Tuesday, October 20, 2015

2 hari aje lagi

Assalamualaikum semua.


Moon sedikit bz. Yer lah, event dan jualan kat Globe akan berlangsung weekend ni. Bermula dari Jumaat hingga la Ahad. Selagi tak habis sale selagi tuh la takley lepak2 hahahah. 

Ada yg dah bgtau akan dtg dari Johor, dari Penang, dari Kelantan dan dari Melaka pun ada.


Google Map di SINI


Pandangan depan dan belakang utk ke Sarah Hughes Globe


Kali ni Moon ajak juga rakan rakan blogger utk memeriahkan majlis heheheh

Antaranya adalah

Fillanie
Peej Burhan
Neena Anuar
Mimy Hamid
Lizz
Kak Ai
Julia Johari
Dya Pinkymomma


Mcm last time Moon siap buat ala bazaar kat atas sana n ajak rakan rakan blogger utk bukak booth kat sana. Mmg syiok sangat.






Insyaallah nanti kalau ada rezeki kita boleh buat lagi mcm ni in future



Nanti acara sale akan bermula pada 23 hb dan berakhir pada 25 hb Oct.

Kat bawah ni Moon letak sekali harga upah sebab nanti senang kalau korang nak budget sesiap kan

*Upah jahit Langsir
French Pleat RM7 sekaki
Singapore Pleat RM16 sekaki
Eyelet RM18 sekaki
+ button RM2 sebiji
Tab Top RM16
Kepala with scallop RM30 sekaki

*Upah jahit kusyen
16 x 16 RM10
18 x 18 RM 15
24 x 24 RM 30
30 x 30 RM40

*nanti boleh tanya balik ngan staff lvl 7 k

Thursday, October 15, 2015

Ikan kering talang

ni adalah menu paling best di kala mulut rasa tak sedap...mulut rasa pahit n rasa payau. Masa tengah demam ke apa...yg nih jugak yg bukak selera nak makan hahahah

org lain kalau demam ke apa kemain jadi kurus sebab tak makan. Tapi akak kena makan jugak u olss kalau tak lagi sakit jadinya hahahah dasar perut sangat kan.

So last week kan macam tak sihat je kan...makan semua pun rasa tak sedap tapi kena makan jugak sebab kalau tak makan perut lapar n masuk angin. So kebetulan plak parcel sampai kat opis.

Bukak bukak ikan kering yg akak order dari Marliza di Sabah tuh. Mmg kena sangat la...terus rasa nak wat video cam fyn jamal dapat ikan bilis dulu dulu hahhaha ....rasa cam nak peluk2 plastik ikan kering.

Terus la goreng ikan kering

Ikan kering talang nih yg best nya adalah sebab dia isi. Dulu moon kalau balik penang misti nak jugak ikan kering talang. Kadang cari bahagian isi je.

Sekarang sebab boleh order je....mmg akak order je. Bayar n tup tup sampai barang kat opis hahahah. Plus yg Marliza jual mmg bahagian isi je RM 40 sekilo isi sahaja. Skrg mmg slalu beli udang kering ke...bilis ke...atau apa apa la mmg order ngan dia je. Senang sebab dah kenal kan n mmg tahu barang dia jual barang baik punyaaaaaaaa wink wink.


takyah pening2 nak masak apa....goreng je ikan kering talang nih ngan bawang n cili padi pastuh masa cedok tuh amik sker minyak tuh hahahhahaha. Tak kesah la org kata euuuw minyakkk....yg tuh la best dik oooi. Tapi jangan la cedok minyak buat lauk plak. Nanti minyak tuh buang jugak.

mkn plak ngan nasik panas panas berasap tuh ....perggggg. Terus konpius, eh betul ke aku tgh tak sihat nih hahahhaha

My MIL plak suka buat rendang assam pakai ikan kering talang nih...kadang dia masak asam jawa...so ada rasa masam masam n masin sedap sangat....alamak sambil type sambil telan air liur.

Ikan kering talang ni walaupun dia dlm kategori ikan kering, tapi isi dia tebal n mcm moist je so tak la kering kontang kan.

Dulu pernah beli kat pasar malam sebab teringin punya pasal. Sekali nak hiris ngan pisau pun tak boleh sebab kering sangat. So kena sabarla rendam air dulu bagi lembut. Mmg pottong betul laaaaaaa.

