Plus skrg duk ada 2 sessi, sessi pagi n petang. Sekolah Kafa plak dah pindah. Jadi mmg pening kepala juga nak memikir.
Nak arrange transport semua. Lepas tu, semer benda nak kena bayar. Bayar pendaftaran nursery dan bayar segala jenis yuran.
Sehari sebelum nak sekolah baru pergi cari beg utk Yaya. Pergi tempat biasa pergi je. Kedai ni kat Nilai Square. Ada org tanya apa nama kedai ni tapi Moon lupa n tak pernah tahu sebenarnya. Sebab kami selalu parking belah pintu belakang kedai. Kedai ni mmg banyak sangat beg. Yg penting siap boleh tawar menawar.
Budak2 ni beg setahun mmg 2 kali kena beli. Tak tahu lah dia org nih sumbat batu bata atau batu bukit kat dalam tuh. Lunyaiiii. Tak kira la beg mahal ke, beg murah ke. Sama je ...
Rasanya kita org mmg regular customer la beli beg kat sini. Ada macam macam jenis. Tuh yang Cik Sarah pun kemain sonok memilih. Mula mula dia nampak selipar Robocar Poli.
Sarah nak sliper Amber....sliper Amber Sarah la...nakkkkkk..please
Dia dalam banyak banyak karakter dalam Robocar Poli tu, dia suka Amber sahaja hahhaha. Lepas dah ambil sliper, dia nampak plak beg yg pink pink ni semua. Plus ada plak beg gamba Frozen. Apa lagi terus dia campak sliper tadi dan ambik beg Frozen...vley?
Waktu malam gigih la Mummy nya menggosok baju sekolah. Eh korang nih siap kira berapa helai yer. Baju baru beli 2 3 aje, yang lain adalah baju tahun lepas. Sebab ada selai baju lama tuh dah kena apa ntah dan tak nak hilang kotornya. Baju ni campur yg baru dan lama. Ni mmg stok untuk seminggu. Ni adalah bahagian Yaya aje. Bahagian abg Isk kat tempat dia.
Yaya : 5 pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan
Isk : 5 Pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan
ni belum lagi masuk baju baju Pak Sutan lagi .Sebab tuh la skrg Moon pun cari baju yg tak perlu gosok sangat. Kalau shawl pun sama kalau ada yg tak perlu gosok lagi mak suka.
Sabtu Ahad kije mummy nya adalah utk mendobi. Segala urusan basuh n menggosok mmg di buat hari Sabtu Ahad. Tuh kadang kalau ada apa apa aktiviti pada Sabtu Ahad, dalam kepala duk pikir kain baju nak basuh je.
So mummy boleh relax sket pada hari Isnin - Jumaat bagi baju baju sekolah ni semua. Tapi Sabtu Ahad lotihhhh. Pagi pagi buat kije macam orang giler. Petang terbongkang kepenatan. Kalau kat dada ni ada lampu macam Ultraman, mmg dah blink blink dah.
Sebab tu Moon kadang kagum ngan ibu ibu yg siap boleh buat bekal bagai utk anak...hebat la korang. Akan akak cuba juga utk rajin mcm korang ( mengeliat kejap arghhhhhhhh )
Gambar hari pertama. Jalan mmg sesak nak masuk kawasan sekolah. Belum lagi kita terbakar bila ada sesetengah ibubapa yg park turunkan anak betul betul depan pintu pagar sekolah. Walaupun depan sikit tu aje kosong...pfttt.
Tahun ni mmg akan mencabar sebab sekolah dah jauh jauh. Sorang kat sini sorang kat sana. Plus nak drop kan Sarah kat nursery lagi. Sekali kuar umah pagi pagi dah rupa macam pokok krismas. Sebab galas bag kiri kanan.
Abg Isk dah darjah 5. So dropkan dia aje n tgk kelas kat mana n terus kita org pergi kat sekolah adik pulak. Isk dah senior. Tak ada masalah la kan.
Gi tengok dan tunggu si Yaya aje kat sekolah baru. Kelas plak tingkat 4. Panas lobang hidung Mummy kamu panjat tangga.
Comey aje kelas n nampak bersih dan kemas bila pakai kerusi dan meja macam ni. Tapi ni sebab baru start sekolah. Kita tgk pulak nanti bila dah akhir tahun. Ada rupa macam ni lagi tak hahahah
Tengah hari waktu nak balik Moon tak sabar sabar nak pergi kat Yaya. Nak tgk macam mana dia. Tahu tak nak naik transport mana. Kang buat dia blur n merayap ke mana mana. Last year dia pergi naik van sapa sapa ntah. Nasib akak van tuh kenal dan hantar dia balik. Menyirap darah mummy masa tu.
Pak Sutan plak duk kata Moon gelabah. Suruh relax sebab anak dah besar. Hishhhh mana la ibu boleh relax kan. Selagi saya tak tgk sendiri , selagi tu la tak tenang jiwa raga saya.
Hari pertama semua pukul 9.30 pm dah pengsan hahahha penat sangat gamaknya .
Mcm mana 1st day anak anak anda.
Lega, kali ni tak ada kes budak terlekat kepala di kerusi hhaha
1 comment:
Banyaknya beg kat kedai tu...
Post a Comment