Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua
Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam
tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk
kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr.
Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda”
anjuran Ephyra.
Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok
hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk
berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan
masalah kulit wajah. Jeragat
terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa
pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.
“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah
jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan
menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk
melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan,
ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.”
Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan
Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah
mereka dalam cabaran cuaca hari ini.
Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin
memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair &
Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer
product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.
Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland
ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka
dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak
melekit atau berminyak apabila digunakan.
Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita
Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi
semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti
Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.
Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut
berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun.
Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia
Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan
keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.
Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak
sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni.
Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik.
Tunggu review dari Moon ye!
Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra
hubungi –
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : www.instagram.com/ephyra2u
Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889
7 comments:
best pakai ephyra..tak melekit.Cepat serap. Harga pun berpatutan
Tak sabar sangat nak cuba produk ephyra yang baru nie :)
Ephyra skincare ni bagus. Syima dah try. Parut jerawat pun makin pudar
Pasni memang tak guna produk lain dah.. Semua ada ngan ephyra
ephyra produk yang terbaik.. pernah guna sebelum ni.. sangat membantu rawat masalah kulit zaza :D
best !! Tak berminyak..mudah meresap :)
org malaysia cuma nk glowly sbb produk komestik.. sdgkan kena jaga juga kulit muka ni
Post a Comment