Kalau dapat tang tulang2 tuh pun best. Buat gulai ikan kering letak kentang letak terong letak segala macam la........perggggggggggggg. My MIL buat the best gulai ikan kering in da world...memang dia akan buat seperiuk besar la.

ok la lapar terus....akak nak gie makan la.

Tuesday, October 13, 2015

bicara maid

Semalam habis meetingn borak2 la lepas tuh kan... my bos mention skrg gaji maid dah RM 900 pastuh ada ura ura nak naik sampai RM1200 ...pitam hokey.

Kalau cam nih mmg tak ada maid la ai sampai sudah

Dulu ada maid pun setahun aje. Elok je renew utk another year dia plak kena macam macam. Tiap malam nampak lembaga hitam la suruh dia balik kampung. Badan naik gatal2...lepas maghrib je naik gatal...lepas subuh je hilang. Siap histeria semua...so mmg hantar balik terus la dia ke Indonesia.

Dia wat kije semua ok la...kerja umah mmg semua beres

Baru2 nih Isk n Yaya kata ha hari tuh kita org pergi umah kawan bibik kat sini la. Kira 2 3 lorong jugak dari umah kita org.

Tanya kat Isk napa dulu mummy tanya tak ckp.

Sian bibik. Bibik kata kalau sayang bibik jgn bgtau mummy nanti mummy marah n antar terus bibik balik.

Rupanya ada jugak kan...takpa la benda pun dah lama. Walaupun dlm hati cam ....sanggup nko bawak anak aku berjalan ke umah org...hish. Patutla kadang nampak ada barang dlm bilik dia, Rasa cam tak pernah beli bedak nih...rasa tak pernah plak beli dia pad nih.

Rezeki pakai maid setahun aje

Masa tuh mmg kemas gilers uma. Letak baju kotor dalam bakul waktu pagi...balik kije dah siap bercuci dah baju tuh. Nak pakai balik malam tuh pun boleh hahahah betapa mudahnya.

Cer sekarang tak ada maid kadang campak dlm bakul baju kotor ...weekend baru jumpa balik kot baju tuh tak pun minggu depan hahahah kadang nak cari baju pun kena selongkar timbunan gunung Kinabaju hahhahahah

Pak Sutan tanya ...awak nak maid tak

Rasa berat plak nak bermaid. Nanti nanti la tgk macam mana . So far ok lagi. Anak anak pun dah besar boleh bawak diri. Tinggal mek sarah aje la nak kena tgk kan. Umah biarlah sepah sana sini sikit2 tuh. Pejam mata dah la...walaupun sakitnya tuh di sini tuhan aje yg tahu

Tgk la macam mana...lagi pun anta nerseri pun ok je. Dia org pun sonok je

Dulu masa ada maid bila anak kata nak tido ngan bibik terus sentap je hati nih. Jeles hokey, tuh anak ai napa dia nak bibik plak kan.

Kalau gaji maid jadi RM1200 mcm mana la kan ......

Monday, October 12, 2015

Pure by Safiyyah Osman


Pure by Safiyyah Osman ni adalah detox produk yg 100% semulajadi, tanpa pewarna tanpa alkohol dan ianya adalah homemade with love.

Moon dah cuba sendiri Body scrub dan Foot Soak ni. Mmg la best

Susa Detox body scrub ni diperbuat dari gula dan ada wangian yg best macam citrus yg bau macam lemon dan chamomile yg bau ala ala bunga. Since ia ada essential oil dalam tuh, lepas kita sental badan...badan tak kering sebab ia akan lembab n lembut. Scrub ni bagus ya utk buang kulit2 mati...time mandi tuh boleh la sental2 daki2 semua...bau dia sangat sedap rasa cam nak makan je yg citrus tu.

Semua product diatas adalah HOMEMADE dan 100% natural tanpa pewarna dan tanpa sebarang chemical. Pure oil yang digunakan di imported dari UK dan USA.

Harga untuk homemade scrub : Rm25/jar. 200ml.
Postage : Rm7/jar.


 Hari tuh Moon siap scrubkan Yaya sama....lepas tuh tak habis habis dia kejap kejap dtg bagitau...

