The Parenthood ni berkeluasan dalam 16,000 kaki persegi dan ada 33 buah kedai kat dalam ni. Susunan dan deco di dalam The Parenthood sangat cantik dan membuatkan seperti anda sedang berjalan jalan di kedai kedai tepi jalan di kota London auwww. Siap ada jalan raya ...bus dan jam besar. Sangat cantik kat dalam ni
Kedai2 kat dalam The Parenthood nih menawarkan segala keperluan bayi, kanak kanak dan juga untuk ibubapa. Konsepnya adalah supaya The Parenthood ini menjadi one stop center.
Kadang-kadang kita menghadapi masalah nak pergi saloon ke nak pergi beli apa apa kadang semuanya kat tempat lain lain. Lepas tuh kita plak bawak anak anak lagi. The Parenthood nih mmg memudahkan ibubapa yg nak membeli bersama ngan anak anak. Sebab kat dalam nih ada tempat utk anak anak main dan ibu bapa boleh la nak buat apa n teruskan urusan membeli keperluan anak anak.
Sekitar The Parenthood.
Sementara tunggu Blogger Conference, kita org boleh bawak anak anak masuk My Kingdom by The Parenthood dulu, salah satu tarikkan di sini, di samping kedai kedai yang lain. Sebelum masuk kena pakai wristband dulu. Wristband kita ada barcode so that barcode ibubapa sama ngan barcode anak anak. Ini adalah utk tujuan keselamatan dan hanya penjaga yg didaftarkan sahaja boleh buat kuar anak anak dari My Kingdom by The Parenthood ni
Wristband anak anak akan di tanda C dan wristband penjaga akan di tanda G ( guardian )
Senyum je adik yg kat kaunter nih sebab dia kata macam artis plak rasa sebab semua org amik gambar dia hahahhaha.
Bayaran masuk ke My Kingdom by The Parenthood :
Weekday RM35
Weekend & School Holiday RM 45
Budak2 mmg sangat seronok kat dalam ni sebab ada macam macam utk dia org main.
Abg Isk pun seronok sebab had umur kanak kanak adalah sampai 12 tahun, So Isk 10 thn pun boleh masuk n enjoy. Kadang ada setengah tempat lainIsk takley masuk dah sebab dah melebihi had tinggi tapi kat My Kigdom takder had tinggi ...ada had umur aje.
Moon pun sonok la kan sebab ley letak dia org 1 tempat sekali gus.
Bila dah masuk kat sini ...mana dia org nak ingat mummy dia org dah. Semer pergi main ngan seronok nya.
Tapi dont worry sebab setiap section akan ada crew My Kingdom yg akan monittor budak budak ni
Cuba bagitau macam mana nak ajak kuar dari tempat bola bola ni ...omg
With Blogger Julia Johari and YB Shehan. Kita org duk tgk anak anak dari luar nih..nak masuk pun boleh tapi malu plak kang tetiba mak lagi excited dari anak acaner hahahha
Kat sini ada juga playstation. Ni port para bapa la ....eh port para anak hahahah
Nasib la ada kakak ley tgk kan adik n main sama sama .
Kemain lagi kamu ya Sarah..
Antara menu LilliPilli Cafe
Ada saloon dan Spa juga kat sini. Ada bilik khas utk wanita muslim juga.
Ada party room juga
Ucapan oleh En. Leroy Lee, CEO The Parenthood
Kalau ada parents nak cari costume...boleh dtg sini sebab ada banyak costume. Nangis la kalau Yaya n Sarah tgk kedai ni ...baju frozen tuhhhh
Lagipun Sunway Putra Mall sekarang sudah berwajah baru dan sangat cantik. Ada banyk kedai kat sini...mmg seronok.
Parking rate pun standard. Moon masuk pukul 12 dan keluar 5.30 petang kena RM 8
First London Street Family Park
Sunway Putra Mall
Level 2, No. 100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur.
Waktu Perniagaan : 10:00am – 10:00pm (Isnin-Ahad)
The Parenthood’s Facebook: The Parenthood
The Parenthood’s website: theparenthood.com.my
The Facebook page of My Kingdom : My Kingdom
8 comments:
kak moonnn tak perasan pn fridge magnet super hero tu kak..berapa tu kak..nak tau seriussss ni hahahahahaha..happy dpt jmpa kak moon lg ari tu..
mcm best ajer..bila2 boleh singgah
Sukaaaaaa sangat bawa anak-anak main sini kan kak moon. Keselamatan pun ok tak perlu risau nak berlari tengok anak selalu. Shopping jangan cakap la ... memang mak-mak suka kan hehehehe :)
wah.. ada pic saya...
salam. kak byrn masuk tu price untuk dewasa n budak2 ke? same ye?
Seronok betul ye Moon..anak-anak la paling happy nampaknya
wow menarik. baru buka ke tempat ni.
seronok tgk anak2 akak main tu. hish masa sy kecik takde pulak tempat macam ni hehehehe
Post a Comment