Friday, February 22, 2013

lokasi jerawat di muka

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

5 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm kak moon.
Thanks share. So jerawat ni jg ble bantu kita kenalpasti apa jd pd body kita kan. :)

~ Huda Qamar~ said...

7, 8, 9, 10.

tapi saya byk dah minum air kosong. badan panas pun tak. dah lama sgt tak demam. 10 tahun lebih ada kot (dlm hati takut juga allah tak sayang sbb jarang sakit. tapi maybe allah bagi kesihatan supaya saya dpt jaga org kesayangan di sekeliling saya termasuk mak ayah -sangka baik-).

tapi kurang senam tu mmg ye =(

Unknown said...

Takutnya setiap kali jerawat tumbuh mesti belah pipi kanan. X de tmpat lain :(

Unknown said...

Takutnya setiap kali jerawat tumbuh mesti belah pipi kanan. X de tmpat lain :(

Mardiana said...

Wah! Good info! Nak share info boleh? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...