Thursday, June 30, 2011

Yarn lagiks

Ai telah terjebak n mengorder ini ....aiyooo ...benang spesis berbulu


nampak cam meriah je bulu buluan dia kan tp nampak hasil dah siap cam tervaek je

kannnnnnnnnnn dia cam fill in the gap ...cuns ...nih ada 8 ketol ....so sapa nak share ngan ai ....tinggal komen

juga telah terjebak ngan benang yg ala ala kenteng kenteng kaler kaler

suweeettttt kan ...nih ada 4 aje ...mak harus la rembat 2 ...ada sapa lagi nak another balance 2 tew?

Wednesday, June 29, 2011

Ringkasan Israk dan Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

ps : ai masuk blog Reen tadik ...tertarik plak so ai kopipes ya Reen ...thanks

Aida gadis melayu selamat bersalin


Congratulation utk pasangan muda nih ...Saiful Nizam Ismail TV3 dan Aida Gadis Melayu

Baby girl selamat kuar dah ....fresh from the oven

alahai suweet nya kata kata nih ..taken from his FB
Isk pas nih tak ley buli Uncle Sepon dah tau sebab uncle dah ada baby ...nanti Abg Isk ngan Kakak Yaya gie lawat anak dara en Cepon n Aida ...
last jumpa Aida masa tgk wayang ari tew ..dia org sangat la friendly ...mmg sesuai sangat mereka berdua nih ...bak kata isk kakak aida sangat lawa ...tp si saiful dia panggil Uncle ...aida dia panggil Kakak vley ?


suka nya kata kata en SNI ke isterinya ....so taching taching
Isteriku, khairul noormaaidah zali...terima kasih kerana melahirkan zuriatku ke dunia fana ini...tbuktilah kini, apa yg pernah abg lafazkan sewaktu melamarmu dulu...SUDIKAH KAU MENJADI ISTERIKU?., (telah kau tunaikan),SUDIKAH KAU MENJADI MENANTU KPD IBUKU, SATU2nya HARTA YG KU ADA DIDUNIA INI...(juga telah pun kau tunaikan) dan hari i...ni, satu lagi permintaan ku kau tunaikan, (SUDIKAH KAU MENJADI IBU KPD ZURIAT2 KU)...terima kasih isteriku,...kanda bsumpah, dindalah penghujung kanda....moga permintaan terakhir abg dulu, utk SUDIKAH KAU MENJADI ISTERIKU HINGGA KE SYURGA akan sama2 kt lalui....sama2 kita jadikan zuriat kt ini "MAKHLUK" yg kenal n taat kepada PENCIPTANYA...i love u so much




Tuesday, June 28, 2011

Cekak Sold out


THIS IS BEST BRO ...akakakkaka

Kemain la mak gigih siar tgh malam ...konon pepagi kowang masuk sempat la usha2 kan skalik tgh malam sapa yg online tew mmg rezeki kowang la ..terus rembat hahhahaha

Thanks u olllssssssssss

sebab nya semer dah sold out laku cam makcik bukak nasik lemak hhahah kejap je tup tup tup habis ...alamaks sowi sangat sapa tak sempat nak rembat

sebab pagi nih ada org tak bukak pc

sebab pagi nih ada org gie meeting

pagi nih ada org mc

and ada org tak bukak FB ...

maaf sesangat ...nanti akan kuar lagi batch 3 ya

but no advance order hokey ....

Thanks Anna sebab amikkan gamba Shabby pakai cekak ai ( auw cekak ai tew tetiba prasan muahhaha )....sangat la sweet gegirl pakai cam nih ....alahaiiii

those yg dah dapat parcel tew ....sila la paksa anak anda pakai skrg n u amik gamba n tag kan ai kay ....thanks .....hahhaha siap paksa tew tak tahan tew akakkaka

adik adik akak akak bukan kanak kanak je boley pakai ...insan yg berjiwa muder cam kiter pun ley pakai jugers ...tgk Mimy pakai auuuw ayu sungguh ....



