Wednesday, June 19, 2013

Utk Suami yg isteri tgh berbadan dua

Nampak nih kat FB and cam oloooooo sweet sangatttttttttttttt so para suami ...n termasuk la suami ku jua ....baca ek ....kenyit mata sketttttttt ( utk pak sutan only )



Isteri ni, bila dah dekat dengan due date, jalan sikit pun termengah-mengah, berdiri lama pun dh semput, tidur pun tak selesa...TAPI KAN...

- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan, walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh

- Pinggan mangkuk tetap dibasuh walaupun perut dah melekat di sinki

- Kain baju tetap dibasuh, dijemur, dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan

- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat

- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya

Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat, kalau tidak, masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriat kita, wahai suami...

TAPI...pastinya isteri akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat:

- Makanan telah siap terhidang untuk diri sendiri (suami) dan anak-anak
- Pingan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih & menawarkan khidmat untuk mengurut isteri


AT LEAST... walaupun kita tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan isteri kita melalui sokongan moral mahupun emosi..

SEBAB... kita juga yang bertanggungjawab menjadikannya sebegitu kan.. = )

HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI KITA KERANA PENGORBANAN MEREKA YANG TIADA BATASAN

2 comments:

Izzan Y Rosdin said...

suami nk kene suruh baru buat...

http://izzanyrosdin.blogspot.com/

Azleen Khamis said...

kalau dapat suami macam papa ehsan dalam cerita TEDUHAN KASIH ok gak kan...ambik berat sentias....tapi ada ker?

http://lynneb1402.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...