Mummy cuba rasa kulit Yaya lembut kan....best la Mummy. Besok buat lagi nak tak

Amboiiiiii........scrub nih kena buat sekurang2 nya sekali seminggu. Baru la kulit lembut je utk di belai ehem ehemmmm


Ada 3 jenis scrub yg korang boleh cuba iaitu :

1.Chamomile Me.-sesuai utk orang y susah tidor,stress dan nervous tension.

2.Citrus Honey.-sesuai untuk badan yang banyak parut,jerawat dan badan berbau.

3.Coffee Orange.-sesuai untuk orang yang badan ada selulit,kulit sunburn dan orang yang dalam pantang.


Detox scrub ni akan detox badan kita melalui luaran,dia akan gantikan kandungan magnesium yang dah hilang dalam badan. Lancarkan peredaran darah,berfungsi untuk relaxkan urat dan otot dan menyegarkan badan.

Memang perlu minum banyak air kosong selepas scrub untuk buat badan lepaskan toksik melalui air kencing dan air besar.

 Harga : Rm22/jar. 200ml.
Postage : Rm7/jar.

Ha kalau sesiapa yg slalu lenguh2 kaki tuh boleh la cuba rendam kaki guna Foot Soak ni. Sangat bagus untuk detox kaki yg lenguh lenguh dan sakit. Ia juga membantu utk hilangkan bau busuk pada kaki akibat kerap berpeluh. Ianya 100% natural dan menggunakan detox salt.



 ni bukan macam garam masak kay...rupa hablur garam nih sangat lain n macam kristal. Si Sarah nih bila time mummy nak amik gamba la dia pun sibuk nak main cedok cedok...ni la akibat dia slalu tgk mummy dia cedok garam nih letak dlm baldi. Biasa la Sarah, mummy kan dah tua kaki pun cepat lengoh hahahah.

Semua scrub n foot soak ni tahan 8 bulan hingga setahun n sila la simpan di tempat yg kering hokey.


Detox Infusion Tea from UK

 Sekarang nih ramai org dah sedar tentang kebaikan infusion drink kan. Kadang kita nak rendam nak ptong fruit pun tak sempat...so Infusion tea bag nih adalah substitute yg bagus. Just rendam aje n ready utk di minum


 Moon suka sangat lemon ginger tu dan cranberry.

Harga untuk sekotak Rm23. Ada 20 teabags. 1teabags boleh guna 2x.
Postage Rm6 utk 1-6kotak untuk semenanjung, Sabah Sarawak +Rm4.

Tiada kafien,tiada pewarna dan gula tambahan,100% kosher halal. Premium quality.

Memang sesuai sangat buat Moon yg mmg tak tahan caffeine...plus berkhasiat jugak. So korang minum je takyah letak gula...sebab rasa dia tanpa gula pun dah sedap.


Lemon ginger -- utk kurus badan,kempiskan perut yang buncit dan boost immune sistem serta boost metabolisma. Juga bagus untuk orang yang sering sakit kepala. Bagus untuk orang yang sembelit teruk.

Pomegranate --bagus untuk rendahkan kolestrol,bagus untuk elak nyanyuk,anti aging,boleh turunkan berat badan atau maintain berat badan. Bagus untuk elak cancer payudara dan prostat.

Echinacea & Cranberry
- bagus untuk detox darah. Bagus utk rendahkan kolestrol dalam darah. Sangat sesuai utk orang yang selalu stress,susah tidur dan nervous tension.



 Ada 10 perisa yg korang boleh test

n bila kita detox madan kita, kita kena amik air kosong lebih sikit tau sebab utk singgkirkan segala keladak n benda tak elok dari badan.


 Jom kita mendetoxkan diri . Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke IG Safiyyah tu ya. Moon mmg suka baca benda benda mcm nih plus utk kesihatan ni kan. So far nih adalah detox tea yg paling murah moon jumpa.


More info boleh ke instagram 
@purebysafiyyahosman @purebysafiyyahosman @purebysafiyyahosman
Siapa yang berminat nak order, boleh whatsapp +60192609886 .