Pas raya nih mak dah start amik gamba so rasanya idak la sempat nak berkait kait bagai hahahha kecuali ai dapat racon mama suh kait kan hahahhaha menantu hantu tol akakkaka

cekak bunga kait lagi





cekak cekak yg menanti bunga ...cam nih la kaler dia mmg campo campo ...ai know fink adalah warna yg hots tp ada 2 je fink cam no mak nak buek nyo ....kena la cr supplier yg jual cekak fink aje

dengan ini saya ishtihar kan TEMPAHAN CEKAK DI TUTUP sebab dah kehabisan cekak akakak nanti bulan poser akan kuar lagi kay ...tp semer cekak itam n bergantung pada kerajinan tukang kait

sebab order list makin panjang hahahha kang ada yg dpt lambat kang tak sedap plak akak nak jawab kannnnn

bunga nya besar jugaks ..bergantung pada ketebalan benang itew itself ..
few yg for sale n ada jugaks yg dah di booked
menanti tuan tuan nya ...nak tgk mana yg available kena tgk kat FB sebab lagi senang kan nak track sapa nak sapa ...feel free to tag ur self ...

asal benda suka suka kenkonon nak blajar kait kait n buat headgear yg cantek cantek utk cik yaya ....sekalik telah menarik minat ramai para mak mak sekalian and the best part is that ley generate income ...walaupun tak banyak tp ok la kan ..

Ai nih idak la cekap nak kait laju laju ...sekalik buat 3 bunga je ...masuk bunga ke 4 tgn dah tak betul hahahhahah ....

sila tgk di FB ai hokey ...kalau nak add kan Moon just add aditional msg ...bg tau blog reader kay

ha pengumuman pengumuman

Cyberphotog akan mula beroperasi after raya ...so kalau nak booked skrg pun vley . Maklum la ari tew mak berehat sebab pak sutan operate kan and nak tumpu penuh perhatian kat dia . Alhamdulillah dia pun makin sihat n dah mengeletis nak main badminton ...hahahhaha





Sunday, June 26, 2011

update Norma

Ada benda nak update ...tp tangan sangat la lengoh nak menaip vley ?

hahhahahah mau tak nya nak siapkan order ...nampak je simple kan nak bunga2 tp bunga tew 3 layer 8 klopak ...berpintal la jugers urat tangan

sabtu gie lawat norma pas anta pak sutan ke kuliah ....then ke menara polo bawak bebudak jumpa pak lang nya plus amik ole ole yg di kirim dr my sister ...dr trg ...balik umah sebelum malam ..

Norma alhamdulillah stabil tp sangat lemah ...dia bukak mata pun kejap je di panggil2 mata je bukak ...tak banyak respon sangat .

< pic removed >
masa nih Norma bukak mata jap n dia nampak org amik gamba dia . ...sian tangan norma lebam2 dah kesan cucuks
Yaya Isk n bibik

masa kami sampai tgh hari sabtu ..Ayem n Farah pun ada sama teman kan Norma ...berharap la sangat Norma dapat celik n bagi respon ...dapat duduk ke apa ke kan ...tak sanggup dah nak tgk norma cam nih ..kesian sangat .

Terima kasih kat Puan Rohani n Farah sebab sudi bantu Norma . Dia org ada kenal kan org yg boley berubat secara halus n Norma tak perlu pegi dekat dia . Puan Rohani sendiri sembuh dr sirosis hati berubat ngan org nih . Nih semua kuasa Allah ...kiter ikhtiar je . Ramai readers n friends rekemen kan tempat tempat berubat . Insyaallah nanti pas Norma dah habis treatment kat hosp kami akan pergi . Kiter ikhtiar je ....mana tahu insyaallah . ...kalau sukses mebi ley bantu org lain jugers .

Balik dr HKL terus ke umah abg japs...dpt la bebudak nih berkubang2 hahhaha

pas Isk ngan Yaya puas mandi ...apa lagi jom la baliks
tp sebelum tew mkn kek dulu sebab ada org belikan kek utk pak lang ...tp anak anak buah dulu merasa hahahha
Isk ngan Yaya dedua kepenatan tp still jugak si abg Isk nanges sebab mummy dah ajak balik umah ...

bibik plak duk pusing mau tak nya naik lift sampai tingkat 14 ..pening sampai sudah ke hari nih ...sampai demam demam bibik gara gara naik lift ...so today bibik dpt rehat la sebab dia pun demam + pening naik lift tak ilang2 + tetiba naik allergic plak naik merah2 1 badan ....tew la dia terlupa makan ubat mabuk sebelum kuar umah ...kan dah mabuk 2 hari ...sian plak nengok dia . Kalau besok tak elok lagi kena bawak dia gie kinik la pas nih .

