Thursday, December 08, 2011

bagaimana nak ukur tingkap





Ramai yg tanya ...moon cam na nak ukur tingkap ek . berapa meter nak pakai ek ...so moon buat entry khas ekekek

untuk tingkap sila ukur tinggi X lebar . Kalau gamba kat atas nih kadang lebar A - B ada setengah org dia lebar kan sket and ada setengah tew ngam ngam . So anda ley ukur dr rail langsir anda .

panjang pun berbeza beza ...ada suka ala skirt senteng ada suka paras lutut and ada suka paras ke lantai hahahha tak ley blah perumpamaan tew . So tgk panjang yg anda suka . So lepas anda ukur tinggi n lebar tingkap ...please decide panjang langsir anda

hope ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan ...so selamat mengukur u olsssssssss


cam moon suka ukur dr ceiling terus ke lantai ....hiksssssssssssss
cam nih utk kasi effect ruang tew besar n tinggi

So kalau nak tahu berapa meter nak pakai sila kasi ukuran pintu ke tingkap ke sliding door ke ...ukuran tew tunjuk ke Khan . Dia mmg terrer bab nak budget kain nih ....all the best

Jenis2 pleat

French pleat adalah jenis biasa yg kiter masuk hook je kan

Box pleat

Goblet pleat


Double pinch pleat

Triple pinch pleat


1) mula-mula kene tahu berapa keping kain diperlukan. (tingkap 2 panel selalunye 2 keping kain langsir)

2) setiap keping, berapa panjang kite nk kne beli.

 so ni cara nk kire bape keping kain diperlukan:
a) lebar rail langsir x 2 = A (dpt la kedut2 byk)
b) A bahagi ngn lebar bidang langsir yg nk di beli (ade bidang 54, bidang 60)
c) hasil bahagi ni menentukan berapa keping langsir di perlukan utk cover tingkap itu..

cth :
lebar rail 60 inci
x2 =120inci

langsir yg nk dibeli tu,lebar bidang 60
= 120/60,
=2
maka, 2 keping la jumlah langsir nk cover tingkap tu
[kalau kira2 then dpt 3 keping, sile rujuk sini cmne nk mjahit 3 keping tu] or boleh google 'cara cantum langsir'

utk bape pjg kain nk bli lak,pngiraannya:
1)tinggi dr rail smpai ke labuh yg dikehendaki
2)cmpo 8 inci (1 inci basi atas, 7 inci basi bwh)
3) jumlah nya kita namekan sbg T
4) T x bil keping langsir, ikot kiraan kt atas td, 2 keping kan, so T x 2. maka,tulah jumlah kain yg perlu bli

cth :
tggi rail smpai lantai (nk wat langsir labuh la ni) = 90 inci
campurkan dgn basi 8 inci =98 inci

dr kire2 kt atas td, kte perlukan 2 kpg langsir kan.
so 98 inci x2 = 196 inci


so, convert kepada meter . 196 inci =4.97meter
so boleh la bli 5 meter kain langsir yg berbidang 60inci
( credit to blog Demi masa utk pengiraan ni )


Satu lagi contoh pengiraan incase tak faham yg atas 




Formula Asas Langsir

Thanks kepada PnAnn, di copy dr cari.com. Posted by Pn Ann on 04/07/06 Topik Langsir.
TQ pada Kiniduniaku ...moon copy n paste

Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =
Labur Langsir =
Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan
Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]
Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]
Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.
**/ adalah tanda bahagi


Jumlah Meter Kain

Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.

(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.
Contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci

Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci

Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.

Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan. 

Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.

Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.



Atau kalau susah jugak, apa kata pakai je calculator nih hahahah

http://www.wereinstitches.co.uk/curtain-fabric-calculator/#jumpresult

Curtain Fabric Calculator

Select your unit of measurement



Now enter the required values by clicking in the boxes below. Once you have entered all the values click on the 'Calculate' button.
Width of Track/Pole: 
Width of Fabric: 

Select required Gather: ('None' for Roman or Roller Blinds)

Enter pattern repeat: 
This is the measurement between one point on the pattern (A) to the same point where the pattern next appears (B). (Leave as '0' for plain fabric)

Enter the required finished length of the curtains. 



Wednesday, December 07, 2011

Congrats Rizq Cake

congrats to my dear friend Ila n Poek .....wahhhhhhhhh mengorak ke langkah seterus nya ...congrats ....im so happy for both of u .

