Tuesday, September 01, 2015

SALE dtg lagi tapi kali nih SEBULAN

Ha ...betul ....tajuk tuh mmg tak salah. Kali nih sebulan ..................

Best kan ,,,baca blog pun boleh dapat diskaun

So takder la Moon susah hati nak jawab email n pm anda sebua yg frust hentak2 kaki sebab tak dapat masa sale. Kali nih sebulan so masa nya panjang. Bulan 9 jugak ada cuti sekolah kan...so boleh plan trip dtg ke KL dalam masa nih . Cuma stok kain mana yg ada tu adalah ek. Siapa cepat dia dapat.

So untuk mendapatkan harga istimewa nih anda hanya perlu save kan kupon nih dalam phone anda

atau, anda boleh juga nak print

mana mana pun boleh. Janji ada bukti anda dapa kupon nih dari Moon. Tak kisah la dari blog moon ke dari FB moon ke atau kenkawan whats app image ke. Janji ada kupon baru dapat diskaun. Tak der kupon tak ada harga VIP Moon k

Kali nih anda boleh jual nama Moon kat lvl 7 hahahhahah.....n boleh beli MOONPUNYERPRICE. Tapi kena tunjuk la MOONPUNYERKUPON

senang n mudah kan



 haaaaaaaaaaaa 2 kali moon tepek kat sini....so save image cepat2....

#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon

So selamat shoping semua . Maaf moon tak dapat display harga kat sini atas sebab sebab tertentu. So nanti bila korang sampai kat sana misti korang terkejut punya la 

So jom kasik gondol sama semua rail rail kat atas tuh sebab we need the space utk projek lain plak hahahha

upholstery akan di turunkan harga pada RM25 semeter...

hanya di


SARAH HUGHES GLOBE 
Jalan Tuanku Abd Rahman
Lvl 7
















Daun belalai gajah yg merimbun

Weekend yg panjang tak pergi mana pun. Duk kat umah je..lagi pun my sister dari Terengganu dtg..so kita spend masa kat umah sahaja.

So bila weekend je la masa nak mendobi n nak mengemas. Semalam masa jemur kain tgk kat belakang tuh dah makin semak plak. Sebab pokok belalai gajah tuh dah naik tinggi sampai kena atap. Percaya la u olsss mak tak propa.

Pokok nih dah berusia 2 tahun lebih. Moon beli anak pokok ni masa Allahyarhamah Norma ada lagi. Mmg cari merata la daun belalai gajah nih atau nama omputih dia Sabah Snake Grass. Mcm mana gajah ley jadi snake...idak la mak tahu.

So mmg pokok ni tanam dalam pasu aje. Bila panjang je potong, bila panjang je potong. Kadang paksa pak sutan  minum jugak walaupun dia cukup tak suka la bab bab kena paksa minum ubat yg rasa pelik2 ni. Tapi kena la paksa jugak kan sebab dia kan ada strong family background of colon cancer. Walaupun dah buang 90% dari usus besar tapi risk tu masih ada kan. So apa la salahnya kalau kita amalkan. Kalau baik pun tuh semua atas izin Allah juga kan. Pergggg penat beleter kat pak sutan. Tapi kalau kita takder sakit pun boleh je minum...jadi kan amalan. Blend pun bleh...rendam air panas pun vley ....buat ulam pun vley


Nampak tak dia dah memanjangkan dirinya. Patut la nama dia snake,,,n belalai gajah. Kemain gumbira lagi korang memanjangkan diri. Pastuh masa belek2 tuh nampak banyak daun besar.... dah besar tapak tangan. Yg besar2 nih semua nya duk terlindung bawah pokok lemuni. 

Haiiih,..pokok lemuni pun moon tanam sebab nak buat nasik lemuni punya pasal. Plus kalau bakar batu tungku...balut ngan daun pandan n daun lemuni pun best, Bau wangi je. Asal cucuk je batang pokok dlm pasu...sekali terus dia besar gedabak. Tunggu pak sutan alih ke depan tak teralih lagi. Dia kata kat depan tuh tanah bukit. Baru je cangkul dah kena batu. Macam mana nak tanam pokok. Kang elok elok pokok tuh subur, bila alih kang mati macam mana. Sudah nya dah besar dah pokok tuh...ntah ntah dah kuar dah akar dari pasu tu


So setiap kali moon potong moon akan cucuk batang dia kat dlm pasu yg sama. Tak pun kat mana mana yg Moon suka hahahha. Kalau hidup bagus la. Batang pokok nih pun dah kasar dah..dah tahap veteran la pokok ni. So Moon kadang ckp ngan pokok...besar cepat2 ya pokok. Mana tahu boleh bantu org lain pulak. 

