Assalamualaikum semer
setelah beberapa hari tanpa internet hari nih dapat masuk muahahhahah ...
Tapi balik balik skalik dpt tahu pasal berita nih ...alahai apa kes la org tew suka suka cilok gamba dr blog org pastuh masuk kan dalam page facebook budak kena dera . Dah la tew letak caption konon tangan budak tew kena potong ngan ayah nya ....apa kes . Sekalik ramai plak yg tahu punca citer kutuk bagai nak rak ...padahal budak tew tangan luka sebab kena sinki toilet yg pecah
Sebab dr kejadian tew Win tlah buat report polisdan lapor kan pada pihak akhbar demi membersihkan nama keluarga mereka .
sangat gigih la org yg mencilok gamba nih ..........ha kan dah buku bertemu ruas kan . Mana ley suka suka wat cam tew ....
ley baca selanjut nya dekat paper Metro
Sabar ya Elly n Win ...sian Ameera tetiba plak cam dia kena dera walhal tak pun . Kita org akan support korang ..
Kuala Lumpur: “Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar
anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya
tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar
terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata
Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya
perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga
mengaibkan keluarganya.
“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak
dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat
melukis."
“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki
rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat
tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri
untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah
tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang
tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian
Metro, semalam.
8 comments:
apa da..jenis org mcm ni pun ada ke?
padan muke.. suke2 je wat fitnah kan
X da keja btl buat cmtu kan kak?apa punya manusia la ni
tak de beban batu digalas...kan dah terkena..sib baik bapa dia suruh tarik balik jer...kalau saman menyaman..pjggg citer...
iisssshhh..padan la masa baca citer kt facebook tu mcm "eh, rasa pernah tgk gmbr budak ni" ... tp tak ingat baca kat mana...
alhamdulillah en win & family cepat ambil tindakan..harap yg bertanggungjawab pon ambik action, jgn la duk buat hal lagi.. tak pasal2 plk..
ade jugak yg macam ni...
Post a Comment