Kowang tak bertuka jadi vampire kannnnnnnn ....hiksssssssssssss



Go to Rizqcakes utk melihat kek kek yg marvelous yg tantek2 semuanyaaaaa ..pegi jenguk skrg misti kowang tak caya yg comey2 tew adalah kek ....dia org nih very talented .

Bantal Pwincess itu




Ingat tak ai ada bgtau yg ai ada beli 1 meter kain pwincess kat globe utk di jadi kan sarong bantal cik Yaya ...so ai sebagai seorang yg tak beberapa pandai nak menjahit tapi main redah je ...maka jadi la bantal nih which ai rasa sangat cute ....sampai kan Cik Yaya kemana saja duk usung jugaks la 4 bantal nih ...terus rasa ilang je penat menjahit tgh tgh malam bila anak suka sampai cam tew


hasil dr 1 meter kain ...n ada lebih lagi dalam suku meter lebey tak tahu nak buat apa lagi

ai pun geram kat bantal nih

Memula tew cam rasa cam tebal n keras kan ...tapi main redah je la kan kalau tak suka tak yag sarongkan kat bantal . So lepas dah jahit terus pegi cuci ...terus jadi lembut jeeeeeeeee . Kain dia jadi cam sarong bantal besar yg slalu kiter campak atas lantai kat depan TV tew hahahha


tgk skalik baring semer bantal dia nak ..janji ada princess

di sebab kan bilik mummy slalu wat kije nih sangat sejuk di waktu malam plus kalau bukak plak tingkap ...makanya bebudak 2 org nih asek nak tido dalam bilik nih je . Satu lagi mummy slalu ngadap komputer sampai lewat malam ...jadi ada lah org teman dia org tido kannnn . ..tp bilik nih sangat penuh ngan brg2 mummy hahahha so sangat la semak kay
budak yg hanya suka buat latihan matematik je ...adooii la Isk . ..cuba suh membaca kemain liat lagi dia
ha masa nih ok lagi kan sebab suh buat 4 muka surat ...n nih muka surat terakhir

ini terjadi bila mummy suh buat 2 lagi muka surat ...dan dan tew jugaks dia kata ngantuk


padahal nak tgk movie ....cik Yaya la nih dtg bawak netbook dah abg tak mo buat kije dah


amboi kemain suka kowang lepak kat bilik kije mummy ...kalau cam nih mummy pindah wat kije dalam bilik kowang la plak
setakat nih ..ini je yg di kait sebab mmg tak sempat langsung nak pegang jarum kain n benang ....since Isk ngan Yaya asek main dlm bilik nih ngan butang2 n benang2 mummy dia pun dia org main ..tp lepas dah pesan terus Isk tak usik tp Cik Yaya tew still jugak suka main bunga2 n butang2 tew

ini lah kain tew ....lepas nih kena beli yg monster tew plak utk Isk ...Khan simpan kan 3 meter utk I kay ....moon nak buat skalik ngan duvet cover utk Isk









Norma after 9 months





Dear all ...ini adalah gamba terbaru Norma . Dia di diagnose mempunyai tumor di otak pada 1 mac 2011 ..pada April kami dapat tahu yg tumor itu adalah brain cancer stage 4 . After 5 operation n 15 radioteraphy session ...and doc give up pada dia on jun 2011 ...and di hantar pulang ke rumah for good .

But kami tak putus berusaha n berikhtiar . Bersama semangan juang Norma yg kuat maka dia dapat menunjukkan perkembangan yg +ve hari demi hari . Berkat kasih sayang yg di curahkan oleh suami dan ibu nya ...Norma dapat berjuang hingga hari ini

Last week kami pegi lawat Norma after habis job amik gamba . She is so happy n siap senyum ...wahhhhh Norm ....Norm betul2 buat kita org happy .

Masa dia masih baring kat katil , Moon tanya ...Norma ada rasa sakit kat mana mana tak

Norma : Sakit bontuttttt

Moon : Sakit ke lenguh Norma ( sambil moon gosok2 bontut dia )

Norma : Tak tahu ( sambil senyum lebar kemain )

Moon : Norma lenguh nih ....Norma , sakit bontut ke sakit pungkoq ( sambil gelak )

dia pun gelak sama hahahhahahha

Dia pun berusaha sangat nak bercakap . Mebi sebab skrg dah tak der tube dr hidung ke perut kan sebab skrg dia dah pakai tube yg terus di tebuk ke perut dia ....dia rasa selesa n ley bersuara .

Talib angkat dia keluar tp talib bagi dia jalan sambil di papah ...Norma usaha jugak gagahkan kaki dia walaupun nampak sangat sukar utk dia berdiri . Tapi benda tew mmg kena selalu di buat agar kaki dia kuat semula seperti sedia kala .


