Tuesday, January 17, 2012

Makan makan time

Kami terjah ke umah puan Ila the cake maker hahahhaha ...sonok dpt jumpa kenkawan yg lain .Bebudak nih lagi la dapat jumpa geng kemain la kan ( walhal mak mak lagi xcited jumpa geng)

Ila , Me , Lenny , Mai n Azie

kami parking baik punya ...betul betul depan .............

meja yg penuh makanan ..hu huuuuuuuuuuuu

pulut kuning di tabur serunding ...pergggggggg

bread pudding by Ila yg kaya ngan Hersheys choc chip ...dap dap hokey

sambil makan makan ....bila dtg umah cake maker harus la kena ada kek kan ...so skali la makan makan n cake cutting urtk dak Hafiz yg sudah 3 tawun umor nya .

cake lightning McQueen

a small celebration tp sangat meriah ...Happy birthday Hafiz



Hafiz yg manja ngan daddy dia

mak yong Azie

2 ibu mengandung yg berseri2

love this pic



Cik Yaya ngan Syasya yg asek berkepit je ...suka sangat tgk





fun time

abg isk yg nak bergamba ngan cars ....dah besar anak teruna omak ( yg 1st day sekola KAFA ...amik ptg tew siap kuar dr nursery nangis ngan penuh kesedihan . Bila tanya asal nanges terus jawab mummy ISk penat sangat tauuuuuuuuuuu ....oloooooo kasik cium sket anak omak sorang neh ...tahan sket ya Abg ...nanti ok la sebab nih 1st day skola pagi petang ...mmg la penat ....anak teruna ai sorang neh mmg lenja nya lebey sket harap maklum ...tp hati mummy dia sedikit saya bila dia hug n merengek cam tew ...tp nak kasik anak jd org pandai punya pasal kan tahan je )

walaupun kami tak cukup korum ...but still kita org enjoy ...yg tak reti reti nak balik .....bila salam nak balik stop kejap sembang lagi ...nak masuk kereta sembang lagi ...cam dah setahun tak jumpa kekdahnya ....Filla ...rugi nko tak dpt dtg la la la .....









Friday, January 13, 2012

Adab melawat org sakit

Assalamualaikum ...sempena hari Jumaat yg mulia ini Moon nak share few info ...moga ia memberi manafaat kepada kiter semua n moga membukak pintu hati org org yg ada saudara sakit tp tak terlintas nak pergi melawat ...moga Allah melembutkan hati kalian semua ..


Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Thursday, January 12, 2012

Brg untuk anak di JuaiMurah


Sticky post for 48 hour
scroll bawah utk entry baru


As a parent misti kiter nak beli toys nak beli buku n etc utk anak anak kan . Cam Moon pun sama ...nak jugak buku yg best2 supaya anak anak dpt la gilir2 baca kalau tak takkan nak lenjan 1 2 buku tew kan ...hahahah so ai slalu beli dr blog Juai Murah . Best giler blog nih ...ada banyak sangat barang2 yg i found very usefull and kiter as parent sooner or later misti nak jugaks pakai benda2 tew such as highchair baby ke ...stroller ke ..baby carrier ke ..learning device for kids ...books n etc . Juai Murah adalah tempat utk kowang cari benda2 tew . Ai mula mula jumpa Juai Murah nih cam jakun jap ....wahhhhh brg mahal tp dapat beli ngan harga murah . Ai kan pantang dengar murah2 nih kan ekekkeke

So kat bawah nih adalah few item yg ai beli dr Juai Murah ...and Rafiq pun banyak dapat toys dr Juai Murah ...thanks alot Kak Ros sebab sangat baik hati beli 1 dapat banyak free gift khas utk anak Norma .


Yaya suka sangat la dapat buku nih ...ai pun tak yah risau kertas kemek ke renyuk ke hapa sebab buku buku nih semer hardboard



see asyik berkepit je ngan buku tew ..



kekonon terer la baca kannnnnnnnn .

ai pernah nampak benda alah nih kat JJ ..kalau lalu kat bahagian nih misti Isk ngan yaya tersangkut nak beli ...so i ingat ...jgn berharap la mummy nak beli mahal cam tew ...tp sian sangat tgk bebudak tew kemain nak ...nak beli psp pun mummy berkira2 hahhahah ...kedek punya mak

so bila nampak kat juai murah ada jual n ia masih elok ai pun terus contact Kak Ros n harga nyer sangat la jauh murah dr baru ...n sama je bebudak nih main . Cam ai nih ...ai bukan fussy buyer janji benda elok n ley pakai ...ai tak kesah ...u kesah ?

and my kids ...suka sangat main game neh ...thanks Juai Murah ...

ermmm agaknya apa lagi yg mummy berkenan kat juai murah tew yer......adakah mummy akan beli yg neh ?

rak pink .....

buku yg banyak supaya Yaya kurang bercakap tp lebihkan membaca ...

atau kerusi makan nih utk si Rafiq ...Rafiq skrg neh kan dah tak duk diam ...kalau ada tempat makan cam nih misti memudahkan kije Nani .

