Saturday, February 02, 2013

Fenriz Ultra Birthday Party

Punya la lewat nak apdate . Dah ke laut dah entry2 nih hahahhaha . Majlis nih kat KFC Wangsa Maju

 Me , Teacher Mai n Ila Rizqcake .. Im wearing full embroidery silk shawl from Tsugoi 

Tema majlis adalah red n grey .
 

 

 Allah selamat kan kamu 
Allah selamat kan kamu 
Allah selamat kan Fenriz 
Allah selamat kan kamu 


 mentang la bergamba ngan ZZ kan ...harus la ada tangan cenggitu ...sah2 nampak sangat ai tak pandai buat pun tak betol hahahhaha  nampak sangat ai rock tipu akakkakak so bukan rock kapak dah tew tapi jadi rock minyak angin cap kapak

  wah jumpa balik semer kawan kawan lama zaman fotopages dulu ...
 Watie , Me , Azie n Ann
  
wah gitew ....mesyuarat tingkap terus 

tetiba laki mak plak sesat kat sitew .....Mai asal tido dah ...2 keping gamba 2 2 teacher tido la teacher 
  
Tanpa hubby2 yg sporting nih maka tak der la para bini ley bersembang .... tq 
 
 
 bebudak pas makan ayam terus je duk main kat dalam playground tew ...sebab tew la banyak gamba mak mak je hahhahahahha .

 Me , Ila . Azie , Rose , Gee , Mai n Watie

 Kenkonon nak bergamba ngan artis ....ekekkkekekek

 Kak Yanie TV 3

Thanks to Zizie n Joe n family sebab invite kita org semer . Happy bday Fenriz ...moga Fenriz membesar menjadi budak yg bijak pandai dan hormati ibu bapa . Auntie doakan yg baik baik saja utk Fenriz ...muahs





Friday, February 01, 2013

Doa Ibu Bapa utk anak anak

Sempena Jumaat yang mulia nih Moon nak share kan ngan kowang ...and as a reminder for my self jugaks utk sentiasa doakan kebaikan n kesejahteraan anak anak ...sesungguhnya doa ibu bapa adalah yg paling mustajab

Credit to this blog


Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya


doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41


Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128


Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74


Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79


Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24


Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya


 Masa kita org bawak Allahyarhamah jumpa Ustadz Lokman utk rawatan last time ,  Masa tew Moon pun masuk sekalik n alang alang jumpa la . Masa tew kita org dpt Ashraf Muslim  .. masa tew Moon pun tanya la ada tak apa apa yg saya boleh bacakan utk anak n dia pun bagi ayat Taha nih ayat 1 - 5  , ayat dr surah Al- Baqarah ayat 128 dan ada satu lagi ayat dr surah Yassin . Nanti moon share kan sebab lupa ayat berapa sampai ayat berapa . 

Then moon adalah mintak air penerang hati utk anak n dia kata tak apa . Puan baca kan ayat2 tadi lepas solat hembus dlm air kerana doa dr ibu adalah doa yg paling hebat . ..baca kan utk anak hembus kan kat kepala dia masa dia tidur ...Insyaallah .

hope info nih berguna utk kita semua ...n la ni jugaks kita doakan agar anak anak kita menjadi insan yg berguna dunia dan akhirat ...








Syok nya org blanja

Semalam tepon bunyi tret tret ....tret trettt

Moon nko free tak tghari nanti ...jom lunch sama sama . Fara pun ada dtg ...jumpa kat alamanda nanti ya

i pun ok la ...cyberjaya ngan putrajaya tak jauh pun kan . Sampai2 tew pegi mothercare cari Filla ngan Fara . Biasa la mak yong kan dah nak branaks kan maka kena la cari apa apa yg patut .