Norma buat peace khas utk korang semua yg sentiasa mendoakan kesihatan dia

Moon bgtau Norma ...Moon nak amik gamba dia sebab dah lama sangat tak letak gamba dia n ramaiii sangat org req nak tgk Norma ...so entry nih khas utk kowang semua . Bila Moon mintak izin amik gamba dia ...dia angguk ...siap angkat tangan wat peace . Sebenarnya Norma nih mmg dr dulu mmg suka bergamba kan Lib kan . Im so happy to see her

walaupun dia masih lom dapat bersuara dgn kuat hanya sekadar gerakkan bibir n berbisik namun kita dapat faham n ley dengar . As long as kita tahu apa dia nak atau dia sakit ke tak tew pun dah cukup buat masa sekarang . Norma jugak masih mengadapi kesukaran utk fokus . Dia ley dgr kiter ngan jelas tp amik masa sket utk pandang kiter tepat ke anak mata kita . Its ok Norma ...slow slow ...insyaallah .
Masa nih kami semer tgh sama sama tgk berita . Pastuh ada part berita budak2 kena interview pasal nak berkhatan ramai ramai ....skali ada budak nih buat lawak ajak sapa sapa belum sunat agar sunat sama sama ...bergegar2 bahu Norma gelak tgk budak tew

Sutan : Norma cepat2 la baik ...ajar Abg Mahmood matematik ....Norma kan terrer matematik ..

Norma senyum lagi bila sutan sebut cam tew hahhhahah . Pastu yg lawak skali Talib bgtau ...

Talib : Lib tgk rancangan nyanyi Korea ngan Norma . Pastu kuar la Girls Generation ...pastuh lib tgk la dia org nyanyi lagu let the boys out tew kan ...pastuh Lib kata la cantek2 la dia org nih ....skalik Norma lepuk Lib hahhahahha . Rupanya dia jelessssssssssssss hahhahah


alahai Lib bukan Norma je kalau akak abg sebut cam tew pun akak jeling jugakssssss hahahhahah sapa tak sayang laki oooiiiiii ( walhal sah sah bukan nya ley ngorat artis korea tew kan hahahhahahha )


Norma dan doktor hati nya


Terima kasih semua ...moga Norma makin kuat n bersemangat utk sembuh ....yg penting kita jgn putus asa n ikhtiar semampu n sekuat yg boleh ....Norma ....fighting !

terima kasih sangat buat korang yg hulurkan bantuan utk Norma . Hingga skrg Norma masih under rawatan ngan Ustadz Lokhman di Pusat Rawatan Alhidayah , mendapatkan suntikan B17 , masih makan Transfer Factor dan juga Monavie dan air zam zam . Since dia berada di tahap 4 maka dos ubat yg di ambil agak tinggi dan terus terang ai kata kan di sini ikhtiar2 ini bukan nya murah . Alhamdulillah , Allah membantu kami membantu mempermudahkan segalanya buat Norma dan ramai yg tampil membantu n memberi sumbangan . Terima kasih semua ....

mmg ada banyak lagi alternatif lain n ikhtiar lain ( Sabah Snake Grass , Keladi tikus , cendawan n etc etc banyakkkk ) tp kalau nak di campo semua kiter tak tahu mampukah badan dia terima kan . So we go for the best option yg ada ....Alhamdulillah it works for her .

Moon tak dapat katakan yg B17 sembuh kan dia ....Transfer Factor tew do wonders for her ...Monavie yg bg dia kuat or Ustadz Lokhman yg berikan rawatan n ayat ayat Al Quran yg sembuh kan dia ...no ai tak dapat nak kata apa apa but mebi gabungan ubat2 n ikhtiar nih sedikit sebanyak membantu ...kiter tak tahu . Apa apa pun kiter berusaha dan DIA yg tentukan .

So kalau ada ahli keluarga kowang sakit ...maka kowang bergabungla n support each other koz i believe LOVE is the most magical medicine ....without LOVE semua usaha n ubat beribu ribu pun takkkan berhasil bukan ...kerana tanpa kasih sayang maka patah n putus la harapan si sakit ..sayangi la mereka yg sakit kerana one day anda akan sakit jugak ...
So be strong and be for each other ...kerana semua sakit ada ubatnya kecuali mati .


Norma , beberapa bulan lalu . Hanya mampu baring shj .