So ai tak mo cakap banyak ...kowang gie usha sendiri n tgk apa yg kowang berkenan and contact Kak Ros terus ya ..ada brg baru and ada preloved so pandai2 pilih ya ...ai banyak kali beli brg ngan dia n sangat berpuas hati . Senang je deal ngan Kak Ros n barang pun cepat je sampai .

Ai tak kesah pun org kata brg 2nd hand ke hapa ...actually kita panggil ia preloved item ya ...and fyi katil anak ai tew adalah di beli kat 2nd hand shop ...plus meja study pun beli kat 2nd hand shop ...kalau ai tak bagitau misti u ols tak tahu ...sometimes brg yg masih elok org sayang nak buang ley di trade kan kat kedai2 ....cam ada pepatah mengatakan sometimes other people junk can be others people treasure kan . Cam katil tew owner dia pindah umah and anak anak dah besar ...n katil tew masih cantek maka di tulak la ke 2nd hand shop ...hiksssssss ...rejeki ai la tewww

Get all the baby needs and toys for huge discounts from this shop that offers new and used toys from all the favourite popular brands for your prince and princessess... We'll ensure all the promised are delivered... Enjoy shopping! Brand available (Little Tikes, Step 2, Vtech, Fisher Price, Graco, Quinny, Maclaren, Ikea, Bruin, Leap Frog, Combi, Chicco)

Juai Murah

and u ols pun ley like

Juaimurah Preloved kat FB

Passport Maid Hilang - Setel

phew mengenang kan proses nya passport hilang report polis , report kat imigresen , ke kedutaan ...senak je pundi kencing ...mmg renyah hooooo .

Urusan di kedutaan Jln Tun Razak

Kol 3 pagi kuar umah dr Salak Tinggi zass naik MEX lalu Tun Razak . Sampai je depan tew dah nampak dah panjang barisan walhal kol 4 am dow . Start ley amik nom kol 5.30 am ....bebudak semer ai hangkut dlm kereta . Suh Bibik Fain beratur then ai ckp kat dia ...bik kamu kena jugaks amik nom ...saya pulang dulu mau siap kan Isk n Yaya ke sekolah . Udah dapat nombor kamu telefon saya ...ya ( wah terus jd Buk Moon )

Menakutkan je jln depan kedutaan aku rasa cam ada ikan pirana singa harimau kat tepi ...pandang org cam nak telan . Yg duk tido bertilamkan rumput berbumbungkan langit di atas divider jalan tun razak ...ha amik nko terus jd cam kem pelarian . Sian tol la tgk dia org ...nak tak nak kena la berkampung gara gara nak dpt nombo .


bayang kan ....asala DBKL ke apa tak letak banyak2 tong sampah ke ...assign kan sorang utk jaga kawasan nih dah la jalan tun razak jln masuk ke KL ...

So terus tinggalkan bibik ...ai harap dia ley la dapat nomb sebab masa tew semer org dah duk berator ...gilors kol 4 am ....so ai zass balik ke salak tinggi ...pergggggggg...siap kan Isk n yaya anda Isk skola n Yaya skola then anta plak Pak Sutan ke Opis ..then ai call bibik

Bik , udah dapat ke nombo nya ...kamu tgh buat apa skrg

Puan , bibik udah dapat nombo nya 3087 ..skrg bibik tgh beratur di ambil foto .
3 ribu ...waduhhh ....ok bik nanti saya sampai ..

Penat giler la ulang alik cam nih rasa cam pemandu limo KLIA je ...sepang kl hahahhahah . So masuk la ke dalam kedutaan tew ...ya Allah ramainya umat manusia kat dalam nih ...bersesak2 dia org sian sangat .


then kena tunggu nombo di panggel ...nombo nko 3087 ...nak terkincit tgk nombo kat screen bari 1014 ... ( gamba google)

mata ai asek tgk nombo je ....


so nih ai share cam na nak buat gantian passport SPLP ( Surat Perjalanan Laksana Paspor ) ....sebab my maid nih dia nak balik for good ...nanti la ai citer aduuu .....so nak balik passport kena curi plak ...kena proses yg baru so macam2 la citer nye ...sebab tew la ai duk stress giler ...hahha tetiba mcm2 plak satu satu masa . ..plus anak daftar skolah lagi ....deebakkk