Semalam Moon ada tanya kalau ada sesapa nak daun ni. Kejap je hokey dah 4 5 org mintak. Maaf ek moon dah tak dpt bagi kat org lain dah sebab dah tak der. 

Dulu nak cari kemain payah. Nasib la ada Ann n Bashir tolong belikan kat ladang di seremban sana. Siap tolong belikan 1 anak pokok. Sebab korang la tolong belikan...pokok nih membesar sampai banyak mcm ni .

Yg bagus nya siput babi mmg takkan usik n makan pokok ni. Hari tuh moon kemain la semai pokok pudina. Mmg banyak daun keluar. Sekali boleh plak rombongan siput babi nih makan kenduri daun tuh. Habis licin...pagi nya tgk tinggal batang je. Stress betol. Pokok pegaga pun dia makan....Isk kata mummy kena buat pagar sekeliling pasu. Kat belakang tuh mmg banyak betul siput babi. Kalau malam malam jemor kain mmg panggil Isk la ajak dia kutip siput babi n buang.

So ramai jugak yg tanya apa khasiat n apa faedahnya daun belalai gajah nih


sumber dari Khasiat Herba
 Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
  Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

image credit to Serenemaklong
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

  Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikotserai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya. Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.


Moon pun ada tanam pokok Pecah Beling jugak...n 7 jarum. Mana je yg org kata bagus semer la ai nak tanam. Alhamdulillah hidop semua. Tapi pokok cili jugak fail kalau tanam. Beli la 3 4 kali pun semuanya matik. Mmg tangan moon panas kot ngan pokok cili. 

So pokok moon dah ada org nak. So kalau ada sesiapa yg memerlukan boleh la ke ladang Sabah snake grass



  • Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  • Di Air Baning - Jelebu
  • Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.
  • BLOG SABAH SNAKE GRASS








  • Thursday, August 27, 2015

    Serum muka Ellfie



    Nak cerita pasal serum hiks. Sekarang baru la tahu pasal serum2 nih. Kalau tak dulu mana la nak reti benda2 nih semua. Masa Filla buat teaser pasal gold serum Ellfie nih laju2 Moon msg bagitau nak beli dulu tak kira tak kira. Ngan member boleh la buat cam ni kan. Cer buat ngan org lain harus la kena sumpah seranah hahahah.

    So mmg laju la dia org nih post,,,bagitau nak beli hari nih besk dah sampai dah kat opis. Senang kerja.....

    So ni dah pakai seminggu n mcm best je. Muka rasa tegang n smooth je bangun pagi. Lepas tuh suka sangat tgk emas emas di dalam botol tuh.

    Memula macam konpius jugak ....eh nanti muka tak melekat ke emas2 tuh semua. Padahal bila sapu emas tuh pun larut elok je....glowing terus muka mak.

    Serum ni tak ada bau pun n dia macam air so bila sapu kat muka mmg senang menyerap. Moon pakai masa nak tido ...sapu dalam 2 titik....n masa lepas mandi pagi tu ...sapu je lagi 2 titik. Bila dah kering terus boleh sapu n pakai make up macam biasa.

    Ni lepas pakai seminggu baru la ley up pengalaman pakai Ellfie Gold Serum kan. 

     

    ni masa barang sampai minggu lepas. Gigih la sangat...sampai je terus bukak n amik gambo. Lepas tuh whats app ke Filla.....weiii aku nyer serum dah sampaiiiiiiii hiks


    Yg titik tuh moon mmg dah ada. So bukak je botol terus boleh pakai. Gigih whats app pilla lagi bgtau suh buat benda picit nih jugak. Misti penat pilla layan customer n kawan mcm moon neh hahah. Tapi kalau takder benda picit tu pun ok ...bukak je botol tuh n titik je atas tangan. Pilla pun dia main tuang atas tangan je kan pila kan kan kan ....tetiba nama glamor Filla jadi Pilla plaksssssssss



    Ellfie Gold Serum dapat membantu masalah kulit dari segi
    * Mencerahkan kulit wajah
    * Menghilangkan garis halus
    *Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
    *Menjadikan kulit lebih sekata
    *Mengurangkan kulit muka berminyak
    * Memudarkan parut
    * Membaiki sel-sel kulit mati
    * Menegangkan kulit
    * Menjadikan kulit lebih berseri
    *Anti penuaan


    So ni baru habis kan sebotol ....so ada 9 botol lagi. Moon pakai dengan penuh jimat cermat hokey. Tapi yg nampak jelas nya adalah muka jadi lebih tegang sekitar area bawah mata n pipi. 