* baca kisah Norma di SINI

* Vote Rafiq ....ai hope dia org menang n Talib n Norma n Rafiq dapat di shoot by malaysia most talented photographer Anas Easkey . Masa moon anta gamba rafiq tew terpikir gaks ..nanti Norma ley bangun ke nanti ok ke tidak ...but after seeing her i know dia mmg kuat ...so help Rafiq to win ya ...






Wednesday, November 30, 2011

terbeli ahakssssssss

hahah ada ke ayat terbeli ...hahahha alamaks saya tak mampu menahan dr beli langsir lagi sebab sangat mulahhhhhh n sangat terbekenan

tp tak dapat lari dr amik warna cekelat jugaks :)

yer saya amik yg kaler cekelat tewwwwwwwwwwwwwwww tp bukan amik yg ready made nih ....beli kain 4 meter

Kain cekelat nih bidang nya besar so utk tingkap bilik dr siling ke lantai perlu 4 meter je
kain ni beharga RM 23.70 semeter

tgk harga nya ai tak tipu ...

tapi sebut " Ai baca blog Moon " and anda akan dapat another 50% discount so RM 23.70 - 50% = dalam RM 12 semeter X 4
= RM 47 .40

then upah jahit plak dalam RM 10 sekeping X 2

= RM 20 + 47 .40 = RM 67.40

hu huuuuuuuuu bawah 70 dah dapat langsir baru hu huuuuuuuuuuuuuu kalau tak harga semua dalam 100 lebey ...hahhaha nanti minggu depan curtain ai siap nanti ai share lagi kat sini ya

So those yg lom pegi lagi sila pegi cepat2 ...ai tak tahu la sama ada next time pihak GLOBE akan tawarkan tawaran yg bagus cam nih buat my blog reader lagi ke tak . Mana tahu thn depan dah tak der sila la jgn makan hati kay ...n jgn duk tanya lagi bila lagi ada offer kay sebab ai pun tak tahu . So rezeki jgn di tolak pegi cepat2 sebab kain semer banyak dah surut .

moon pun ada beli langsir princess pink tew so cam nak wat sarung bantal Yaya . Rasa cam keras tapi tak pa test dulu lagi pun beli semeter je .

So balik gigih la ai menjahit sambil Cik Yaya tak saba saba tunggu sarung bantal tew siap ...sampai tertido2 dia ....so Moon dapat 2 sarung bantal tido tew , 1 sarong bantal kecik n 1 sarong bantal pelok kecik n ada balance lagi dalam suku meter lain extra tak tahu nak wat apa lagi ...

Pas basuh kain nyer jadi ok je lembut n tak keras kejong n yg penting cik yaya kemain suka tapi malangnya si abg plak majuk sebab buat urk adik je . So next time kena beli yg monster tew semeter plak ...tak pun beli 3 meter terus ley wat duvet cover skalik hikssssssssss

bila ai letak jarum kait ...maka terpegang plak mesin jahit cam nih la jadi nya

nanti malam nanti moon amik gamba cik yaya bersama bantal bantal princes nya


CEPAT KOWANG OFFER ENDS 31 DEC 2011



Friday, November 25, 2011

happy 31st birthday Sutan


Happy 31st Birthday my darlink Sutan ...

entry pasal nih akan menyusul later later

Thursday, November 24, 2011

Tandas awam kena bersih

dan yang paling penting , semua org kena ada kesedaran sivik bila menggunakan tandas .....jgn buat cara touch n go je without flush ...huk huk

comey nya




alahai berkenan nya la kat benang benang nih ...huk huk ...pasnih kena cepat2 sambar la kat SINI

berangan la konon nak beli sampai 2 3 ada ke masa nak mengkait wahai puan Moon oooiiiiii

Wednesday, November 23, 2011

khidmat pelanggan

Kisah 1

Last saturday kami ke Alamanda Putrajaya . So me n kids n Umi lepas pusing2 tew pegi la kat kereta kan . So masuk kereta masuk kunci langsung tak ley start ...tekan hon pun tak bunyi .Panic gabra glabah semer ada ...kalau sorang diri tak pa la kan ...nih plus ngan kids sian dia org .