So hr ahad tak ke mana ...bibik plak flat giler...so mak la amik alih ...pak sutan plak ke kelas ...mak plak sakit perut ha elok la sangat ...isk ngan yaya nasib la behave je kalau tak ...aiyyooo yooo

Friday, June 24, 2011

Masalah rambut gugur

Org kata pas banak je rambut gugur ...neh mak neh anak dah umor 3 thn rambut masih gugur apa kes ....aiyo yooo

Ari tew dah pakai ginseng hair tonic then shampoo bawang pun pakai ...sama je ...waaaaa

Maka gigih la mencari petua utk mencegah keguguran rambut . Thanks to 101 petua

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

punca punca dia mebi nih la kot

A lack of vitamin A can lead to poor eyesight, problems with the cornea of the eye, respiratory and digestive tract infections, high blood pressure and hair loss. You can get vitamin A in your diet by eating more beef liver, cantaloupe, broccoli, mango, papaya, spinach, butter and eggs among other foods.

more info HERE

Thursday, June 23, 2011

pembekal brg craft n etc n benang

Ramai yg tanya mana Moon beli benang padlepop tew ...ai beli kat sini dari Cik Pu3

1- Pu3


Pu3Craft

So kalau nak cari klip rambut ke ...riben2 ke atau macam macam la ley masuk je blog dia nih...yg buat ai paling suka adalah sebab Bali Multicolor cotton yarn nih


RM 13 / unit

ada jugaks yg plain cotton

RM 11 / unit

kalau berkenan ley la gie terjah blog Pu3 ya

2- Tamu Jaja Kraf


satu lagi yang ai slalu masuk adalah TAMU JAJA ..jauh nih dari Sabah bahhhh

nih pun supllier macam macam barang ....riben la cekak la klip la ...butang2 n reben2 ...felt and many many more ...


3- Da'Knit


Boleh terjah ke sini

Kat sini boleh beli benang 1 1 ....kalau tak mo banyak la kan ..


4- Cotton House Store




bad headache

semalam 1 hari tak ley bangun kepala kemain la pusing giler .....

ari tew balik kije gie kinik dia kata migraine ...sebab

pening pusing2
rasa nak muntah
gelap mata
n senak kat bijik mata

telan ubat terus fengsan ...tp bangun pagi masih rasa sakit nyut nyut ....ayam tol laaaaaaaaaa

maka nya terus la baring ...mandi 3 4 kalik nak kasik lega ...

bilik kemain gelap nampak je cahaya terus tangkap kepala ....dah jadi cam beruang tgh hibernate plak ..

today ok sket la tapi masih pusing2 n sangat bagus sebab ubat tertinggal kat tepi katil....syabas bete'

Tuesday, June 21, 2011

benang padlepop

hahhahah suka tgk benang nih rasa ceria je n plus fenin tgk benang bertukar tuka kaler masa mengait akakkaka but suka suka suka .............

benang tew berkurangan sebab Moon buat topi nih utk cik yaya

nanti moon snap kan gambo topi yg dah siap cik yaya pakai ...sangat comey ...cam nak makan ice cream padlepop je rasa hahahhaha ...

Sabtu Ahad adik sutan balik cuti ...so kami pun wat la project tat pada hari ahad ...walaupun rupa dia tak cun cam my sis nyer tat sebab gara gara tukang buat sangat la tak penyabar org nya akakkakakak maka sedikit tertumpah2 kat tepi ...tapi rasa sangat tip top ...kalau gie kedai nih mmg kena RM 1. 50 la sebijik ...nih buat sendiri puas hati makan ....burpppp
by monday semer 30 biji tart habis .....laku u ....akakakka

Cekak rambut kait yg tinggal ..

ini je yg ada ...RM 10 saja ....cekak adalah anti patah ....jgn ketuk ngan pisau laks ...


ALL CEKAK DAH SOLD OUT !!



hijo lumuts
SOLD to Mimy

kelabu asap
SOLD to Nobita

Oren orange
SOLD TO KAK ROZANA

putih nur kasih ( tetiba hu hu )
SOLD TO KAK ROZANA
made from this yarn ...

puan puan adik adik n abang abang ...ini aje yg tinggal hokey ...cepat2 saya nak habis kan niih sebelum 2nd batch kuar hahahha fengsan mak nak mengait malam malam ....ada dalam 18+ order ...akakkakak

pak sutan telah mengsponsor membeli 3 dozen cekak akakakkak dia plak yg excited suh kuarkan utk edisi raya muahahhahah

bunga padlepop nih mendapat sambutan yg sangats la sangat bagus ...tp mak udah kehabisan benang kaler2 nih sebab mak telah pakai utk buat topi utk cik yaya which i love so much ....so ai dapat dalam 5 je ...so nanti la ek ai open for sale ....3 dah ada org booked.

kalau anak anak dara kowang pakai jadi cam niih la
bunga duk di tepi ...ley tukar nak di kiri or di kanan
maaf yer model saya nih mmg menghayati watak


Maaf ai tak dapat amik order banyak2 sebab ai sorang je yg mengkait ...pastuh tak pandai plak kan ...budak baru belajar so amik masa sket la kan akakkaka

TQ for all your support .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...