Monday, December 21, 2015

Olay Total Effects Day Cream Gentle SPF15

 Moon bukan la rajin sangat nak belek belek muka ni. Nak lama lama dalam bilik air utk buat penjagaan muka pun payah. Kadang dapat mandi tanpa gangguan utk 10 minit pun dah rasa happy sangat sangat. Tu belum lagi anak kecik nangis nak mummy nak mummy n ketuk pintu bilik air sampai macam nak tercabut.

Tambah plak kita nih wanita bekerjaya lepas tuh sibuk plak uruskan anak anak dan rumah maka apa saja yg cepat utk disapu kat muka mmg la Moon suka. Macam cream ni...lepas mandi n cuci muka...lap muka kering2 n terus sapu day cream ni...siap . Bau dia pun wangi n cepat je meresap dalam kulit. Tangan pun tak berminyak atau melekit.


Ianya Non-Komodogenik ( tidak menyumbat pori)
Bebas minyak dan cepat meresap dalam kulit
Sesuai untuk semua jenis kulit

 Memandangkan umur pun dah 3 series kan maka apa saja yg tulis anti aging mmg la menarik minat hahahah nampak sangat kannnnnnn. Tambahan plak Olay Anti-Aging Day Cream nih dapat membantu dlm mengurangkan 7 tanda penuaan .

Ada 7 tanda penuanan yg akan muncul pada kulit muka kita dan bagaimana Olay dapat membantu

1-  Garis halus yang akan muncul dulu dekat sekitar bibir kita, dahi dan juga berhampiran ngan mata
      Membantu menyamarkan garis garis halus dan keriput

2- Warna kulit tidak sekata akibat terdedah kepada sinaran matahari.
     Membantu menyeimbangkan dan meratakan warna kulit

3- Bintik hitam atau dikenali sebagai jeragat atau age spots, Ini adalah tanda tanda penuan
    membantu menyamarkan bintik hitam pada wajah

4- Tekstur kulit tidak merata yg terjadi akibat pengumpulan sel kulit kulit mati
     Membantu melembutkan dan meratakan tekstur kulit

5- Kulit kering bersama bertambahnya usia.
    melembutkan dan memberi nutrisi pada kulit

6- Kulit kusam
    untuk kulit tampak lebih sihat dan lebih cerah

7- Pori pori besar
    membuatkan pori pori tampak lebih kecil


Dari 7 tanda nih rasanya banyak dah yg kelihatan kat muka nih. Lagi pun Olay Total Effects Day Cream ni senang nak beli. Kat semua farmasi ada jual. Even kat kedai runcit area umah Moon ni pun ada jual..so mmg senang sangat nak cari

 Sudah nampak jelas dah garis2 kat mata tuh. mmg nampak penat sangat kan ...biasalah zaman sekarang nih mmg banyak faktor menyumbang pada penat n stress ....garis halus sila pergi shuhhh shuhh

Yang best nya pasal cream ni adalah sebab bila kita pakai tudung, kita slalu berpeluh kat tepi pipi kan....eh ke Moon je kuat berpeluh. Tudung kita pun bau wangi jugak sebab cream ni bau lembut je. Lepas tuh kalau nak cuci muka pun senang.


Ni la kotak nya. Biasala kan bila dah ada anak ni mmg semua benda jadi mainan dia. Kotak ni pun dia duk main dulu dah hahah siap koyak lagi kat atas tu. But still nak share ngan korang rupa kotak ni. So nanti senang kalau korang nak beli.

Lagipun sepanjang bulan December nih ada special promotion tau utk rangkaian produk Olay di farmasi farmasi.


2 comments:

Han Hanni said...

dulu pernah pakai produk macam ni tapi dah lama, tak sesuai dengan kulit saya.
tapi kawan saya pakai ok.
duk pakai safi cream je la.. hehehe

sitirohaida said...

dulu pakai..memang best..tapi gatai sangat nak cuba jenama lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...