Monday, February 13, 2017

YouTube Kids untuk anak anak

Sekarang budak budak mmg suka nak main phone kan. Sebab dia org suka nak tgk You Tube. But lately kat You Tube tu kemain la kuar benda mengarut mengarut. Hari tu Spiderman romen romen ngan Elsa bagai. Ada channel siap Elsa berasmara ngan sapa ntah. Mmg terkejut sangat sebab mmg budak budak ni akan tgk Frozen clip la semua tu. Kadang dia akan kuar reccomended to you tapi video ntah hapa hapa.

mmg la kita dah block n report video

n kita dah set restricted mode ON tapi kadang terlepas juga. Kadang kalau Sarah layan YouTube mmg Moon akan tgk apa yg dia tgh tgk.

So baru baru ni Pak Sutan suh install YouTube Kids. See mmg ramai parent concern pasal ni tu sebab YouTube pun buat YouTube Kids. Motto dia to create safer YouTube utk anak anak bawah umur ni la kan.

Sebenarnya YouTube Kids ni dah ada dari 2015 lagi tp macam ramai tak tahu. Including me la.

YouTube Kids ni mmg khas utk anak anak tgk video sahaja. Tak ada fungsi nak upload video ke apa . So paparan dia pun limited la kan. Ok la anak anak je kot nak tgk ....tgk Didi and Friend ke, Upin Ipin ke n etc . So kandungan dlm YouTube Kids ni ditapis la . Tapi parents juga boleh report terus kalau ada video yg kita rasa tak sesuai


YouTube Kids ni dia dah kategorikan siap siap dah. Ada 4 kategori
  1. Shows. Iincludes popular channels, and big brand names that are actively releasing new episodes.
  2. Music. Populated with children songs, including sing-along songs.
  3. Learning. A section where children can learn new things. Including walk-through for games and how-tos.
  4. Explore. Meant for enthusiast children to see more that what has been categorized.
 sumber dr sini


So balik  nanti cepat cepat remove app Youtube kat phone. Kalau la anak anak mmg suka bukak Youtube tu kan. Kalau kita nak pakai Youtube tu, just letak je lock utk You Tube. untuk anak anak kita suh dia org guna Youtube Kids.

Kalau kat Playstore just cari YouTube Kids and install

Install ni senang sahaja .


kejap aje .. sebab tak besar sangat





 masukkan tahun anak di lahir kan atau tahun kakak n abang dia pun ok . Moon masukkan tahun Yaya sebab dia selalu tgk ngan adik dia


 Part ni ibu bapa la kena buat kejap . Nom ni sentiasa berubah ubah. Kalau anak kita dah pandai baca kita boleh set pin kita sendiri.




Baca la penerangan dia kejap. Ni one time only kita akan nampak masa mula mula setup


Ok dah boleh pakai dah. 

Yang Moon paling suka adalah sebab kita boleh set TIMER. Contohnya kita nak bagi anak kita tgk 30 minit je. 

TIMER
 So bila cukup 30 minit dia akan off . So pandai pandai la kita educate dia org ...ok your youtube time dah habis . So takder la duk melayan YouTube berjam jam kan. Boleh berpinor mata duk tgk screen lama lama . 

SETTING


 Kat Setting ni kita boleh :

ON atau OFF kan search. Kalau ON maka anak anak kita boleh search la apa dia suka . Cam nak tgk Barbie ke...nak tgk Doraemon ke ...nak tgk princess ke .

Kalau kita OFF , mmg takkan ada ruang utk search la

u ols boleh explore k. YouTube Kids ni sangat user friendly

ni part setting tu kalau kita tekan mangga kunci kat bahagian bawah screen


 kalau search perkataan cam ni mmg takkan kuar apa . Perkataan lain, tak test plak. U ols boleh test kalau ada apa apa yg terlepas kena laju laju report je k. Tapi kalau risau anak kita search ntah hapa hapa just disable je search tu yer.

BLOCK VIDEO and CHANNEL



Ni kita kena sign in la pakai google acc kita aje. 

So kalau cam ni ok la kan. Atleast kita ada kuasa utk block anak anak kecik kita dari tgk benda yg tak sepatutnya dia tgk.

Hope ini membantu

Tapi at the same time kita selalu selalu la pantau apa anak anak kita tgk. Tambah plak budak kecik kecik...bahaya kita biar je anak kita tgk Youtube sorang diri sambil kita buat kerja kita. A self reminder untuk diri sendiri juga . Sekali sekala duduk sebelah dia tgk sama sama juga k

All the best u ols....balik nanti cepat cepat install tau





1 comment:

Lynda Che Lah said...

Kak Moon,

since ternampak anak layan video Spiderman ngan Elsa.
Masa dia tgk pun tak sengaja sebab recommended kan ngan
gambar spiderman.
Bebudak mana tau baca tgk gambar je terus klik.

kitorg terus delete Youtube dan install Youtube Kids ni.
mmg restricted utk tgk movie for kids.

Mmg bagus Youtube Kids ni.
Semua tentang learning dan memang sesuai untuk kanak-kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...