1. Bawak report Polis 2. Pegi amik borang kat kedutaan 3. Segera melapor ke Kedubes/Konsulat. Bawa semua dokumen identitas Anda. Surat-surat yang perlu dipersiapkan antara lain: – Surat keterangan kehilangan dari pihak kepolisian – Fotocopy pasport – Fotocopy KTP – Fotocopy Kartu Keluarga 4. Mengisi formulir aplikasi pengganti paspor yang dinamakan dengan “Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP)”. SPLP mempunyai kedudukan hukum yang sama dengan paspor. Masa berlakunya hanya sebentar (kalau SPLP saya yang dikeluarkan di Madrid hanya berlaku 2 minggu). 5. Membayar biaya pembuatan SPLP RM 15

so ...ai tunggu jugaks sebab takut la majikan kena sign apa apa jugaks kan ....sesak napas mak duk kat sitew ...nasib la bawak 4 warna benang kait ....peduliks apa mak mengkait je kat sitew ...dapat la 6 bunga hahahhaha . Nak kuar jalan jalan mengenangkan nanti kalau dah kuar parking satu hal plak nak redah jam then nak cr parking plaks ...layan je la ...walaupun naik kebas montut duk kat sitew

dlm tghari dapat la ...since dia nak balik Indon maka dia dapat SPLP kira one way je ...nanti pandai2 la buat passport kat indon ya ..

nih la SPLP tew ...one way ( * pic google )

so slamat jalan ya bibik ....lagi skalik pundi kencing ai senak bila tgk harga tiket ke surabaya minggu neh start dr RM 800 then turun ke 500 ke 400 ...yg ada RM 332 pun 17 hb . kalau nak 280 kena akhir bulan . Agaknya ley ke si bibik tahan tiap tiap malam 'panas' n gelisah kena 'ganggu'...nanti la ek bila ada mood ai citer citer ...my maid dia sangat bagus ...kijer bagus tak banyak ckp sangat ...biasa la kadang adalah sket kan tak puas hati but overall kalau ikut KPI dia tew bagus ...its just that seminggu lepas ai renew permit dia plak kena 'gangguan' ...i have no choice ..i have to let her go
nih la maid ai yg banyak tolong ai dlm setahun nih ...curlsss nko maria ...dapat bawak balik gamba yg lawa lawa utk kasik anak anak tgk ...hahahha

But still im thankfull utk 12 bulan yg dimana ai tak perlu risaukan kain baju yg tak berbasuh n berlipat , ai tak perlu risau 5 kipas siling perlu di lap , tandas yg perlu di sental , lantai yg di mop n habuk2 atas lantai n rak , rumput blakang umah , siap kan bahan2 utk di masak ai balik masak je buat sepah2 dia yg kemas kan ..dia la yg slalu picit kan moon yg angen penuh 1 badan kan ...and etc ....dlm masa 12 bulan nih jugaks i spend lebih banyak masa with my hubby n my kids ....and dlm masa tew jugaks bibik ada to look over my kids when ai 9 hari teman kan Sutan di hosp ...kenangkan tew semer im very thankfull

Ai baru je cadangkan mama utk kasik my maid to Talib so that dia ley tgk kan Norma n Rafiq ...so that Rafiq ley berada dpn mata mama n papa dia . Tp tew la hajat tak kesampaian utk kasik Fain nih ...maybe ada perancangan yg lebih baik utk kami semua . Talib pun pernah sebut dia sian sangat kat Mak kena jaga Norma lagi pun mak kan dah berusia n dia pun tinggalkan life dia utk jaga Norma . So kami pun ada discuss utk bg maid kita org je kat Talib ...so lepas nih berlaku kena plan lain la kan .

Ive spoken to my sister ( tempat ai curah perasaan kalau tgh ada masalah atau sedey .. ) tetiba terasa ralat plak baru je bulan 12 ari tew renew n habis duit ...tp nak wat cam na . Kalau nak potong baki dia cam sian sangat kan . So talking to my sister buat ai rasa hati ini sejuk sket . She said to me its ok Muni dont think about the money ...duit kiter ley cari janji jiwa n hati kiter tenang janji semer selesai cepat2 . Halal kan ...mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik utk kiter . Niat kan la duit tew kita halal kan ke sedekah ke apa ...insyaallah . And she is so true ...dia nasihat kan moon jgn dgr apa org kata ...kiter dgr kata hati kiter yg pertama tew sebab yg terdetik pertama tew la niat kiter yg baik kadang kiter pikir banyak2 kali dah dtg dah hasutan tak baik ....thanks kak e for the advice ...love u ..
Fikirkan my life after this without maid ....ill be just fine ...ai akan tune kan as soon as possible ...ala sebelum nih pun bukan ada maid pun kan ...and my kids is now happier kat Nursery yg dia org dah tinggalkan thn lalu .... Abg Isk pun jadi makin berdikari ( kalau tak manja kededek ngan bibik ...mandi pun bibik masak air panas ...makan bersuap hokey ) ...but now dia org lagi lebih memahami n listen better pada moon n Sutan ....i can do thissssssss ...is bb nom 3 coming ? i also dont know have to wait n see

Update Norma

Alhamdulillah Norma sampai kat umah Moon last nite ....so dapat la dia tgk Rafiq yg bam bam tew . Norma nampak masih lemah n dia sedikit kurang aktif . Mata nya redup je n dia sangat2 mengantuk .