Friday, October 09, 2015

MC

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua

Moon baru je balik dari klinik. Tak sihat,,,tetiba malam tadik perut meragam pastuh kepala pening2....loya loya . Perut siap bergelodak...gerak sikit pun boleh dengar bunyi air glup glup glup.

Badan seram sejuk terus berbungkus selimut

Tetiba rasa nak muntah terus mintak baldi ngan pak sutan. Sampai je baldi terus muntah cam pili paip bomba.  Anak anak tgk pun terkejut sebab tak pernah kot kena mcm ni.

Pak Sutan ajak ke klinik tapi tak larat sangat nak bangun. Tido je terus...naik atas berbungkus mcm tepung bungkus.

Yaya plak siap nangis teresak2....Yaya taknak mummy sakit, Yaya sedih tgk mummy sakit

alaaaaaaaaaa dah, jangan la cam tuh. Nanti mummy join nangis jugak acaner

Baru je nak lena tetiba si Sarah dtg..

Mummy nak susu chot chot

Dia nih kan skrg mmg takmo botol langsung. Dah 3 minggu kot cam nih. Kat nerseri pun dia minum air masak dlm cawan je. Susu dia mmg reject. Susah hati la mummy cam nih dik oooi. Everyday cikgu nursery bagitau

Akak dia langsung taknak susu botol. Saya paksa n marah baru dia minum sikit. 

Ni doc dah bagi ubat tahan muntah semua. So makan ubat terus laloq n nak rehat la

ok u ols...take care

Tq yg order Inteemor ngan akak. Dont wory order hari nih semua dah setel. Tak menang tangan akak mereply. Sorry kalau lambat reply ya u ols...tapi janji semua akak dah reply.


update: Moon dah ke klinik rupanya kena food poisoning. So pikir2 balik rupanya hari tuh tapau makan pagi2 terus sebab malas nak kuar lunch. Tapi dekat kol 4 baru makan lunch. So perut plak kosong+gastrik pastuh bantai makan pedas...mmg kena la kan. Ni dah ok dah


Thursday, October 08, 2015

2 bulan bersama Inteemor

Moon pernah share kan yg Moon ada masalah tak period selama setahun 8 bulan selepas lahirkan Sarah. Mmg Moon sebelum nih pun mmg lambat utk dtg bulan balik sebab breastfeeding but ini adalah paling lama.

So Moon mencuba Inteemor sebelum Inteemor dipasarkan lagi. Bila dah cuba sendiri n rasa kehebatannya baru la Moon share ngan org lain. Sebab mmg sah sah ia nya berkesan. It works for me and i hope it will works for other people too.

Ni dah masuk bulan ke 2 Moon amik Inteemor ni. 1 sudu setiap pagi sebelum breakfast. Maknanya kena amik masa perut kosong,

Alhamdulillah..bulan ke 2 pun period dtg elok je n mmg lancar la. Mmg lega.....susah hati tau kalau tak dtg bulan. Sebab macam risau, napa yer sebab sakit ke...tak normal ke apa kan.

So sekarang nih mmg consume Inteemor sahaja. Sebab mmg lengkap dah dalam ni utk kesihatan wanita. Jimat belanja mak hahah takyah nak beli suplement berbotol2.

Bak kata org org tua, badan nak pakai lama. So kenalah pandai jaga...bukan muka je kena cantik....dalaman pun kena la cantik. Tambahan pulak bagi wanita yg dah kawen n dah ada anak.


* credit to Innanie for this pic.

Tujuan Moon amik Inteemor nih adalah utk masalah period tidak teratur. Alhamdulillah Inteemor nih works really well for me. Tried n tested and love it so much.

Takyah susah susah nak merebus segala macam ubat ke apa. Bukak botol je telan.

Moon nih jenis tahan ubat pahit2 tau. So kalau rebus apa apa pun mmg telan je....1 je takleh telan sampai sekarang, iaitu buah mengkudu. Bukan sebab rasa dia, tapi bau dia busuk, Baru je sampai ke mulut hidung detect bau dia dulu hahahha.




Apa itu Inteemor ni

Inteemor adalah keluaran terbaru Ephyra. Ia mmg fokus pada masalah wanita sahaja. Lelaki takley makan hokey.( mana tau tetiba ada lelaki nak jugers heheheh ) Inteemor nih mmg fokus pada peranakan wanita dan bahagian intim wanita.

