Wednesday, May 29, 2019

Arte Plus Ampang

Last week kita org pergi test stay kat Arte Plus Ampang . Ni adalah sebab gara gara nampak ada org share kat FB yang Arte Plus Ampang ni sangat lawa . So saja la kan intai intai kat booking.com lepas tu nampak la utk 2 bilik RM 137 cam tu . Apa lagi terus booking la ( lepas booking baru perasan ada cleaning fee RM 60 ) but still berbaloi sebab apartment 2 bilik n bilik nya gorjes gilorzzzzzzzzzz

Unit ni sangat cantek dan sangat bersih hokey.


Bangunan ni kat area Ampang belakang MCity n Felda u ols

Kak Moon amik bilik dengan 2 bedroom . Ada juga studio room dan juga 3 bedroom . Pilih la mana yg u ols suka .

But lepas kita org dtg ni mmg kena repeat lagi weiiii tak puas plak duk 2 hari 1 malam . Berbaloi baloi. Unit ni under Cobnb. Team yg layan booking kita pun baik . Arahan pun detail aje . Kunci amik kat security guard sahaja.







Sangat luas apartment ni . Siap ada sofa n meja makan bagai n paling best sebab boleh masak . Terus Pak Sutan cadangkan masak utk lauk berbuka hahahha .


Ada pinggang mangkuk semer n ada periuk bagai . Cuma masa ni pisau je takada . So kita org beli je pisau biasa satu nak wat potong bawang bagai . 



ni bilik utk Yaya ngan Sara , Abg Isk nak tido kat sopa luar je katanya .  



Ni bilik mummy n daddy serta Nain . Dalam bilik ni ada 1 bilik air . Bilik air satu lagi ada kat luar so tak kalut la nak berebut tandas



Complete semua hokey . Ironboard , irn , hairdryer semer . Towel pun lengkap la ....weyyyy akak suka akak sukaaaaaaaaaaaaaaaa


Rasanya kena beli la yg kerusi bulat tu sebab Nain mmg duduk atas tu je bersila sambil tgk TV . 

tapi yang paling best unit ni adalah sebab ada PRIVATE LIFT u olssssss. Kuar pintu umah terus ada lift khas utk korang . Org lain takley berenti kat lift depan unit korang tu sebab kena ada access card . Terus fefiling org have have u ols . 

Tapi ni kena ada access card la . Kalau tak pakai je lift biasa . Arte Plus ni dia ada 3 tower tau . So setiap tower ada lobi masing2 . Tarikan tarikan pun berada di berlainan tempat so kena rajin tgk signboard ya .


Picture credit to Super Meng 







Swimming pool dia pun lawa . Budak budak ni duk geram kolam mandi ni aje . Abg Isk takmo mandi sebab dia kata tak larat la nak berenang time time puasa ni



 Tapi adik adik dia kisah apa kan . Pantang nampak kolam renang mmg nak terjun je kerjanya . Si kecik tu pun sama naik nak masuk mandi jugaks . Tapi kolam kecik ni pun a bit dalam utk Nain . kira paras dada dia  ..so mmg Yaya kena pegang dia .


 Ok jgn lama lama u ols . Mummy nak g cari makanan berbuka puasa pulak ni . Rupanya bangunan ni sangat la dekat ngan MCity rumah arwah Bg Lan . So kita org masuk  supermarket bawah M City tu aje g beli ayam semer .

Pak Sutan mintak buat sup ayam sebab senang kan . Beli timun aje buat ulam n goreng telo dadar . Sup tu plak letak dlm mangkung n potong cili padi tabur dlm sup ...perggggggg sodappppp .

Since malas nak masak nasik dlm periuk , kita org beli aje nasik bungkus . Utk sahur boleh plak budak2 ni request nak makan spagetti . Mmg memasak cam duk kat rumah sendiri la .

 Semua tempat mmg cantek n sesuai utk bergamba .



Lazy river Spa tu kena g amik pas tau dan ada waktu2 dia juga. Malam tak bukak .  


Budak yang asyik lapar ni . 

 Deko rumah ni pun sangat simple tapi smart 





Overall mmg puas hati sangat sangat . Saya bagi 5 bintang. Bila nak check out pun dia suruh masukkan kunci dalam mailbox sahaja n lock kan . 