Call Pak Sutan yg tgh dalam kuliah dia suh ketuk2 bateri tew pastuh siap bagi cadangan suh ai cabut bateri kereta n pasang yg baru wahhhhhhhh cam ai nih mekanik yg berjaya . Since ai dah bayar tiket parking makanya ai pun terpikir sebab kena kuar parking dlm tempoh 15 min kan . So pegi la kaunter pertanyaan so tanya la walaupun pompuan nih cam layan tak mo layan je kan . So ai pun pegi la ke tempat kuar parking tew

Luckily ada 2 3 org staff parking kat sitew . So bagi salam tanya dia org kalau akak dah bayar tiket tp kereta akak tak ley start ...cam na nak buat ? Akak kena amik tiket balilk ke . Tanpa banyak tanya terus budak tew tanya kereta akak kat tingkat berapa ...tak ley start ada masalah bateri ke ...tak pa akak tunggu kat kereta nanti saya dtg bawak jumper sambil senyum plak tew ckp . wah baik nya budak nih .

Terus dia explain ....lepas kereta ley start baru pegi balik ke mesin bayar and buat bayaran tambahan sebab dah lebih 15 min . So me n the kids punya la rasa lega terus call pak sutan ckp ada org tolong . Syukur sangat ada org nak bantu

So pegi P6 dia org bertiga pun sampai siap bawak jumper yg canggeh hahahha ( ai kan jakun ..ingat kan kena jumper dr kereta ke kereta ) . Dont ask me anything pasal kereta ai tahu tuka tayar , tambah air viper n cek minyak itam je ..lain wayering ke hapa mampus mmg tak tahu . So dia org nih bersungguh sungguh godek kereta ai yg very the vintage n klasik tew .

Suh Umi bawak bebudak masuk kat dalam sebab kat parking panas ...so lepas 15 minit tew kereta ley start ...wah terrer la dia org sebab sorang nih siap godek2 habis tangan dia hitam legam . Siap bg pesanan lagi

Akak nanti terus balik umah tak yah berenti mana mana tak pun akak pegi kedai kereta terus suh dia cek . Saya rasa ada masalah wayering ....terus call Umi suh dia bawak bebudak cepat2 . Toleh2 dia org dah gerak sempat sebut terima kasih je tak sempat nak hulur duit sket ke apa sebab sian tgk dia org bersungguh2 troubleshoot .

So masa nak kuar tew tak nampak plak dia org bertiga tadik . So im very thankfull sebab ada pekerja jga parking yg bagus cam dia org tew ...thanks kowang . Walaupun dia org kije jaga parking je but dia org kije ngan bersungguh2 tak nampak pun riak muka dia org cam kerek ke hapa ..nampak sangat ikhlas membantu . Many many thanks

Kesimpulan : Im totally satisfied and nih baru tahu kalau kowang ada masalah tak ley start kereta pegi la cari mana mana pekerja parking tew .


Kisah 2


Hari nih ai ke Imi . So being so blur ai ingat ia nya mati bulan 12 pastuh cam berbelah bahagi nak renew ke tak nak renew ke tak . So last skali nak sambung another 1 year . So proceed la ke Imi ...pegi lvl 2 tanya cam na nak buat sebab tamat 7 Nov . So dia pun ckp puan pegi naik tgkt 4 .

So pegi tgkt 4 ...org jaga kaunter tew sangat la baik . Sejuk ati aku .....Puan kena photostat muka surat depan n muka surat nih passport maid puan then photostat ic puan lepas tew puan dtg balik sini baru saya boley bagi nombo kat puan + bonus senyuman . So ai pun sejuk je hati nih pegi la photostat ....so dah amik nombo semer maka tunggu laaaaaaaaaaaaa

nom ai 3049 nom skrg 3047 . Next to me ada sorang mamat nih sangat segak bertie n berpakaian kemas siap berkasut kulit ...nampak nom dia 4046 . So nom ai pun di panggel so ingat cam wah pantas nyeeeeeeeee walaupun org kaunter tew pas kan ai surat overstay tew cam nak kasik tak nak kasik then bila tanya apa saya nak tulis sebab nih yer cik . Dgn selamba dia menjawab tulis la apa apa pun + bonus muka kelat . Ok fine ..sian kowang sgt sibuk kan today sebab penuh org .. its ok so ai tanya . Lepas nih kena buat apa ya Cik ? Tunngu ekkkkk ( cam tak paham ke tunggu la cam org lainnnnnn ) + muka kelat jugaks ...ok fineeeeeeeeee

so tunggu punya tunggu punya tunggu tak di panggel2 . Mamat tadik dah gelisah so dia bangun dan dgn sopan dia tanya ...Miss , ive been waiting for more that 1 hour ...is there anyway u can speed it up . I have a very urgent appointment . Please miss . So this jaga kaunter just aaaa ok wait ar wait ar ..sit first . So mamat nih tunggu lagi then 30 min dia tanya lagi and pegawai nih i think a bit harsh cam nada marah suh dia sabar .