Ia membantu memelihara kesuburan, kesihatan serta kecantikan wanita. Sebab dlm Inteemor nih juga ada kolegen. So botol Inteemor nih mmg lengkap la segalanya. Bagi perempuan nak jaga kecantikan luaran dan paling penting dalaman ....ehemmmm ehemmm. Baru la tidur pun tersenyum je sampai pagi vleyyyy....eh tetibaaaaaaaa hahahhaha

Dalam Inteemor nih ada 16 herba terbaik serta makanan sunnah.


Herba melayu yg terbaik utk wanita seperti Manjakani, Akar Serapat dan Kacip Fatimah

Herba cina seperti Dong Qui

Makanan Sunnah seperti madu, Habbatussauda, Buah Tin dan delima

dan banyak lagi kandungan yg mmg memberi manafaat dan khasiat pada badan.


Masaalah keputihan

Ha ni adalah 1 masalah...sekarang semua org nak putih. Tapi putih nih adalah putih yg tidak di ingini oleh semua wanita. Say no to this putih iaitu keputihan.

Keputihan mmg menjadi masalah buat para wanita. Tak kira la korang anak dara ke...atau dah kawen atau ada anak. Majoriti wanita ada masaalah keputihan yg berlebihan yg membuatkan dia org tak selesa dan gatal serta menyebabkan jangkitan kuman.

Mmg sesiapa yg ada masalah nih mmg runsing n bimbang. Yerlah nak bgtau kat org misti segan kan. Tapi korang jgn risau. Cuba try Inteemor nih . Sebab ramai yg ada masalah keputihan dah cuba n mmg masalah keputihan tuh berkurangan.


Ada banyak sangat feedback n testimoni mereka yg dah cuba Inteemor nih. Boleh tgk di FB EPHYRA and IG ephyra @ephyra2u



Cara nak ambil Inteemor nih pun sangat senang. Bukak n tuang dlm sudu lepas tuh telan. Rasa pun tak la teruk benor. Ada yg kata rasa tak sedap tapi rasa herbs yg sedap. Seperti rasa herba campur blueberry sket n mcm ada rasa kurma blend.


Bagi yg dah kawen misti senyum je kan bila cuba Inteemor nih

Moon nak cerita lebih2 takley la kan. Sebab kadang tgk ayat dalam majalah n paper pasal laki bini semer tuh Moon tak suka...cam geli geleman pun ada. Tetiba letak gamba katil patah la...letak pakcik n makcik sebagai model. Apa kesssssss...oh noooooooo

So nih kena cuba dulu baru tahu

Sesiapa yg ada masalah seperti yg di nyatakan seperti di atas tuh boleh la cuba

Harga nya sangat mampu milik RM49
n Moon bagi free postage sampai hujung bulan nih

Ni adalah harga pengenalan tau. Kalau nak cuba baik cuba sekarang sementara masih murah. Kalau tak nanti harga more than RM60 ++ cam tuh

So kalau nak beli ley e-mail je Moon. Moon berani jadi dealer sebab moon dah rasa sendiri. Mana boleh kita jual benda yg kita sendiri tak pakai kan. Harus la kita pun kena pakai ngan tekun hahahha


Postage adalah setiap hari setiap pukul 2 pm



Email me at : moonpunyerblog@yahoo.com
Title : Inteemor atau Ephyra atau SkinBar



Ephyra

30 sachet RM 197
10 sachet RM 68

Ephyra Collegen



Ephyra SkinBar
RM 39


Wednesday, October 07, 2015

Langsir hijau

Ahad hari tuh pergi amik langsir yg dah siap. Moon mmg dah order hari tuh lagi tapi nih baru sempat ambil. Alang alang pergi sana utk meeting, kita terus amik bawak balik

Rumah Moon kan dah berlangsir hijau masa raya kan. Tapi rupanya Moon tertinggal utk tempah  langsir utk laluan masuk ke dapur. Dah jadi pelik sebab sliding door dah berlangsir hijau tapi kat laluan masuk dapur still warna merah. Agak pelik di situ

So sementara waktu, Moon pergi amik lagsir bilik Isk n letak kat dulu kat laluan tu. Lagipun bilik ISk dah berganti langsir baru.