Oh ya check in time 3 pm , check out time 11 . Kalau dapat check out at 12 lagi best rasanya sebab kol 11 tu cam terkejar2 sket kan. Tapi ok la puas hati . Parking kereta kat B2. Since tempat ni masih baru so kawasan parking a bit sunyi 


so kalau korang nak weeken gateway in the city , Arte Plus ni boleh masuk dalam senarai. Kalau sebelum ni we ols ayik ke Berjaya Time Square kali ni boleh masukkan Arte Plus Ampang ni dalam list juga  di samping Berjaya Time Square n Maya Homestay Shah Alam.

Wednesday, May 15, 2019

The New Johnson,s, choose gentle

Nak perkenalkan Johnson's yang baharu

Kuala Lumpur , 10 Mei - Eh tetiba format berita bagai plak kan hahahhahaha .




 Pada 10 Mei lepas , Kak Moon berpeluang ke majlis pelancaran Johnson's baru . Pilihan nom 1 ibu ibu di Malaysia ni telah memperkenalkan Johnson Ultra Gentle yang mengandungi 0% Paraben, ftalat, sulfat dan pewarna pewarna tambahan . So ia sangat lembut utk kulit bayi .







Majlis ni dibuat kat Grand Hyatt Kuala Lumpur . Kali ni Johnson's telah mengambil respon dari 26 ribu ibu bapa seluruh dunia . Maka Johnson's yang baru ni mmg direka khas dengan mengambil kira perspektif ibu bapa . Ditambah pula dengan pengalaman 125 tahun kan . 



Kita org berpeluang mencuba semua rangkaian baru ni . Korang patut cuba lotion Lavender botol purple tu . Bedtime range tu mmg best . Macam membantu baby kekal tenang n memudahkan dia org lena tau . Sebab masa Nain ngan Sarah baby , mmg akak suka sapukan lotion ni atau baby oil lavender ni malam malam . Bukan anak je lena , ngan mak dia sekali lena hahahha . 


Rangkaian penjagaan bayi Johnson's yang bar dilancarkan ini adalah yang paling lembut tau dan piawaian Best for Baby juga dipertingkat . Termasuklah juga dari segi rupa bentuk botol . Semuanya berwajah baru .





So apa lagi yang best n baru tentang Johnson's Chose Gentle sekarang 

  • Pilihan bahan yang bermanafaat : ada minyak semulajadi seperti minyak kelapa dan biji kapas telah dipilih utk menggantikan minyak mineral. 0% Paraben, ftalat, sulfat dan pewarna pewarna tambahan. 

  • Wangian yg mengutamakan ibu dan bayi : bau dia mmg wangi hokey sebab akak dapat test gel mandian dan lotion dia . Mmg bau dia sangat segar tapi tak la melampau wangi dia . Mmg bau baby sangat u ols . Wangian lotion tu pun kekal lama dan rasa sangat fresh . 

  • Pembungkusan mesra ibu bapa : Misti tertanya , macam mana pulak pembungkusan mesra ibu bapa ni . Let me tell u all yer  . Akak mmg biasa mandikan anak sorang2 . So kadang sebelah tangan pegang anak sebelah lagi nak picit sabun . Kadang terpelanting dulu botol tu sebelum sabun sempat kuar kat tapak tangan . Maka kali ni botol ni penekan dia lagi lebar n tak tinggi sangat utk kita tekan . So guna satu tangan aje pun boleh .

  • Produk yang direka utk setiap peringkat umur : Rangkaian baru ni ada khas utk 4 peringkat umur . Dari bayi baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun . Mcm Mek Sarah selalu nyanyi ...rambut sinar bersinar rambut sinar bersinar . 



 Johnson's Cotton Touch , Top-to-toe




Johnson's Milk + Rice dan Milk + Oats Wash and Lotion 


 



Johnson's Active Kids Shampoo 




 Kak Moon mmg selalu gunakan rangkaian Johnson & Johnson ni utk anak anak . Fav akak harus la head to toe tu , sekarang dengan cotton touch . Bau dia pun wangi , bau baby . Best sangat




 Untuk maklumat lanjut , korang boleh ke

https://www.johnsonsbaby.com.my

Rangkaian Johnson's Baby juga boleh didapati di semua Watson 






Monday, May 06, 2019

Setahun sudah

Setahun sudah Abg tersayang kembali ke Rahmatullah . Kak Moon mmg rapat sangat ngan Arwah Abg ni sebab dia la yg besarkan akak ngan adik adik semua . Dia la juga yang interview Pak Sutan masa kita org mula mula kawan dulu . Dia la juga kawen kan akak . Pendek kata mmg dia la ibu dia la ayah . Mmg besar jasa dia . Hanya Allah yang dapat membalas nya .


