat cikgu ni buatkan



boleh refer n download kat SINI ya

Masa pergi dengar taklimat UPSR hari tu, kita pun seriau tgk post mortem. Mmg banyak turun gred anak anak ni . Tapi anak anak kita biasala kan . Rilex cam tu juga....still nak layan Tv masa weekend hahahah

2 comments:

Hanim said...

Woww! bestnye nota-nota ni. Nak print jugak la set darjah 4 tuk anak saya yang sulung tu. Senang nak terangkan kat kakak tu nanti hehe. Tq kak moon share pasal nota ni ;)

Unknown said...

Salam Moon,

Saya Fizah kalau moon masih ingat... pernah borong shawls kat moon. N moon pernah beli inner magic dari saya. Saya nak share experience saya utk anak saya tahun lepas UPSR. Alhamdullilah anak saya dpt 5A 1B. So apa yg saya buat utk anak saya..

1. Siang waktu sekolah .. ikut jadual sekolah n kalau ada masuk pertandingan apa2.. biar kan sahaja.
2. Malam - jika ada tusyen sekolah.. suruh anak pergi. Jika ada kerja sekolah mesti siapkan. X perlu buat ulang kaji lagi. Jika ada tusyen sekolah n same time kerja sekolah byk. x pyh g tusyen .. utama kan kerja sekolah dahulu. tetapi pukul 10 mlm wajib masuk tidur. Kalau kerja sekolah x siap minta anak bangun awal sedikit n siap kan kerja sekolah.
3. Sabtu ahad waktu siang baru lah buat ulang kaji. Buat 4 jam 1 hari. saya separate kan 2 jam pagi ,2 jam petang. Hari jumaar mlm dan sabtu mlm anak rest.
4. latihan saya hanya dedah kan anak saya confirm A UNITEN dan Full A mark sahaja.
5. Apa tu confirm A UNITEN?. Confirm A ini adalah satu perisian yg di bangun kan oleh seorang pensyarah UNITEN utk membantu pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Buat masa ini confirm A tersebut percuma. Macam-macam soalan yg anak moon blh buat. X perlu kita beli buku kat luar. Kalau moon nak cuba . Boleh google Confirm A UNITEN dan boleh try2 dahulu. Kalau moon rasa berminat moon blh email saya.
6. Kenapa saya memilih full A mark ? Sbb soalan full A mark berdasar kan dari didik. Kalau sekolah anak moon ada menggunakan didik. Elok ler langgan full A mark.

Budak-budak nak UPSR ini kita jgn strees kan diorg. Kita guide dan support diorg.. Good Luck pada IS.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...