Sayang ...ada skit mana mana tak ( norma geleng kepala )

Sayang ngantuk ke nak tido ? ( norma angguk )

Moon nampak Norma banyak susut badan nye ..muka nya sedikit cengkung . Talib kata ari tew dia ok ...sangat aktif ..pastuh yg ada hari tew 2 hari dia tido je sepanjang hari ...tew yg Talib terus angkat ke emergency .

Tghari nanti Norma ada appointment utk fisio kat HUKM selama 1 jam . Hope Norma banyakkan bergerak je .

Kaki dia makin mengecil ...kalau kiter pegang labu betis dia langsung tak der ...punggung pun dah leper ja sebab muscle2 tew dah lama tak pakai kan . Hope org fisio ley bagi advice n tips on how to make Norma pakai muscle2 dia balik .

Smalam tgk Norma cam tew risau je . Kalau tak kemain luas dia bukak mata nih semalam cam org tgh mengantuk yg amat ....Norm kuat kan semangat ya .......

Tuesday, January 10, 2012

planning time...looking for someone yang vley ...



im planning on having something special for this lil boy and to make his mother happy too ...anyone yg ada buat party planning service ke , goodies bag service , baloon decor , customize t shirt and apa apa la ...clown ke ...please email me at munirah 301@yahoo.com . Direct to the point im looking for partner in crime supaya benda nih sukses LOL ...in return ...jom nego . Email me atau PM me kalau intrested ya ...




My MIL sampai dr Taiping ptg tadik ...kita org punya la tak saba nak balik umah jumpa Rafiq ....skalik masuk umah kemain la happy tgk Rafiq so comey n makin cerah la budak tew ...comey sangat ....pastuh moon amik dukung dia skali dia nampak Pak Sutan terus dia beralih arah n mintak sutan dukong kan ...pastuh kemain happy la dia jumpa sutan ...sutan cium2 dia pun mengelekek ketawa hahahha so cute ...bila moon nak amik langsung tak mo dia ....di peluk nya sutan

Rafiq ingat kat Papa ek ...nih daddy la Rafiq ....

Misti dia ingat hang nih Talib la Mood...olo sian la Rafiq

pastuh Rafiq terus je duk kat Sutan kemain manja dia cam dia pun lepas kan rindu ...kami rasa dia ingat tew papa dia ...ye la sutan n talib kan lebih kurang je kan ...kami perati je ...skali Moon nampak Mama menitik2 air mata dia . I know dia sebak mengenangkan Talib n tgk cam na Rafiq duk kat pangkuan Sutan just melt her heart ...i tried not to looked at her ...lebih 10 saat ai plak yg akan hover nanges kay ..


Rafiq yg kemain lepak kat Sutan


Mama jgn la sedey ..

Mama kesian la kat adik hang tew Mood ...sian anak dia ...sian Norma . Mama doakan selalu agar Norma dan Talib dapat belai anak depa ..Mama nak depa rasa cam mana ...Mama bukan tak mo kasik Rafiq tp hang tgk la cam na adik hang tew . Mama tak sampai hati ..sob sob

i know mana mak yg tak nak tgk anak dia org gembira happy ngan family dia org . Tapi apa kita ley buat Ma ....apa yg mama buat n mak Norma buat adalah benda yg paling suci . Mana mana ibu dalam dunia nih pun akan buat apa benda yg sama Mama buat . Mama adalah mak yg paling best skalik ....i just wish i can say this to her n hug her but i just diam je and try to hold my tears ...and try to senyum bila tgk Rafiq yg seakan akan sangat gembira ibarat jumpa ngan Papa dia ...tetiba saat yg happy tew bercampo baur ngan perasaan sebak .