So ada beza kan kalau tune kita walaupun ayat nya harap bersabar encik atau sabarrr ar encik .. agaknya kowang nye jiwa raga membara tak . sian mamat nih sebab dia ada lah foreigner . So sebab ai duk sebelah dia ai ley dgr dia merungut kat phone komplen about servis kiter pada dia nyer friend , so itu bukan la benda yg sedap di dgr

then lepas 2 jam setengah setel la urusan ai tew ....mamat tadik pun cepat2 la bergerak lepas dia punya pun setel

Berdasar kan pemerhatian Moon , amatlah penting utk mereka yg duk frontliner to be good . Sebab dia org mencermin kan imej mana mana jabatan skalik pun . Kalau kowang bagus then org akan kata organisasi tew bagus but if u sucks org takkan sebut si Miss A nih suckkkkkkk no org akan kata Jabatan ABC nih sucks ....u got what i mean or not

Tambah plak jabatan tew berurusan ngan foreigners . Atleast put a requirement ...in order kowang nak jaga kaunter kowang kena atleats ley cakap omputih ....janji senang proses komunikasi tew nak berlaku kan . Dan menunjukkan ada profesional la sket tang tew kan . Kalau rojak2 semer org boley kan . Bila berurusan rasmi maka percakapan dan penerangan kena la rasmi bukan .

Agak klaka di sitew bila ada banyak poster yg di tampal 3 S Sopan , Sapa n Senyum kalau ai tak silap but kesedaran di kalangan kakitangan lom lagi menebal ....and hardly nampak dia org senyum . Yes dia org pun under pressure nak berurusan ngan mcm2 kerenah kadang ada yg tak paham apa apa bahasa pun but yet ...just smile .

kena run kan kempen HAPUSKAN MUKA KELAT / CUKA hiksssssssssssssss run kan je kempen nihkat mana mana yg menyediakan khidmat pelanggan even kat hospital pon ...tp rasanya hosp baru2 skrg nih sangat better compare ngan dolu2

Anda kerja ngan pelanggan ...so anda lebih bijak n tahu cam na nak handle pelanggan anda ...Budi bahasa budaya bangsa ...so renung renung kan

Overall ai ok ley saba la n lega sebab akak kaunter pertanyaan tew sangat helpfull kalau tak ai pun naik hangen



Moral of the story :-

org jaga parking tew ntah ntah lepasan SPM je tak pun tak blajar tinggi tinggi kan . ...but yet dia org sangat merendah diri n bekerja sepenuh hati n tak kedekut pun nak sedekah kan senyuman n berbudi bahasa .

Kadang org makin tinggi education levelnya kadang makin weirdo makin merasakan level dia org lagi bagus ....jgn terasa ya im saying this generally dan sebagai peringatan utk diri sendiri jugaks ( kije apa skali pun mmg kiter akan berusrusan ngan manusia ) ..pernah tak kowang nampak makin besar kereta org tew makin main lenjan je dia org parking pernah tak tgk dia org parking ikut suka ati je kan kan kannnnnnnn kannnnnnnnn ....so tew la

So setinggi mana tahap pendidikan kita setinggi mana taraf kiter setinggi mana kemewahan dunia yg kiter ada ...sebenarnya kita semua adalah sama . Beri layanan yg sewajarnya ...kerana budi bahasa melambang kan peribadi seseorang .

Tak rugi manis kan muka ...tak rugi senyum kat org ..tak rugi menjaga tutur kata ...moga kiter semakin memperbaiki diri ...walaupun tak banyak but sedikit sedikit insyaallah kiter akan menjadi insan yg lebih cemerlang .

dan kesimpulan yg agak kelat dr saya

kalau kowang rasa tak suka layan org tak suka kije ngan org jangan la apply kerja tew in the 1st placeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ...maaf kan saya ...saya sedikit ter emo please forgive me ...*&^%$$^%$#@&)_(*&%^&&&%^

I pun pernah ada experience kije cust service lagi la kampeni insurance tiap2 hari misti ada je yg melenting ...yg nak saman pun ada . Kadang bukan salah kiter pun kita di persalah kan walaupun kiter hanya baca apa yg tertera kat screen komputer . But my bos always nasihat kan ...u managed to pickup 200 nice call and only 3 panggilan yg terok ...so its ok bukan . But then i choose takmo sambung kije tew rasanya taik telinga ai tak cukup tebal plus lack of experience kan .