 Nunggu mak yong ngetest ...alahai Fara jauh tew dtg dr Temerloh pagi tadi gie submit kije then ptg nak balik temerloh plaks ....giler kentang la . Fara nih pantang kalau dia dtg kl mmg jadi rebutan la .......fara nko dtg tido umah aku ....pastuh Ila plak ajak ...Azie plak ajak then Filla plak ajak . Giler cam retis nko Fara ....hari tew siap cam madu 3 plak ..1 mlm umah pilla , 1 mlm umah moon , 1 mlm umah Ila hahahhahah

Pastuh Filla ajak gie makan Madam Kwan ....vley ai tak tahu kat mana madam kwan hahahhahahahha . Ok la tempat nya cozy makan pun best .


berseri2 la buk pilla ....yer Fara nko mmg kan ....suka sangat wat muker cenggitu kan kan kan ...
auw ...cantek tak shawl ai pakai ...senin nanti baru utk di jual ya ...harus la shawl dari TSUGOI ....

masa nak amik gamba nih kemain lagi ..........

kak filaaaaaa ai minat la blog u .... nak amik gamba ngan kak fila vley .. ( nada gedik kay )

ooo ya ka dik ......jap ek ..... ( libasrambutlajulaju ) 

hahhahahhahahahha tetiba terlebey makan ke hapa .........hahahhahahhahahahha walaupun ai yg paling beso namun ai la paling muda di sitew muahahhahahhaha .........
 

 makan best ...hahahhahah Tq Fillanie belanja Moonie mkn .....kata nya sempena bday . Auw terharu ai Fillanie belanja ......sok sok belanja lagi vley hahahhahahah


Thursday, January 31, 2013

301

Dear readers n friends

Terima kasih atas ucapan bday dr kowang semer  . Yup semalam saya dah tua setahun lagi  . Kemain banyak msg , pm n ucapan masuk ...terharu akak membaca nya ( terus bahasakan diri akak akakkaka ) terus rasa cam sambut bday 23 thn walhal hakikat sudah 33 thn hahhahahah . Mmg layak di panggil makcik dah ekekek

thanks u ols . Sorry kalau tak dapat reply msg kowang 1 1 ....tapi trust me ai baca semer ucapan kowang yg buat ai sengeh sepanjang hari ...

tapi smalam saya kena prank ngan pak sutan kaw kaw punya siap menangis bagai nak rak ( terasa poyo gilers ) sebab seharian dia buat derk je . Tgh malam masuk 30hb je dia wish ...tew je . Sepanjang hari dia buat donno je siap ajak org pegi bengkel lagi baiki kerusi kereta n stereng yg rusak . Pastuh pas berpanas kat bengkel time lunch hour ingat dia nak la belanja mkn best sket sekalik pegi tapau nasik ayam je kat terminal cyber tew ....hebat kan . Terus bini sambil makan nasik ayam kat pantry office sambil makan hati .....sikit agi nak termakan limpa n hempedu ......huk huk sedey .

Ingat ak la dia buat something ke apa ke ala ala romantik yg bagi kita cair ke hapa . Balik kije tgu gaks kot dia nak bawak gie mana mana

siap bini ni muka tak malu siap tanya ...awak nak bg apa kat saya .

Ntah la ...daddy pun tak tahu dah nak kasik mummy apa . Sebab mummy tak pernah mintak apa apa pun . Nak kata handbag awak tak minat sangat beg . ...wallet jam semer elok lagi . Kalau awak ada bunyi kata nak apa apa ley gaks saya beli kan . Nak gie jalan jalan semalam kita baru balik dr gold coast . Nak ajak makan makan semer tempat kita dah pegi ....awak nak gie mana

terus senyum kelatttttt je si bini ....makan dalammmmmmm ...he he he tak pa la ..... ( dalam hati ..........cam mmg la saya dah ada semer tapi bagi je la ....kalau awak bagi coklat sekotak pun saya suka n akan makan seolah coklat tew la coklat yg paling sedap dalam donia nih .....pffftttttttt )

Lepas amik budak budak rasa cam sedey sangat tetiba emo ntah hapa apa ...mmg la kan dasar dah tua cenggini mmg la cepat je sentapppppppppp muahahhahah

Jom la kita gie beli kek utk mummy ....tp pegi tesco dulu . Tew pun sebab dia nampak bini dah monyok ...so me n kids duk dlm keter je .

