Monday, December 21, 2015

Abg Isk dah bersunat

Masa cuti sekolah ni la waktu yg sesuai nak bagi anak lelaki bersunat kan. Isk sebenarnya dah lama mintak nak bersunat tapi asyik tak dapat. Mula2 moon bersalin kan Sarah bulan 12...so ckp kat dia kita buat tahun depan . Lepas tuh thn lepas plak macam2 hal yg berlaku n mmg tak sempat langsung nak sunatkan dia. Sian dia mcm frust je.

So kali ni tak kira mmg kena sunatkan jugak budak ni. Lagi pun dah 10 tahun kan.

Tak sempat nak join majlis berkhatan ramai ramai kat surau taman sebab masa tuh Moon ada hal n pak sutan pun bz masa tuh. Jadi kami pergi daftar kat Klinik Annisa di Nilai. Sebab ada nampak poster khatan di Facebook kinik.



So just pergi letak nama n tgk ramai yg pilih kaedah laser. Asal nya nak amik clamp tapi adik kinik kata ramai amik laser sebab kadang clamp senang nak jaga tapi kalau tak tercabut sendiri, kena dtg balik kinik utk cabut benda tuh. So kalau lekat ke apa sian budak jugak sebab 2 kali sakit. Dengar cam tuh terus pilih laser jugak la

Abg Isk kemain la happy sebab kawan2 dia semua cerita best best je pasal sunat ni ( tq kawan kawan abg Isk )

Siap kawan dia kata " best sunat, nanti nko tgk la...mak ayah nko layan nk macam raja. Semua org jaga nko ..."

tak apaaaaaaaaa tunggu la yaaaaaa nanti mummy tanya kat Isk ...cam na best ke tak hahahha. So sebelum hari yg dia sunat tuh kita org bawak dia gie jalan jalan...makan best2 . Yerlah nantikan dah nak kena pantang. Bawak dia naik menara kuala lumpur n masuk Mini Zoo kat sana, tgk wayang n beli adiah bagai hahahha maklum la anak teruna mak sorang tuh aje setakat nih hahahah.

Sebenarnya Moon yg nerves. Abg Isk plak siap counting days...vleyyyyyyyyy

Dia sunat pukul 8 malam. Ada dalam 8 org budak akan kena sunat malam tuh. Klinik dah call bgtau suh dtg awal sebab nak bagi makan ubat dulu. Masa sampai kat klinik dia ok aje lagi siap tanya daddy dia banyak kali. Sakit ke tak...sakit tak...lama tak dokter potong.

Moon n Sutan pun masuk juga kat dalam. Ada 2 dokter. 1 dokter klinik n sorang mmg dokter khatan budak. Moon memula seriau n mcm pening juga memula tapi Pak Sutan siap ckp awak kena tgk. Awak mak dia..tgk je takda apa.

Masa mula2 doc klepet dia punya kulit tuh menjerit jugak la abg isk . Yer la nak bg kepala tuh kuar kan. Masa dah cucuk bius tuh pun berair je mata dia. Pak Sutan mmg berdiri tepi doc tuh  je tgk 1 1 apa doc buat. Moon plak duk kat kepala isk tenang kan dia.

Lepas dah zasss tuh terus bau cam kulit terbakar. Isk siap tanya bau apa ni bau cam daging terbakar je hahahha. Part potong tuh kejap hokey tapi part lipat kulit n jahit tuh mmg mencabar n dia sakit. Jahit dalam 5 tempat jugak. 1 bawah, 2 kiri kanan n 2 bawah rasanya. Masa doc tarik benang tuh la dia menjerit jugak. Yes Isk i feel u ....mummy masa beranak Isk pun sama. Part beranak tak sakit sgt tapi part jahit rasa cam nak naik je kaki kat doc tuh hahahahhaha. Walaupun bukan la silap dokter tapi bila dia tarik sreettttttttttt tuh aduuuuuuuuuuuu.


Dah siap sunat ...siap kuar lap air mata hahahha. Budak2 lain kat luar siap tanya sakit ke sakit ke...Isk selamba je jalan keluar hahah.

Klinik bekalkan ubat tahan sakit n kurangkan bengkak utk 3 hari. Plus eye gel utk sapu kat tuttt takmo bagi kering sgt . Masa ni dia duk rasa perittt.

Balik tuh risau gaks kot dia nangis ke apa..tapi macam ok je cuma dia kata perit.


ISk mmg duk bawah aje. Sebab sian plak dia nak naik tangga. Since susah nak gantung kain bagai, kita org pakai tripod kamera aje hahahha tutup je ngan selimut. Janji pengudaraan ada dan tak kena kain. Kadang pakai je play mat adik ...tuh cam lembut sket kan 

Malam pertama ok . Bagi dia makan ubat tahan sakit n dia tido lena je malam tuh. Tanya dia skala sakit 1 - 10 dia kata sakit 4. Pukul 4 pagi dia kejutkan Moon n Sutan sebab dia nak kencing. Kira ok la dia ley jalan pergi tandas n kencing macam biasa. Tuh Moon suh Pak Sutan tolong Isk cuci.