Even masa kami di suruh attend training etika menulis email ...menjawab panggilan n komunikasi ngan pelanggan , memula tew cam la asal plak kena attend benda2 cam nih ...so bila dah attend then baru terbukak luas mata nih and bila berdepan ngan client ke customer ke vendor ke baru nampak penting nya etika tew semer .

apa lagi moral of the story yg dapat kowang simpul kan?

My MIL is so kewl

hahhahah terpanjat gigirl hahhaha bila tgk mak mertua kuw ada acc Facebook ....wahhhh apa kah .......

wahhhhh siap leh komen dr blog ke FB ...siap share lagi tewwwwwwwwwwww wahhhhh caiyook Mama . Memula nampak tew kan ...eh Rokiah Kassim add friend ...sangat panjat terus call Umi masa Umi masih kat Taiping ....and it is so true mmg mama mintak Umi ajar kan dia FB and ajar cara tulis email semer .

My MIL adalah suri rumah but yet she so so intelingent kadang ajar apa apa cepat je dia dapat tangkap ....wah caya la Mama ....and im sure she's gonna read this ....terrer la Mama ...

mak mertua yg sporting jugers ...


Mama kata dia bukak FB bila Rafiq tido hahahhah canggeh nya .

Masa Umi ada kat umah Moon , Mama call

Umi ada org add Mama ...apa mama perlu buat ?

Mama accept la Ma ...setuju je

wah wahhhh sangat advanced ..lepas nih hati hati la Umi ya ...Mama buat acc FB tew sebab nak monitor Umi tew hahahhahahahhaha .

Kalau mama free mama ley la baca entry nih ( < ---- Mama klik kaler pink tu ) ...Entry ni Munirah tulis masa mothers day 2009 ...thanks Mama sebab jadi the best mother in Law...and i love u muahssssss

siap ber PM utk mintak resepi masak Parpu hahhahah masakan fav anak dia yg ai jrg buat ahhahahhahaha...tak pa nanti kiter cuba lagi .....fightinggggg

* Ps kowang jgn add Mama lagi kang dia tak tahu nak create group lagi hahahha

Tuesday, November 22, 2011

Congrats my dear friend

Congrats to my dear friend aka Jujue Lopez yg tiada kaitan ngan Jennifer Lopez ....sebab atas pembukaan kedai baju maya nya ....clap clap ..


org nya mmg hawt mmg comey ...cam bintang korea la nko Jujue

so ley cek it out kedai nya

Cat Walk Copy Cat

Kucing jalan salin kucing muahahahhaha

im touched

Last week ari tew Talib dtg umah sebab Norma kat wad n dia tak ley tunggu . So dia dtg umah kita org utk sembang2 ....cerita perkembangan Norma semer

Alhamdulillah Norma stabil n slowly tunjukkan perkembangan yg +ve . Lepas kena sawan ari tew kat Taiping dia nya kecergasan menurun sikit . Ari tew sebelum kena sawan Umi citer Norma siap ley gelongsor turun dr kerusi n baring kat tilam ...tp slow slow la kan

Tp lepas sawan ari tew dia cam lemah sket tp skrg slow ly ley gerak2 kan .

Masa Moon n Sutan duk sembang ngan Talib ...dgr luahan dia dgr dia sembang tetiba dia ckp something

Lib bangga ngan Umi . ..Lib tak sangka Umi ley jaga Norma sanggup cuci n salin pampers Norma dekat seminggu . Adik Lib sanggup buat cam tew utk kakak ipaq dia ...Lib salute la kat dia bang ..walaupun dia tgh cuti sem dia sanggup jaga Norma

Bagus la kalau Umi cam tew Lib ..akak pun cam tak caya Umi mampu ley wat cam tew . Yer la since dia kan paling bongsu kan n kiter masih duk anggap dia cam budak kecik je kan ...walhal dah tak kecik kan hahahhaha .

Norma tew lom pulih sepenuhnya lagi ...jauh lagi perjalanan dia . Lib wisau kat dia sebab dia duk asek tarik je tube dia . Skalik nak masukkan balik tube tew , berjujuran air mata dia . Lib tak sanggup nak tgk tapi apa ley Lib ley buat

Yup kiter jgn putus harapan la harap dia pun sama sama kuat ....dan kiter pun kena terus kuat utk support dia . Masa nih dia perlukan keluarga dia lib utk sama sama support dia ..Lib pesan la kat dia jgn cabot dah ...nanti dia pun sakit .

