Tuesday, February 21, 2006

Resepi hari ini : Aneka Puding



Puding Marble
Bahan:
1 peket agar-agar
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].


Puding Aiskrim
Bahan Bahan
120 gm gula pasir
3 biji telur (diambil kuning sahaja)
60 gm serbuk badam
850 ml air500 ml susu segar
50 gm tepung jagung3 s/besar serbuk agar – agar
350 gm aiskrim perasa vanila
2 s/kecil pati strawberi
sedikit pewarna merahbuah strawberi (untuk hiasan)
daun pudina (untuk hiasan)

Cara Menyediakannya
1. Pukul gula dan kuning telur sebentar, campurkan tepung jagungdan badam serta sedikit susu, kacau rata.
2. Tuangkan air, baki susu segar dan serbuk agar – agar ke dalamperiuk.
3. Masukkan campuran tepung jagung, kacau di atas api perlahansehingga pekat, apabila ia mendidih, angkatkan.
4. Masukkan aiskrim dan kacau segera, bahagikan dua.
5. Tuangkan satu bahagian ke dalam acuan yang sudah dibasahkan.
6. Campurkan pati strawberi dan pewarna merah ke dalam bahagianyang satu lagi,tuangkan ke atas puding.
7. Biarkan ia keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk dandihidangkan.

2 comments:

carrelost said...

isk... dah cam blog resepi plak. hehehehehe... takpe, nanti kalau aku nak masak tapi tatau cara... aku refer blog kau. hehehehehe....

and isk lak... bila nak jumpa uncle??? uncle ada ilmu best nak ajar ni. hehehehehehe....

Miss Moon said...

Hampeh betui la nko ni iqwan ...nko nak ajar apa? tuh ar nko tak nak dtg umah kita org ..nanti kalau senul nak dtg nko datang ar sekalik

nko n ak resepi apa ...bagitau aku . Nanti aku tgk ada tak dlm koleksi aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...