    Harga 1 Set Ellfie Gold Serum
    RM130 (Semenanjung Malaysia)RM140 (Sabah/Sarawak)*Free Postage(Untuk membeli loose Ellfie Gold Serum, anda boleh dapatkan dari Agent sah Ellfie)
    RM120 (Semenanjung Malaysia)
    RM130 (Sabah/Sarawak)
    *Free Postage

    Harga 1 Set Ellfie Essence Skincare
    Ada banyak lagi testimoni menarik dari pengguna Produk Ellfie Beauty dan anda boleh lihat sendiri dan follow di Instagram: ellfiebeauty dan FB: Ellfie Beauty. Untuk pembelian sila whatsapp ke 013-2755197

    Lunch date hari ni

    Hari ni i kuar makan ngan someone...had a great conversation n share banyak benda. Tu la kan kadang kita nampak org cam senang cam kaya but kita tak tahu sebenarnya apa cobaan n dugaan yg dia org hadapi. Bukan senang nak senang n semua tu kita kena kuat semangat.

    Moon selalu rasa gratefull utk setiap benda yg terjadi termasukla benda2 yg di ceritakan oleh org org yg moon kenali. Kalau kita amik masa n listen pada cerita org n masalah org pasti kita akan nampak banyak benda positif yg kita boleh ambil dan pelajari. Kadangkala ujian kita nih kecik aje pun kalau nak compare ngan org lain.  But yet, kita pilih utk mengeluh sepanjang masa.

    Thanks dear sebab belanja lunch today n dtg jauh jauh...im really grateful. Tak tahu kenapa conversation hari nih betul betul melekat kat hati ...hiks n suddenly I pun boleh cerita so many things pada u...ermmm sangat not like me yg suka simpan jauh jauh dlm hati.

    dan 1 lagi....

    semalam moon kuar lunch ngan pak sutan kat The Pulze. Masa kat parking tuh ada sorang reader tegur Moon. So sempat salam semua. But then lepas tuh Moon duk tak sedap hati sebab mcm Moon kurang sopan plak rasanya sebab  bercakap sambil berjalan. Lepas lama tuh Moon mcm ....eh napa aku tak stop tadi ...ala kenapa plak tak salam ngan semua kawan kawan dia....eh Moon laju laju nak gie mana...alaaaaaa tak sedap sangat. Masa tuh cam cepat je but yet Moon duk teringat teringat plak sampai ke petang . Sebenarnya Moon pun segan hikssssss

    Awak...im so sorry kalau awak terasa ke apa semalam....im trully sorry tau. Tetiba rasa mcm sangat tak proper plak.

    Sedikit gambar masa sale kat Globe

    Hari tuh masa pergi kat Globe si Faizal tanya. Akak dah up gambar ke belum ....sibuk si Salman tanya gambar dia hahahah. Baru la teringat, Moon belum up lagi gambar.

    Masa hari Sabtu Moon pergi ngan Pak Sutan, so sempat la dia tolong snap few picture n ada org boleh pegangkan kamera tuh. Tapi hari Ahad Moon sorang je kat sana so mmg tak bawak kamera. Semua main snap pakai phone je. Bz kat sana, mmg tak sempat nak snap gambar sangat. Masa ni la Moon boleh jumpa n sembang ngan reader n mereka yg dtg beli langsir.

    So kat bawah ni semua gamba hari Sabtu

    Tq Intan n Saiful sebab sudi datang jauh jauh. Hahahah padahal sama jauh je kita kan. Nih jiran Moon ni. Dah lama Intan nak dtg tapi asek tak berkesempatan. Ni bila dtg terus tukar 1 umah n kain kain yg Intan pilih sangat cantek n modern.

    Intan dah siap pasang dah langsir kat umah. nanti jgn lupa whats gambar kat moon tau ahaks..

     
     kain yg moon amik gambar tuh la kain yg  menjadi pujaan semua org . mana tak nya kain tu bidang 110 n harga dia masa sale tuh Rm 5 only. Mmg 2 3 kayu clear kain tuh
     


     Bagus sangat  akak ni sebab dia sangat inovatif n bawa beg terus. So kain yg dia beli terus masuk dlm tuh n dia tarik je beg tuh naik lrt. 2 thumbs up.

