Thursday, August 18, 2016

Badminton Olimpik Rio

Semalam mcm nak sesak napas tgk badminton. Mmg duk tunggu dari game Dato Lee Chong Wei. Lepas tu hampir nak terlena dah tunggu...tapi gigih la tahan mata. Pergi sapu dapur semua sebab nak bagi hilang ngantuk.



Beregu Campuran Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang dapat pingat Perak. Tahniah buat anda sebab membuat 1 Malaysia berasa happy dan bangga dengan anda. 

Mmg pasangan Indonesia bermain dengan amat baik sekali dan terus menyerang sehinggakan pasangan bergu negara kita agak sukar nak dpt mata. 

Moon bila  Indonesia dpt point cam org gila jap ckp sorang sorang ...its ok its ok Malaysia .  Lepas tu tgk Liliyana Natsir tu Moon plak yg takut. Mmg nampak mata dia membara u ols. Pantang bola sampai kat net je terus dia zassss pukul bola. 

Kita tak tahu mcm mana pressure nya Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying masa tu. Nak kumpulkan balik kekuatan dia org.

Dia org masuk Final pun kita dah kemain happy. Tak kisah la dapat perak ke emas ke....Malaysia, standing in the eyes of the world 

Semua org pun tak sangka dia org boleh pergi sejauh ni.

Ok , selepas ni kita tunggu game Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta Dato' Lee Chong Wei plak. Dah la bertemu ngan musuh tradisi...nerves plop tgk game ni 


Sama sama kita teruskan memberi sokongan buat atlet atlet kita.

tapi sedikit hampa bila tgk paper hari ni , bukan hampa ngan pemain tau

 tajuk sangat gempak hahahhaha tapi mcm ...ermmmmmmmm

Dia org bukan kalah pun...


oleh sebab tu, saya gi baca paper yg tajuk positif sket supaya aura positif masuk hahahaha







Tapi bila Moon peratikan ramai yg membela atlit kita di Rio kerana tajuk mcm ni. Ia menunjukkan kita sangat bersatu hati n masih membela antara satu sama lain. Semangat cintakan negara n kekitaan itu masih wujud menebal dlm diri masing masing tanpa mengira bangsa. Ini lah hikmah dari tajuk yg kita nampak tidak sedikit cantik dari Kosmo. Sukan menyatukan kita semua

Tahniah Kosmo sebab anda berjaya buat rakyat Malaysia bangkit n pertahankan nama Malaysia

Ayuh Malaysia...sempena bulan kemerdekaan ini. Pupuk la rasa cintakan negara dan banggalah dengan bumi Malaysia ini

1 comment:

Yanieyusuf.com said...

Betul tajuk tu buat orang down je.. patut nya berbangga.. tahniah Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...