copy paste ~
Soalan:
Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil gamba family ?
Jawapannya
Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar
binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya
meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya
meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak
masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari
'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda
berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah
baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah!
Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah
SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku
membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda
Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat
seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu
lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di
dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam
rumah itu." (Riwayat Muslim)
Berkata Imam Manawi : Yang
dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh
sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg
tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan
dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada
penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah
ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar
atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar
atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan
gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata
hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh
kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau
menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik
tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat,
mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah
haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :
"Hukum
gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut
tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan
gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan
kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang
diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah
berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."
Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan
oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis
di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar
manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah,
kereta dan seumpamanya.
Harus juga bagi gambar yang dihasilkan
oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan
bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan
aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan
adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.
Sumber: Ustaz Nor Amin
sumber : Laman Nurani
selepas baca nih saya rasa amat jelas . Kadang bagus jugaks bila org menegur kita sebab kita akan usaha utk cari...dan harap u ols ley share kan jugaks apa yg korang tahu utk kebaikan bersama .
Someone told me tak apa selagi gamba tew dlm keadaan sopan n menutup aurat tak apa . Tapi kalau gamba pompuan bikini tepek kat dinding tew terus jd haram ...pastu gamba yg kita duk puja puja duk asek tgk2 je cam pemain bola sepak ke artis ke ...tew tak ley . Selagi ia nya bukan utk tujuan menunjuk2 dan utk pemujaan maka ianya tak mengapa n hukum nya Harus . So kalau gamba kita sekeluarga tidak salah
Sesetengan pendapat menyatakan kalau gantung gamba dlm umah malaikat tak masuk ....so terus ai tertanya2 n mula looking for answer sebab umah Moon mmg moon ada gantung gamba Isk n Yaya masa kecik and ada gamba me n pak sutan in our roomso ai nak tahu ada kan benda nih ai tak prihatin n tak tahu so from that ai cari jawapan nya n kalau ada buat salah tanpa di sedari maka ley cepat2 betulkan . Kadang tak der sekelumit niat pun nak menunjuk2 atau apa cuma sekadar kenangan kan .
so sama sama kita kongsi info nih di hari yg mulia ini . ..n kalau ada sesapa yg lagi arif saya mohon tunjuk ajar ...sebab saya mmg gantung gamba anak ( ye la sebab mam nya nih mmg suka amik gamba ) n saya terus curious bila ada org tanya pasal hal nih :) sebab saya pun bukan la bijak pandai bab bab nih sebab tew ai mula bertanya ..org kata malu bertanya tersesat jalan kan .Saya mohon betulkan saya kalau ada salah dan silap TQ
*Harus : (tiada perintah) tidak perintah buat dan tidak perintah tinggal
dan buat tidak dapat pahala dan tinggal tidak dapat dosa
dahliana said...
Salam moon. Nak berkongsi jugak. Baru jek ada ustaz dtg buat
ceramah kat telekom bukit raja nih, bercerita pasal menggantung gambar
dalam rumah. Selagi gambar tu bukan buatan manusia, contoh mcm gambar yg
kita ambil guna kamera, boleh. Jangan gantung gambar yang dilukis oleh
manusia, yang tu tak boleh. begitu jugak dengan patung beruang dan
sebagainya, kalau anak kita buat main, buat peluk takpe, jangan kita
susun atas rak untuk pameran dan sebagainya, itu pun tak boleh. Sebab
ustaz tu cakap, yang macam nih, termasuk gambar buatan manusia, dilukis
dll, setan akan menyorok kat tempat2 macam nih la, begitu jugak pada
patung2 bear dan sebagainya (yang kita jadikan hiasan dan susun bukan
buat main)
7 comments:
thanks for sharing kak moon.....papepun boleh tak akak buat entry pasal rumah akak..saya tengok cantik je dekonye
kak moon...mohon share boleh...?
salam kak moon...
terima kasih kongsikan artikel ni... saya pun dah lama rasa macam nak cari hukum yg jelas pasal gantung gambar ni sebab kami ada gantung gambar kawin outdoor di dalam bilik...
ada yang kata tak elok, malaikat tak masuk...
alhamdulillah terlerai sudah persoalan bila baca post kak moon ni.
kalau tak kisah saya mohon untuk kongsi di blog saya pulak boleh?
mun ,
Umah kak moon biasa je dear ..bunga2 pun tak der akakkakak pastuh tuan nye pun kemain bz cam menteri nak mengemas pun liat ....dlm otak mcm2 nak buat tapi harap poket je tak cukup tebal ekekekke
Anggun ,
Ley je share n jgn lupa masukkan sekali sumber asal dr Ustadz tew ya . TQ
Cik Atun ,
Sebab saya terkeliru la saya nak cari jugaks sebab ada kata harus ada kata haram so maka terus konpius so bila konpius terus wat research n tanya org2 bijak pandai .
Sama jugaks ngan eva mat katun2 kan . Anak ai mmg suka princess so ai letak eva mat princess kat dia . So sebab ada org kata haram ai pun cari n tak haram sebab kita pijak2 dia ha cam tew .
Moon pun tak arif sangat but kita berkeinginan nak tahu benda yg sebenar2 nya kan .
Thanks k'moon! mmg tercari2 jgak hukum ni!
Salam moon. Nak berkongsi jugak. Baru jek ada ustaz dtg buat ceramah kat telekom bukit raja nih, bercerita pasal menggantung gambar dalam rumah. Selagi gambar tu bukan buatan manusia, contoh mcm gambar yg kita ambil guna kamera, boleh. Jangan gantung gambar yang dilukis oleh manusia, yang tu tak boleh. begitu jugak dengan patung beruang dan sebagainya, kalau anak kita buat main, buat peluk takpe, jangan kita susun atas rak untuk pameran dan sebagainya, itu pun tak boleh. Sebab ustaz tu cakap, yang macam nih, termasuk gambar buatan manusia, dilukis dll, setan akan menyorok kat tempat2 macam nih la, begitu jugak pada patung2 bear dan sebagainya (yang kita jadikan hiasan dan susun bukan buat main)
Assalamualaykumwbh dear....
this is for sharing purpose...even rumah che yah ada gambar convo...but in my home...mas x buh gambar, just dlm album, adaaaa la.
http://www.youtube.com/watch?v=ItZnDTZQ7Fo
http://www.youtube.com/watch?v=vByWEmrjNac&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=ItZnDTZQ7Fo
Post a Comment