    Then kebetulan kawan kita org pun nak masuk umah baru n nak beli langsir utk 1 umah. So kita org rekemen dia dtg globe...hahah baru la rabun mata nak pilih betul tak Senul. Masa senul dtg nih la baru wat kuar kamera hahah kalau tak pak sutan pun lupa nak snap2. Bila tiba masa Moon nak update blog cam tak best la tak banyak gamba betol tak. Takpa nanti next sale Moon snap banyak2 k




    Masa tulis order kena pastikan info n ukuran tepat so that bila dah siap n gantung langsir, langsir tu akan jadi cantek n terletak.
     
    tuh je yg ada dlm kamera hahahhahah penat je bawak beg berat2 skalik sikit bebenor gambarnya


    Ok Salman...ni khas utk Salman. Sebab lambat upload, Moon kasik besar besar punya gambar u sorang hahahah. Tu nak bagi gambar kat awek la tew....hahahhaha




    Ephyra trial 10 sachet Merdeka promo before RM 68 NOW RM60
    Ephyra premium 30 sachet  Merdeka promo before RM197 NOW RM180
    EphyraSkinbar RM 39
    Ephyra Inteemor Rm 49
    * please add RM 6 for postage

    mail me : Moonpunyerblog@yahoo.com







    Wednesday, August 26, 2015

    Ephyra Gala Dinner 2015

    Hhaha ampun , baru nak up.

    Tq Amiza sebab sudi ajak Moon pergi Gala Dinner. Masa dapat tahu dapat jemputan tuh terus gelabah ...alamak anak anak nak letak mana. Kang letak nerseri pitam nak bayar ot hahahah. Sekali Pak Sutan kata takpa n dia bagi green light. Katanya dia akan jaga bebudak....tq tau darling.

    So takder nak cari baju ke apa pun sebab tema sama ada turqoise atau merah hitam. So pakai je la apa yg ada. Asal nya kemain nak gie make up bagai kat VJ. Sebab ari tuh ada beli barang victoria jackson n dapat vip card. Dia kata boleh pergi make up free je. So Moon google n katanya ada kat KLIA2 n dulu pun moon pernah nampak. Sekalik pergi depan Jaya grocer klia2 tuh dah tutup. Frust kemain...kalau tahu mak pergi je kat Alamanda tuh tapi segan plak nak make up tgh2 watson tuh kan. Tak pa la tabahkan hati kita make up sendiri je la...pusing2 muka cam tuh jugaks hahahhaha

    So balik umah make up dulu then tgu anak anak balik sekolah. Nak ponteng tak boleh sebab minggu exam sekolah kafa kan. Gigih la Moon menempek bulu mata palsu bagai....nasib beli sekotak bulu mata palsu sebab masa nak pakai,  3 bulu mata  jahanam dikerjakan hahahha. Kalau la ku tahu begini...harus suruh lenny je make up kan. Tak pa la ....simple2 je kan.

    Lepas amik kids terus ke Cyberjaya amik Pak Sutan n terus ke PWTC.Muka pun berpeluh2 hahahha nampak sangat jarang make up. Kata nya pendaftaran tetamu 7-8pm. Moon sampai pun ngan kol 8....almaklumla KL malam jumaat jem tak tahu kenapa kan. So Pak Sutan bawak bebudak jalan jalan.


    Masa ni ramai dah org dtg. Moon plak nerves sebab takder kenal sapa sapa sgt pun. Alamak sapa lagi yg dikenali ada ni.



    Nampak Innanie terus grab dia hahaha. Nak bergambar kat wall tuh cam malu plak hahahha tetiba jadi pemalu apa kes plak kan.

    Tapi goodie bag malam tuh mmg best kebabom sebab ada macam2. Ada Inteemor ada M2Flex ada SkinBar,,,ada mug ...ada shawl Meylana. Moon siap whats app Sutan bgtau...ni M2Flex utk awak tau. 





    gala dinner nih jugak sempena melancarkan 3 lagi produk terbaru iaitu

    Inteemor
    M2Flex 
    SkinBar

    Siap ada cabutan bertuah....tapi Moon tak cukup bertuah malam tuh. Siap ada yg dapat i phone, phone samsung ...tv n banyak lagi. 

    Moon duk semeja ngan Yuyu. Nasib ada Yuyu tak la akward sangat rasanya sebab 1 meja tuh semer wartawan majalah n surat khabar.

    2 thumbs up team Ephyra sebab gala dinner malam tuh sangat sukses dan selamat ulangtahun ke 3 Ephyra









    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...