I know Talib lagi la bergelodak jiwa dia n rasa rindu kemain tebal bila kenangkan Rafiq ...moon teringat last time masa kami makan sama sama kat jj balakong last time

Abg Lib cuti 2 hari nih ...Lib rasa nak balik Taiping la tgk Rafiq ...Lib tak tau la asal LIb rindu sangat kat dia . Dapat tgk dia kejap pun jadi la

Hang toksah wat kerja gila ...cuti 2 hr nak balik Taiping buat penat hang ja . Hang pun kena la jaga kesihatan hang LIb ...nanti kan Mama ngan Papa nak mai sini ..hang sabaq sket aje lagi

erytime ai dengar perbualan 2 badik nih ai kadang tak tahu nak kata apa ...sedey pun ada ...terharu pun ada ....n bila tgk Sutan concern pasal adik dia ai pun ley terharu . org pompuan serba serbi nak terharu kan ...kalau org laki ada nak express feeling cam tew ...tak der nyaaaaaaaaaabut bila skalik skala u ada kat sitew menyaksikan ia u akan rasa cam ....wowww so taching hokey ...mak hemo hemoooo

ok ai nak stop sebab buat entry cam nih pun ai ley bergenang air mata ...apa hal ...dah u jgn nanges malu org nampak apa layan citer korea ke ...walhal baca blog moon ...

so lap mata ,.....sikat rambut ...hahhahahahah ...so sapa intrested let me know . plan nih dtg secara tetiba thats y i need ur help ....kalau plan dr 2 bln lepas lain la kan . I hope i can do it ...wish me luck

Rafiq antara 4 pemenang nya

hey ladiesssssssssssssssssss ....sila tgk baby nom 4 tew ( with 1020 vote) ............auwwwwwwwww Rafiq menang hokey thanks for your vote utk Annas Easkey Baby contest 2011 . Sapa Annas Easkey ...omg u ols tak tahu keeeeeeeeeeeeeeeee

Dia tew photographer yg muda yg nama tgh melonjak kini ..dah la muda tapi talented giler . Sapa tgk gamba dia amik mmg nanges hokey ...mmg stock stok cam Nigel Barker . Sapa plak Nigel tew ....ala photog dalam America Next Top model . So Annas nih mmg dia amik gamba model ...n mata dia nih sangat tajam n sangat berbeza ...

Ai memula masuk blog dia ai terkesima hokey . 1st time ai tgk org yg shoot advetorial n model cam oversea nyer quality ...seriyes ai bgtau u . Org talented nih mmg rezeki nya murah hokey sebab kiter ley nilai kehebatan dia .....fyi ...dia nih amik gamba kawen Memey n Norman Hakim .


mak nanges guling2 hokey tgk gamba yg meletop cam nih ...hebat sungguh ..... ( Annas , Kak Moon amik gamba nih utk share kan ngan readers kak Moon betapa hebat nya sentuhan Annas )
Si Annas yg muka ala ala jejaka klassik ngan rambut nya yg berombak ombak tp bukan ombak windu hokey ....auw ....and tagline dia harus la ayat CURLASSSS . Moon rasa setiap entry misti ada ayat nih ...ai pun kadang tercilok ayat curlass annas hahahahha


ai copy dr blog Annas

"ok, banyak masa lagi and annas boleh buat macam2 entri lepas ni sebab dah free, utjk entri kali ni annas nak umumkan pemenang bagi BABY CONTEST BY ANNAS EASKEY 2011, suke ke tidak? and berita gembira! annas dah pilih 4 pemenang bukan 1 tapi empat! suke ke tidak??? yes empat pemenang! hahahahah! supriseeeeee! setiap pemenang annas akan buat satu konsep! yang meletop dan kebabom! ok? kat bawah ni annas senaraikan nama-nama pemenang dan gambar mereka! mereka sangat comel! terlalu comel!"

Tak saba rasanya nak bagitau Talib ....Talib nanti bgtau Norma baby dia menang contest n Rafiq akan di shoot by Malaysian most talented photographer ....hoorayyyyyyyyyyyy

Monday, January 09, 2012

Norma di kejarkan ke unit kecemasan

Semalam Talib bgtau Norma muntah n dia kurang aktif n tak banyak bergerak . Dia lebih banyak tido dr berjaga .

Tadi Talib call bgtau Norma di bawa ke unit kecemasan Hosp Serdang sebab hari nih pun dia tak aktif . Mak Norma call Talib n bagitau susah nak kejutkan Norma dari tido . Risaukan keadaan Norma ...Talib n Mak bawak Norma ke hosp dalam kadar segera

Hasil pemerhatiaon doc Norma kekurangan garam dalam darah dia n sebab tew la dia sangat letih .