Lib dah pesan dah marah pun dah tp dia duk jugak tarik . Lib tak sampai hati tgk dia cam tew

Lib hang pun kena ckp kat Norma hang tak larat nak angkat dia bawak turun tangga ...every 2 3 hari hang kena bawak dia gie hosp pasang tube ...hang ckp elok2 kat dia . Mmg dia tak selesa tp hang kena pujuk dia . Hang pun bukan nya kuat ...lutut hang pun injured kan ...mana larat nak bawak Norma turun tangga n naik tangga umah . Kesihatan hang pun kena jaga

Nih Lib nak dtg pun serba salah sebab Lib tak ley tunggu kat wad . So mak je tunggu . Masa Lib kata Lib kena balik dia tanya Lib ..kenapa ....Lib kata Lib kena kije besok ...sayang nak kiter tunggu ke norma kata Yaaaa . So Lib tunggu sampai dia lena baru Lib gerak ...tapi berat je hati Lib nak tinggalkan dia ..sian dia

so kami sembang banyak benda malam tew n tetiba kesian sangat kat Talib nih ...moga cepat la sinar kebahagian masuk dalam hidup dia n Norma . Bila pikir balik betapa kuat nya kita org semer lalui ujian nih ...bila pikir balik rasa tak sanggup nak kenang kan saat2 tew balik . Saat saat Norma di operate di saat dia tak mampu bernasa di saat dia dalam ICU ...kiter punya sedey kenang kan andai apa apa berlaku kat dia lagi bertambah sedey bila kenang kan apa akan berlaku kat talib n rafiq kalau Norma tak mampu bertahan .

Weekend baru nih gie amik Umi kat Komuter sebab dia kan bercuti kat Taiping sambil jaga Rafiq . Puas tgk gamba Rafik yg sangat lasak tew ...kemain noti dah ek ...So Umi sempat la tido kat umah 2 malam sebelum dia daftar masuk sem baru kat Pilah .

Mlm tew kita org sembang panjang sangat ...pastuh Moon bg tau la kat Umi ...Umi tau tak abg Talib dia puji Umi dia kata tak sangka Umi sanggup cuci kak Norma ....being me yg cepat tau fu faa bergenang air mata

Akak tau tak ...umi kan sempat jaga kak norma seminggu je kan . Masa Umi 1st time nak cuci dia kan dia kepit kaki dia kak . Yer la sebelum nih kan Mak n Abang je yg salin kan . So dia cam tak mo kasik Umi buat .

Yer la Umi misti la dia malu ...kalau akak pun misti akak malu ...adik ipar lak nak buat kalau adik sendiri mebi lain sket kan rasanya .

Tew la Kak , Umi tahu dia malu tapi kalau tak salin cam na kan . Abg Talib lambat lagi nak balik kije ...so Umi merayu kat dia ...Kak Norma bagi la Umi salin tolong la Kak , jgn malu kat Umi , Umi kan adik akak jugak

Norma pelan2 tarik bantal n dia tutup muka dia ...Im sure dia malu sangat masa tew . Walaupun dia tak ley gerak but dia still ada hati n perasaan . Letting someone utk lihat bahagian sulit anda adalah benda yg amat memalukan bukan . Umi kata Norma keras sangat dia keras kan badan dia n dia mengigil punya la dia malu kat Umi . Lepas siap tew Umi panggel Norma ...Norma masih tutup muka dia ngan bantal ...so Umi biarkan dia sendiri ...knowing that Norma sangat2 tgh malu .

So me n Umi berjurai air mata la tew jugakssss sob sob


kami betol2 harap Norma sembuh n kembali seperti sedia kala . Sebab dia sangat la baik si Norma nih ...

all the best Umi ...blaja rajin rajin tauuuuuu ...

So those sapa yg pernah jaga org sakit n terlantar mmg tahu cam na . Tapi ia nya tambah sukar bagi org yg terlantar tew sendiri . Cam Norma andai la dia mampu bercakap mebi dia ley bgtau tang mana sakit tang mana tak selesa but untill now dia masih lom bercakap sangat cuma kadang je dia gerakkan bibir n lemah je sora dia kuar . Namun apa yg mak Norma buat skrg itu lah yg terbaek ...kasih nya seorang ibu pada anak nya tiada tolok bandingan nya ....dan juga kesabaran sang somi menjaga tanpa jemu ...moga Allah membalas jasa baik kowang berdua .

Alhamdulillah Norma dah discharge semalam . Skrg dia dah tak pakai feeding tube kat hidung dah . Harap Norma selesa n cepat pulih .



Black pants special offer
SMURF item


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...