Orang kata , org yang baik baik ni perginya dia org pasti akan dirindui . Mmg benar sangat sangat . Kak Moon masih takley nak terima sangat hakikat yang dia dah tak ada . Masih duk rasa nanti dia akan tiba tiba dtg kat umah . Sebab dia mmg macam tu . Tetiba msg tanya ada kat umah tak nak dtg ni . Pernah one time kita org balik2 , nampak ada roti canai tergantung kat pagar umah . Rupanya dia yg tinggalkan utk anak anak buah sebab dia tahu budak2 ni mmg suka roti canai . Tu la suka dtg terjah cam tu kan .

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxd_yhUKh3gup9q2KZNXQUwEoPG1bQL_omnXNv0YpcWvcrRMPsHpGHHE11ss8I_FrmdmkTPY84uRIyKb7CYySJb_1n3ghnyBtF_pgWpclqTZa-3X1khHFrk70wDsMcI1jhhTQmYg/s1600/DSC_0013-fp.jpg
Dia plak mmg rapat ngan anak anak buah ni . Masih ternampak nampak je muka dia di mata ni . Cara dia gelak kuat kuat tu .

Semalam bawak anak anak semua g lawat kubur Pak Lang  . Abg Isk la nampak cam sedih sket . Sebab masa Pak Lang hembuskan nafas yg terakhir dia ada kat situ . Kita org masih di sisi arwah tapi Isk dah hilang . Rupanya dia duduk kat kaki lima wad n nangis kat situ sorang2 . Dia mmg rapat ngan Pak Lang dia . Anak kakak yg sulong si Adam Hafiz pun kamcing ngan Pak Lang dia . Mmg apa apa mmg Pak Lang dia selalu sebut Hafiz n Isk . Tu akak cam sedih sket bilamana amanah arwah utk Adam Hafiz masih belum dilaksanakan. Benarla apa yang dikata benda yg paling berat utk dilaksanakan adalah amanah . Arwah sangat happy masa akak bgtau Adam Hafiz akan sambung belajar kat Yaman . Bergenang air mata dia. Macam macam dia pesan .



Akak ingat lagi masa arwah dah tak ada n Dr nak declare waktu kematian  akak mmg dah ready nak bawak balik Salak Tinggi dah . Tapi Pak Sutan dia sangat tenang n dia tenangkan Kak Moon . Dia kata jgn risau , nanti saya g kat rumah mayat dan tanya mcm mana .Sebab masa Allahyarhamah Norma dulu dia n Talib je yg uruskan .  Mmg rezeki arwah dia dapat Raudatul Sakinah tu sebab mmg kebetulan masa tu ada org yg uruskan mmg dah ada kat situ n dia la bantu semuanya. Mmg rezeki awah , sebab sebelum dia sakit dia ada bgtau kawan dia yang dia nak pindah rumah yang lagi cantek, tak nak duduk dah umah dia duduk sekarang . Nak tinggalkan semua . Arwah mmg pembersih n suka yg cantek2 . Rupanya rumah dia sekarang mmg cantek sangat utk dia .

Kita org adik beradik mmg berada di sisi dia sepanjang waktu hinggalah ke akhir hayat dia . Mmg tiada sebarang kekesalan . Cuma kadang kadang dia akan dtg rasa ..i wish i can do better . I wish i can be there for him bila dia perlukan .

Sempena nak Ramadan ni dtg ziarah kubur arwah tapi baru je duduk tepi kubur , Assalamualaikum Bg Lan , Muni dtg ni terus air mata akak menitik nitik tanpa ley ditahan . yes i know yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali tetapi di saat itu kerinduan tu dtg sangat kuat . Lagi rindu sebab tak dpt nak sentiasa ziarah kubur arwah mak kat Terengganu . Tetapi doa sentiasa mengiringi mereka ...always .

Masuk kereta Sarah tanya kat Daddy dia sebab dia nampak mummy nangis kot

Kenapa Mummy nangis bila ke kubur Pak Lang Daddy 

Sebab Mummy rindu Pak Lang ..Mummy sayang Pak Lang 




Al-Fatihah buat Abg ku Roslan Abd Rahman


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...