Sarah, Abg Isk pinjam kejap tau Sarah punya ni. Masa ni belum sunat lagi....suh dia test dulu. Tg la di muka masih banyak senyum kan kannnnnnnn hahahha


So far macam ok. Hari pertama n kedua tuh bagi makan kering2 je. Nasik panas panas ngan sambal ikan kering talang yg dah buat tuh. Mmg makan bersuap la atas katil tuh. Anjer anjer angat kannnnnnnnn. 

Si Sarah plak kejap2 dtg tanya abg ok....abg sakit apa. Risau aku ngan budak nih. Kang dia lompat atas abg dia kang. Dah la dia suka duk kat abg dia. Abg Isk plak yg menjerit sebab Sarah sibuk tanya mana sakit n nak tgk hahahh. Dah la abg tuh pemalu.


Penjagaan selepas khatan :

  1. Sakit
    1. Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol setiap 4 jam
  2. kebersihan zakar dan kawasan sekitarnya
    1. Pastikan tidak berbau yang mungkin di sebabkan oleh jangkitan kuman
    2. Mandi seperti biasa dan pastikan kawasan “pembedahan” di jaga agar tidak basah. Sebaiknya cover dengan plastik.
    3. Kawasan sekitar pembedahan boleh di cuci secara “gentle mopping” dengan antiseptic solution
  3. Elakkan kelembapan
    1. Selepas buang air kecil , boleh guna syringe untuk basuh bahagian pembukaan urethra sahaja tanpa menyebabkan basah pada bahagian lain
  4. Makan makanan yang sihat
    1. Elak makanan yang boleh mendatangkan kegatalan jika anak kita sentitif kepada makanan tertentu seperti seafood
    2. banyak memakan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan imuniti
    3. Minum air secukupnya. Jangan kurangkan minum air kerana takut buang air kecil
  5. Dapatkan rawatan segera jika:
    1. pendarahan tidak henti
    2. sakit berpanjangan
    3. Bernanah atau bau yang tidak menyenangkan
  6. Selalunya Pesakit dapat kembali memakai seluar dan bermain selepas hari 5-7 

sumber dari SINI


Makan pun Moon jaga n bagi makan yg ada banyak halia n kunyit. Kadang kesian juga tgk dia mkn nasik tak berperisa sangat. Hari ke 3 tuh moon goreng nasik kat dia. Pakai minyak sket aje

Nasik Goreng kunyit n lada hitam ni mmg fav Moon. Kalau Moon punya mmg penuh la ngan kunyit hidup n halia di hiris halus halus . Untuk Isk ni letak sket je 

tumbuk bawang merah + bawang putih + bilis sket
tumis dlm minyak yg sket bahan yg ditumbuk bersama ngan halia n kunyit hidup yg di hiris halus halus
then letak nasik
n letak lada hitam 

mmg sedap......Isk mkn siap tutup mata pastuh ckp tq mummy sebab sedap. Alaaaa shian nye..pandai yer bodek mummy kannnnnnnn



Ikan haruan ni pun order dari kedai runcit kat umah. Sekilo RM32 so order 2 ekor kena dalam Rm26. Besar2 plak tuh. Ok la kan sebab tak sempat nak kuar pergi cari, Kalau kat pasar tuh mmg banyak tapi kos minyak nak ke pasar sama je hahahah. Ni org kedai dah persiang siap siap. Dia call suh dtg amik aje. 

So Moon marinate ngan bawang+ halia+kunyit+garam+gula je. Lepas tuh panggang....semerbak bau 1 umah hahahha. Isk kata rasa cam sate. Kalau macam ni org tak sakit pun berselera makan

Buah pun bagi dia makan oren n epal aje

Sayur pun paksa dia makan sawi

Bab bab cuci tuh suh Pak Sutan la incharge. Basuh ngan dettol menjerit gaks Isk dlm tandas hahahha. Tapi mmg cepat je elok. Lepas mandi keringkan dia punya tuttt ngan hairdryer tapi jgn la panas...cuma kita takmo kawasan tuh basah je. 

Walaupun mummy tgk pelik gaks la mcm ada pelampung  kecik kat dia punya tut hahhahah tapi lama lama pelampung tuh surut n nampak tali jahitan tuh ngan jelas. 

Dalam hari ke 6 tuh dah pakai suar. Walaupun dia kata sengal2 tapi pak sutan suh dia biasa kan diri jugaks. 

Ni dia ngan Yaya ada kat Taiping umah Nani dia. Sampai kat Taiping, mama siap buat pulut kuning lagi utk Isk. Ni dah 2 minggu la dia sunat n benang pun dah tertanggal semua

tuh la pengalaman Isk bersunat n mummy jaga anak sunat hahhahahah
















3 comments:

Han Hanni said...

alhamdulillah.. siap berkhatan dah pun..
alahai..comelnya abg isk pinjam sarah punya playmat.

boleh bagi idea kat maam-mama di luar sana..

Nurizzah Majif Biz said...

hahaha kreatif plak pakai play gym sara tu. leh praktikkan kat anak iza nnt. hehe. tq share kak moon.

Unknown said...

Baby girl sunat berapa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...