Alhamdulillah doc dah kasik drip n tadik Norma dah di bawa balik ke rumahnya di Balakong . Harap Norma cepat recover n makan banyak2 ya Norms

Pengalaman ke Kedutaan Republik I

Pagi pagi anta bebudak skolah n anta pak sutan ke opis n zass terus ke jln tun razak ...tp rupanya kedutaan Ind dah pindah ke Jln U Thant tew kan ( sebab semer org arahkan pegi ke kediaman diplomatik ...apakah yg jln tun razak tew dah tak pakai ? ) ...dah la jam gilers jalan sempit 2 kali pusing baru ada parking ...pastuh menapak la ngan bibik ke kaunter .

sepanjang kaki lima tew punya la penuh ngan sampah ngan org org bersidai2 kat tepi tew siap lepak n baring2 cam kat taman tasik dah kekdahnya ....sampai satu longkang kemain la hancing ...adeh betul ke ai ada kat Mesia nih ...so scarrrry dow . Tapi sebab my bibik tew terpaksa balik jugaks atas masalah kesihatan dia maka terpaksa la ai cepat2 buat passport bagi mengantikan passport yg ilang last time . Last time nak buat org kata jgn pegi sebab pemutihan kan ...so ai baru dpt pegi pg tadik ..

Kediaman duta Indonesia di Malaysia beroperasi sementara waktu n keadaan amat la sesak yang amat ...penuh org . Ada penjaja amik kesempatan jual makanan n minuman kat luar n sampah kemain bersepah2 ...scary tew je yg ai dpt kata ...tetiba sesak napas la duk kat tempat cenggini ....

Buk nombo nya udah kehabisan . Sila dtg lagi besok pagi sewal jam 5 . 30 pagi . Hari ini semua nombor sudah habis

saya nak gantikan passport pembantu rumah saya yang hilang . Saya bukan nak buat cap jari ke apa ..gimana saya mahu proses nya ya

Iya ibu semua urusan perlukan nombor ...maka sila dtg seawal jam 5 30 ya ...terima kasih

siannnn mamat nih penuh org berkerumun tanya soklan kat dia ....aduuuuuu asal la tak asing kaunter kan . Pemutihan tew ada lagi ke ...pendaftaran cap jari biometrik bagai tew ....ai pun tak paham asal kedutaan atas tew suh semer org ke jln U Thant ...ada sesapa tahu tak?

adakah sebab ini ? Pendatang asing sebab kan kesesakan luar biasa

ai punya la dissapointed kan ....skalik ada sorang mamat malaysia kiter dtg bgtau saya bayar RM 200 utk amik nombo so tak yah la kiter dtg awal pagi ...aduh 200 je utk nombo ...umak ai cari duit tol ...

sangat berguna la FB nih baru ke mak menjaja merungut2 manja sebab kena ke tempat sesak kan terus kowang kasik feedback ...i lap u ols sampai kering la


Nur Azzura Zakariah Moon, currently kat U-Thant utk segala urusan PATI indon. Kalau Bukan PATI proceed cam biasa kat tun razak7 minutes ago ·

Mona moon nti mona pm num org kedutaan, kenal masa pi renew permit bibik aritu. Dia leh tlg cepatkan poses but kita still la kene amik num. Cuma masa kat kaunter dia leh tlg dulukan :). Stu mmg kene pagi kalau dak kul 9 num da abeh bley? kami pi yg kat jalan tun razak tu la40 minutes ago ·

so besok akan bermula lagi penantian nye . Like

my boss pun dah advice ...moon amik nombo pastuh suh je bibik tunggu bila dah dekat nombo call je hahahahha ...baik ...besok kol 4 am mak kuarrrrrrrrrrrr

Step andai kata maid nye passport ilang :

Balai polis
- buat report

Imigresen
- bawak laporan polis yg di sahkan
- salinan pasport maid + salinan permit
- Surat tunjuk sebab menerangkan mcm mana boley hilang

- imigresen akan kuarkan satu surat utk kedutaan . Dalam surat tew dia bgtau info n tarikh sah permit tew . Surat siap dlm masa sejam ++

ada penerangan lagi jelas dlm my previous entry

Kedutaan
- ke kedutaan utk proses pasport baru
apa perlu bawak sila refer sini

Friday, January 06, 2012

Iskandar darjah 1

anak mak dah bosar dah darjah 1 dah ...hahhahah

Nasib la dia kewl je dtg skolah nih . Sebab last year dia pra kat sini ...so bila nampak kenkawan pra dia ok la kan .

1st day muka pun takut2 je campo blur2

ini adalah wajah fav isk ...muka blur hahahha

hari orientasi duk kat lain ...1st day kat lain 2nd day kat lain ...hahhah asek tempat duduk kena rembat je akakka . Sutan plak asek suh Moon bgtau Isk suh duk depan depan ...hahahha . Isk tahu tak mummy Isk nih masa skolah mmg suka duk depan . Tak sedar diri tew size raksaksa....meja depan meja guru la slalu ai aim hahhaha.

cik yaya pun nak nyebuk duk kat tempat abg pastuh duk bising ...yaya nak skolah jugak mummy sama cam abanggggg

ha napa cik yaya salam ngan budak nih ? Ha nih gara gara Pak Sutan la tetiba dia ada nampak sorang budak pompuan nih comey la sangat ....

