Adik Faris telah kembali pada Nya pagi tadi ..23 Feb 2012 ..Al-Fatihah . Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya
Itu pesanan ringkas dihantar kepada Mazidul oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Siapa sangka family ini akan menerima dugaan yg besar cam nih bila anak bongsu mereka Faris 6 tahun tiba tiba terlantar sakit
Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.
Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.
Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun
Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738
(Shamrulismawi Ismail).
Sedih rasanya bila baca anak kecik nih yg lebih kurang anak anak kita je sakit cam nih . Mari kita sama sama membantu sedaya mana yg kita mampu ...insyaallah ia akan banyak membantu mereka ...i know . Ive been in that situation once ...and bila keadaan cam nih sumbangan anda la yg akan membantu mereka .
Sedih sangat bila baca kisah Faris ....Ya Allah selamatkan la dia ..
FACEBOOK Bantuan utk Faris
Rakan rakan bloggers sekalian ...jom kita share kan info nih . ...insyaallah kita dapat membantu mereka
15 comments:
Ya Allah..kesianya..
sayu je
Ya Allah besarnya dugaan...
kesian sangat2 dan sama2 lah kita berdoa tuk si comel ni..... tp ada 1 cerita nak share pasal adik ni, smlm diana danielle ada post psl ni kt FB dier dan adalah seorang hamba Allah yg komen "use the insurance" ...... tersentap i bila baca komen tu, mgkn org yg komen tu x pernah lalui semua ni sbb tu mcm tu......
sedih sangat..terbayang dekat anak2 buah..huhu..mohon share ya k.moon..
kecik2 lagi dah kena sakit..semoga ramai yang hulurkan bantuan
Ms Suwardy
tew la org tew tak tahu hujung pangkal main komen je . kan mak ngan ayah dia ada insurance so dia org insurance dah cover 70 k tp jumlah perubatan dia mungkin akan lebiih 100k ....mmg ada org terok cam tew
tunggu la sok sok kalau dia kena ...hishhhhhhhhh terok kan .
sama sama kita doakan adik faris nih ....kiter ada anak tahu la cam na kan
akak pun ada baca kisah ni semalam, smoga adik tu mampu melawan penyakitnya,..semoga keluarganya tabah mengahadapi saat sedih ni
moga2 adik faris cpt sembuh..
update Faris... kos dah cecah hmpir 100k...
marilah kita saling bantu dan berdoa
salam MOON,
dari blog en Maizidul dimaklumkan adik Faris telah kembali kepadaNYA pagi ini.
Alfatihah buat buatnya dan takziah buat ahli keluarganya. Allah lebih menyayanginya.
Dimaklumkan juga oleh ayah arwah wang untuk bil hospital telah mencukupi....
Semoga rohnya dicucuri rahmatNYA. Amin..
~adik Faris telah pergi selama-lamanya..sedekahkan Al-Fatihah..innalillah~
Yela saya baru je terbaca yg adik Faris dah takde lagi kat dunia ni ;(
innalillah...
Ya Allah tempatkan anak kecil ini di dalam syurgaMu. Aminnnnnnnnn
Mungkin itu yang terbaik buat Allahyarham. Allah SWT lebih menyayanginya dan memeliharanya dengan cara yang terbaik, Insya'allah. Salam takziah buat ibu bapa dan keluarga beliau.
Al-Fatihah.. smoga adik faris tenang di sana..
Post a Comment