Isk misti daddy gie beli iron utk mummy tew sebab iron kat umah dah nak rusak n mummy asek mintak nak iron baru ( tp dlm hati hish takkan la kannnnnnnnnnnnnnnnnn )

sekalik nampak dia lenggang2 kangkung bawak iron . Nangis dalam hatiiiiiiiiii meraung2 hokey .  Dah la steam iron ...tak balut plak tew ...........nanges lagiiiiiiii

on d way back nangis terusssssssssssss ..............giler la nanges dah bertahun saya tak nangis kat dia . Pedulik la anak anak dlm kereta ke hapa ..........sebab saya sedey giler

then dia singgah beli kek ...bawak anak anak n bg masa kat mummy nak tenang kan diri ( yer ntah napa saya emo giler n ini bukan saya utk emo cam tew skalik ) tp dalam kereta  ai bukak kotak iron tew pastuh jd sedey . bukan sebab dia tak ingat tapi sebab dia usaha gaks utk bg saya happy walaupun far dr expectation . Terus rasa bersalah sebab berkelakuan cam bebudak . Gilers ke hapa ...ingat umor 20 thn ...dah tua dah , anak dah 2 apa kes nak nangis2 cam nih . Hishhhhhhh apa la wat peel cam nih ...........terus poyo lagi nanges sorang2 ntah apa apa sebab menyesal plak ........hish mmg emo tetiba apa kes pun tak tahu

Sekalik dia masuk terus mintak maaf bagai . Gilers la rasa bersalah sangat2 cam berdosa sangat wat suami cam tew .............gelaks je pak sutan

asal mummy nangis plak . Mummy bukan jenis org cam tew ...apa kena ngan awak hari nih ?

Mak potong la kek ngan mata bengkak ntah hapa hapa ...tak mo amik gamba . Pas makan kemas2 terus naik test iron hahhahahhahh dasar suri rumah kan nak jugaks mengosok baju . Tapi best sebab iron tew berkepok2 kuar wap steam nya ...terus rasa kagums di sitew sebab steam iron lama dah tersumbat n asek melekat je

Nak tido dah skalik pak sutan dtg pujuks ......n siap ada sessi meeting lagi bla bla bla ntah hapa hapa bini merepek + bebel + luahan hati ........skalik dia pas kan kotak hadiah

so nangis n sentap tak tentu pasal hari tew adalah sia sia ............

bukak adiah pun ley nangis ( sebab rasa sangat bodow )

mana la boley daddy lupa bday mummy ...daddy dah beli lama dah siap sorok kat bilik bawah ......happy bday .

yerrrrrrrrrrr saya dah terkena ngan pak sutan .............

* saya ada banyak sangat pending entry ...entry pg bday Fenriz kat KFC then entry pasal ke Gold Coast Morib .......saba ya gamba baru masuk pc akakkaka mlm kang saya draft sesiap utk publish besok . yer la semalam kan saya hemo hemo ...pastuh mlm plak sambung lagi memujuk hati sendirik ekekkekek terus tak jadi nak draft entry


Kaler kelabu

Bila usha warna2 utk tahun nih ....maka warna warna nih yg kuar . Umah ai ari tew kan org pecah kan dinding n baiki semer crack2 tew . Then org tew kata akan dtg balik utk cat n akan cari warna yg paling hampir ngan warna kita org . Tapi cam lambat la plak ..kang buat nanti dia org cat bertampong tampong cam na ..


 tgk la tew ...betapa sakit nya mata duk tgk dinding cam tew .........mata sakit hati lagi la sakit ........


So hari tew google2 la apa warna yg cantek nak cat umah . Sebelum nih kaler cekelat ...tapi cam busan la plak so ingat nak tuka kaler lain plaks ...so dalam adik badik kaler2 tew ...ada plak kaler kelabu . So cam menawan kalbu la plaks kelabu tew

so gigih la akak mencari sample2 ruang yg kaler kelabu ........olo tomey2 nya


 
smart kan ...tapi jenuh la nak line 1 1 cenggitu kan .....
 
 Tetiba nampak plak kombinasi kaler cenggini ....giler kentang berani . Kalau tgk cam nih misti kita cam ek eleh apa ke hal plak kelabu campo pink neh ......