Saya nak budak tew jadi menantu saya la ..
Uiks apa kes ...budak tew baru darjah 1 la ..

Saya tak kira saya nak jugaks ..( sambil ketawa )

Hover tau awak neh ...

Yaya pegi salam ngan kakak ipa

oooh tidak ...suami sapakah itu ...Yaya plak slamba je panggel kakak ...nak salam . Sian budak tew blur2 je asal budak nih mintak salam . Pastu siap Sutan suh tanya apa nama budak tew ...hishhhhhh daddy jgn ajar benda2 cam tew no no no ...anak baru darjah satu awak dah impikan seorang menantu apa kahhhhhhhhhhhhhh ...mentang la pagi tadik saya tego awak ada uban 1 terus awak rasa diri tua n anak dah besar hahhahah . Bila dia nampak moon cam marah ajar Isk cam tew vley plak dia gelak kuat2 ...saja tau usik ai ....abang no manja2 n gurau2 nih kawasan skolah nehhhhhhhh

Sian Isk malu malu asek kena usik ngan daddy dia je

Ajar belli makanan kat kantin . Tak sangka makanan kantin pun vley tahan mahalnya jugaks ...mee goreng bodow pun dah rm 1 . nasik ada ayam rm 2 ...sian bebudak skolah . No wonder la my sister slalu bgtau anak dia pegi skolah rm 5 sorang ...rupanya skrg makanan kantin pun mahal ....lepas nih mummy bekal kan je makanan ke Isk .

masuk je mknan dlm mulut terus ckp ...eii tak sedapnya . Hish Isk jgn ckp cam tew ...makan je ...

pastuh dia tak ley habiskan ..pastuh paksa kita org plak makan kasik habis ..tak mo bazir katanya ...tp iks mummy pun tak ley telan mee kering kontang cam tew

Cik Yaya yg asek nak berkepit je ngan abg dia ...pastuh tak saba saba nak skolah jugaks

tgk Yaya tew ...dia ingat neh pegi lawat umah sedara ke nak duduk di muka pintu cam tew ...

Patuh sutan nampak plak budak lain ...eh mummy nih pun lawa ...nak yg nih la jadi menantu saya ....ewaaahhhh pak sutan tak habih2 lagi melawak awak nih ..

hari nih ai jd spy je la nanti tghari tgk dia naik van skolah ..makan dah tak wisau dah sebab dah kasik bekal

Mummy masakkan la mee kegemaran saya tew

mee apa

mee besar besar tew ..isk suka

so sebab sian ke anak maka subuh2 udah wat kan bekalan ...hope dia makan ngan jaya nya tanpa meninggalkan bekalan n bekas air di kantin skolah ...n tanpa kesan comot2 di baju .




Wednesday, January 04, 2012

Kenangan 2011 - part 1

Org lain dah lama dah buat imbasan bagai ...mak baru terkedek kedek nak wat entry kenangan la konon hahahhah tak pa ...nih utk sebagai memori ...wah gitew .

Thn 2011 adalah tahun yg penuh ngan dugaan yg maha hebat . Dugaan yg buat kita org lagi rapat lagi kuat n kasih sayang antara keluarga bertambah erat

Yup mmg berat mata memandang tp lagi berat bahu yg memikul n insan2 yg melalui saat saat tew . Alhamdulillah semua nya dpt di tempuhi bersama .

So nak imbas2 la hahha ..tp mana yg ingat la ek nak bukak 1 1 entry ingat ai nih maha rajin ke ....kalau time rajin hokey la kalau pemalas cam skrg tak koser kan .

Jan 2011

  • Berita gumbira buat kami semua sebab ai dapat anak buah baru ...comey sangat Abd Rafiq ...lahir pada 20 Jan 2011 . Walaupun mak dia masa preggy sangat tak beberapa sihat namun Norma masih mampu melahirkan Rafiq secara normal .
tgk budak nih lahir2 dah pipi segar bugar ...