 nampak tak senteng di situ hahahah. Abaikan aje...lagi pun sementara

Moon pilih warna hijau nih sebab nak matchkan ngan langsir n sarung kusyen semua. Lagi pun kain nih depan belakang lebih kurang je. So tak la nampak pelik kalau moon duk kat dapo...maknanya still nampak lawa ahakssssssss

utk matchkan ngan sarung kusyen dan langsir umah Moon....so moon pilih plain designer fabric tu


ni la warna warna yg ada u ols




bila tempah jahit kat sana, mmg dia akan pasang hook siap siap. Ni adalah gamba kain close up with flash n no flash. But hijau nih sangat vibrant....so Moon suka sangat.

Upah jahit adalah RM7 sekaki. Contohnya kalau sliding tuh 10 kaki X 10 kaki, so upahnya RM 70 la


ni la contoh kain designer tu. Gabungan purple n grey...mmg nampak ekslusif n cantek kan. Ianya plain but ada sedikit tekstur tapi sangat lembut n berat.

Kain ni ada kat belah belakang tau...sebab ada 2 3 org pm semalam tanya napa tak pernah nampak kain nih. Sekalik semua frust sebab macam nampak tapi tak pay attention sgt. Takpa nanti akak mintak dia org alih kain nih ke depan k. 

Kadang kalau tgk kat roll kita tak nampak rupa kain tuh. Tapi bila dah siap jadi langsir terus nampak cantek bukan.

Siapa siapa nak beli kain nih boleh naik ke lvl 7 Sarah Hughes Globe jln TAR kay. Nak tiru langsir umah I pun boleh.

Monday, October 05, 2015

Meeting kat Globe

Ahad ke KL kejap sebab mmg dah buat appointment nak jumpa Ketan utk diskus few things. Antaranya adalah utk pilih 5 pemenang Like, Share n Win hari tuh.

Moon akan announcekan nama pemenang kat end of this entry ok.

Masa nak pergi tuh jerebu nampak mcm tak la seteruk hari Sabtu. Tapi mata sangat pedih. So Pak Sutan pilih parking yg paling hampir ngan Globe iaitu kat tepi Semua House tuh. So jalan pun sket aje n terus masuk dlm bangunan.

Tetiba macam meeting formal plak kan dengan projector n laptop bagai. Moon cuma tunjukkan kat dia org pasal feedback korang. Andai kata korang ada cadangan atau komplen boleh bagitau Moon. Insyaallah, akan Moon sampaikan pada pihak management.

So semalam Moon cadangkan agar tambahkan bilangan kain katun sebab last time mmg semua orang beli kain tuh. So sesiapa yg tak sempat beli kain katun hari tuh mmg frust sangat sangat. Bayangkan, that day sahaja beratus ratus meter kain kartun habis dalam masa 1 hari sale. Moon pun tak sempat nak beli utk diri sendiri. Tuh la duk nanti kejap nanti kejap. Sudahnya gondol sudah rail langsir.


Kita org pun tgh bincang utk next VIP sale utk blog readers n follower Moonpunyerblog. So korang jangan lupa utk sentiasa masuk blog Moon yer ...sebab Moon akan announce kan tarikhnya kat Blog n kat FB

Nanti akan ada 2 floor utk kain langsir. Lvl 7 yg biasa korang dtg tuh kan plus lvl 8 yg bakal menempatkan high end fabric.
 turun ke lvl 7 jap tgk kain kain kejap n amik kain langsir yg Moon tempah dah siap.

 kebetulan plak ada org pm nak tgk kain belang. Maka mmg moon pusing n snap gambo kain belang2 hahah

maaflah kalau gambar senget2...sebab 2 gambar kat atas ni Yaya yg ambilkan. Ok la kan, boleh harap jugaklah utk snap beberapa keping gambar mummy dia hahah

Untuk peraduan yg sangat simple hari tuh ........ini adalah bantal yg dijanjikan tu ya




PEMENANGNYA ADALAH:

5 Pemenang yg akan memenangi 2 bantal yg sweet n comel tu serta sepasang towel yg tebal




 


 Nanti sila PM alamat pada Moon ya. Untuk pos hadiah anda...tq sebab sudi join


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...