Friday, February 17, 2006

Mari cuba buat roti sosej

ROTI SOSEJ

Bahan Roti [digaulkan rata]
1 kg tepung gandum
2 paket yeast..mauripan
200 gm gula kastor/halus
4 s/b susu tepung
Secubit garam
2 biji telur500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter
30 biji sosej [rebus dan toskan]

Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur……………..)
3 s/b susu segar……………….)
Kacau rataSedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak

CARA MEMBUAT ROTI:
1. Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 – 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.

5. Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6. Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7. Biarkan adunan ini naik semula (15 – 20 minit ).
8. Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 – 25 minit).


Selamat mencuba para rakan ...hi hi kiter pun lom sempat buat nih . Nanti kiter kasik resepi tart telur memang best . Dah banyak kali buat .

2 comments:

happy2gether said...

cam nampak sedap jek sosej tu ek?ehehe....

ila de cute said...

wah cam best je... nanti lepas bersalin nak cuba buat lah..heheh...lepas bersalin tu tak tau le bila kan...kita nak copy ek resipi awak ni