Feb 2011

  • dapat tahu sutan ada ketumbuhan dalam usus dia . Doc pakar yg operate kan papa 6 thn lalu suh Pak Sutan segera operate jugaks sebab based on a very strong family history . Sebab tak mo Sutan operate kat Hosp Kajang kami go for 2nd opinion pegi Hosp Serdang . Bukan apa mak tak rela tgk pak sutan duk kat wad cam medan perang tew ...sian dia . Ai lepas ronda wad kat kajang tew jln ke kereta terus berjujuran air mata ...awak tak yah duk sitew saya tak sampai hati ...huk huk ...tangkap leleh hokeyyyyy . Dpt result tadik ley je control tp lepas tgk wad terus ai terbayang buah hati ai duk kat katil kat sitew ...mmg tak sampai hati hokey ( yup ai know i hover tapi sapa tak sayang laki hooi )
  • Masa nih Norma tgh sangat tak sehat . Dalam keadaan pantang dia langsung tak dapat duduk n makan n minum ngan baik . Sian Norma masa nih

Mac 2011


  • 1 Mac kami dapat tahu Norma rupanya ada brain tumor kat pangkal otak nya . Terduduk kami semua n Mutalib la yg paling kami kesian that time plus baru plak ada baby ...

  • Norma di kejar kan ke HKL ngan kadar segera kerana kepalanya sudah di penuhi cecair ...malam tew jugaks masuk OT . Norma sempat pesan kat Mama suh mama cukurkan kepala Rafiq ...banyak kalil dia sebut kat mama . Kami balik terus botakkan kepala Rafiq n bawak ke HKL ...ingat kan Norma sempat tgk tp kami terlambat sket n tak sempat tunjuk kan ke Norma

Rafiq tunggu Mama siap operate ..

  • 6 Mac anniversary Norma n Talib ...sambut kat HKL .
  • 8 Mac 1st operation kuar kan tumor tew . Operation makan masa 10 jam

April 2011
  • Pembedahan utk Pak Sutan . Doc kena kuarkan 80% usus besar dia sebab one of the tumor mengandungi cell cancer . Kami terima ngan hati yg terbuka .Walaupun pahit terpaksa jugak kami telan . Dia kena admit 22hb
  • Sutan kena operate pada 24 April 2011 . Duk kat hosp sampai 30 hb . Berkampung la ai kat Hosp . Anak anak ai tawakal je ke bibik n mohon bantuan my brother utk tido kat umah utk tgk kan bebudak sama . Setiap hari Moon berdoa agar Sutan cepat recover . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Im glad i can be there for him ...jadi nurse peribadi ..
  • Masa nih jugak la kami dapat tahu result tumor Norma . ...ianya brain cancer stage 4

May 2011


  • sutan semakin sihat ..walaupun badan dia sedikit susut namun dia nampak sangat sihat
nih masa tgh mc panjang ...muka pun runcing je ...skrg dah back to normal hahahha

June 2011

  • 3 June Norma di discharge .
masa di Onkologi utk sessi radioterapi


Norma kat umah

July 2011

  • Pihak Globe contact Moon n proposed kan utk kasik discount to my blog reader . Ai memula cam ...hish biar benar ....apakah ini mimpi ....ke ada hidden camera somewhere ...ke ada sesapa nak kenakan ai ke hapa . So ai pegi sendiri n terkejut jugaks memula ...rupanya ia nya benar ........n thanks to semua yg dah pegi n buat penjimatan hebat n hiaskan umah kowang ngan langsir yg cantek kebabom .
masa nih offer from 1 July - 31 August ...promo raya

August 2011

  • 10 August . Kisah Norma Talib masuk MHI ....wartawan MHI Helmi call Moon n tanya sama ada dia org ley amik sedikit video clip Norma kat umah . Rupanya cerita Norma kat blog nih dah sampai ke TV3 ...so Talib benarkan sekadar utk berkongsi n memberi semangat pada org lain ...
skalik wartawan tew call suh Moon pegi studio sebab Ally Iskandar nak jugak blogger nya dtg . Mak kecut perut takut tak mo semer ada ...tp pikir2 punya pikir cam nak tercabut ulu hati hempedu bagai ...ai pegi la jugaks . Pengalaman masuk studio ..nerves tuhan je la yg tahu




Im glad i mampu membantu Norma n Talib . Kami rasa bersyukur sangat sebab kan blog ini ramai yg menghulurkan bantuan n tampil membantu kami semua . Terima kasih semua ....Moon rasa tanpa bantuan kowang semua tak mungkin Norma sihat seperti sekarang . Kerana even perubatan n ikhtiar bukannya murah . Berkat jugaks doa semua org ...terima kasih dr kami semua

  • Sutan Iskandar turns 6 pada 21 August 2011 . Ajak kawan2 rapat utk berbuka puasa kat umah n sambil tew utk kasik Isk happy dpt tiub lilin ngan kenkawan

Bday Isk 6 thn

and our 7th wedding anniversary

  • masa nih la ai start amik order cekak kait hahah asal suka suka tp ramai terbekenan maka terjual la iaaaaaaa hahhaha
cekak kait Moon

bersambung ....jari mak fenat hahhahahah ......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...