Tapi cuba tgk bila semer di campo kan ...smart n sleek jeeeeee

 
 
 

 Cantek kan ........smart tew . ...nanti ai share hasil mengecat kami anak beranaks akakkakkakak . Tapi idak la sehebat gamba2 kat atas .......ai nih cita2 je besar nak hias mcm2 tapi bukak wallet ...kempis je ...hahahhahah terus simpan hasrat deco2 tew dulu ...uhukssssssssss






Wednesday, January 30, 2013

Meeting ngan owner Tsugoi

wah tajuk gempak walhal acara melepaks sambil gelak2 pas pas barang n amik gamba sket2 akakakkak tapi nak bg nampak cam tgh bekerja keras maka kena la kata meeting ....hahahhahah

Daddy ley tak anta mummy gie umah Filla ...dia ajak meeting la ngan Elly 

terus pak sutan tak ley nak kata apa hahahhaha ok la .............so hari tew kita org dr umah Talib . So anak anak ley tinggal kat Balakong japs so mummy pegi meeting .

Acctually Moon gie amik stok2 shawl .......so korang tunggu ek next week ai kuar kan yg baru utk di jual . Umak aiii ingat kan sket sekali penuh bonet hokey ........

 Ok Moon nko nye stok kat sana ...so nko kira la ek .........gitew .


 Korang saja kan kasik aku tgk tudung banyak2 cenggini kang setiap satu aku beli cam ne . ...jgn ingat tukang jual ley amik free je yer . Bisnes tetap bisnes ...kalau nak lebih sila la bayau ...muahahhahah . Baik puan ..........



Terus masa nak blk umah anak anak duduk di celah2 tudung hahhahahha sian kowang nak wat cam na mak pak nye kereta kan 'besar' hahhahahah . Menci tau kalau bergamba tepi Elly atau Filla terus mak nampak sangat agam di sitew ( bukan nampak je moon oooi .....mmg agam pon )

So u ols Tsugoi ada kuar kan baju so sapa berkenan ley la order ya ... order ngan Buk Filla atau Buk Elly


comey kan .....tew la kalau org slim melim n comey2 cam nih mmg cantek pakai cam nih ...so sapa berkenan sila la email kat Tsugoi yer 

Sertakan
Code Baju:
Alamat:
Telephone No:
 Para suami yg duk lepak2 sementara tunggu bini masing2 habis diskus ....Amboi kemain pak Radie tunjuk cara kat Elly .....

nko duduk la corner nih nampak lampu aku ..pastu buat konon baca majalah ...kang style

hahahhahah hebat la ...our prop manager . Semer mmg dia la yg buat ...amik kerusi cari port . Filla nko kena bayar lebey sket kat prop manager tew ...sampai kat luar umah pun dia sapu ....hahahha . Pak Sutan sila la contohi pak radie sebab rajin sapu depan umah .

 Wah cam bekham ngan victoria .....pakai baju sedondon cam nak gie dating ya kowang . ....Elly kemain la bagus sampai2 terus di sambut oleh Ani ...skalik Elly bg tau pilla

Pila aku rasa anak nko berak nih

terus pilla tanya Ani ....Ani , berak ke ? ...nko jgn Elly , anak aku kalau dia tak berak nko kata dia berak marah dia nanti

laju je si kenit nih geleng kepala .........skali semer duk bau dah hahahhahahah ........apa lagi terus je filla bawak dia gie tandas cuci ...skalik pas dah siap pakai semer filla bgtau la ...

Moon nko tahu apa anak aku ckp masa aku duk cebok dia ? Dia kata , mama Auntie Moon tu cantek la ....

wahhhhhhhh Amaani pandai tau bodek auntie tau ...mulut manis cam gula batu .......1st time tau budak puji auntie .........org kata budak2 nih ckp jujur kan kan kan .....( nasib la dia tak cakap kat mama dia ...Mama auntie moon tew gemok kan ) terus aku pitam kat sitew jugaks


Sebab Amani puji Auntie ...terus Auntie kasik gamba sebesar2 alam kat Ani .........muahs ........

Nasib baik la Moon tak bawak Yaya kalau tak habis la pipi si Ani ni di uli2 nya ....cam dia uli pipi Rafiq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...