Showing posts sorted by relevance for query pembedahan talib. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query pembedahan talib. Sort by date Show all posts

Thursday, September 28, 2017

Pembedahan Talib

Moon ada update pasal pembedahan Talib ( adik Pak Sutan aka my BIL ) semalam kat FB n IG .  Tak sempat nak update berita sepenuhnya kat blog . Ni buat entry utk kenangan sendiri dan juga boleh dijadikan rujukan buat masa depan . 5 thn lepas Moon ada buat entry Kisah Pembedahan Pak Sutan . Yesterday kita org mmg bukak balik entry tu n tgk balik lepas operation semua cam na . Dua dua pun dah lupa dah hahahha .

Since kita org dah tahu pasal colon ni dari kes pembedahan papa 13 tahun lepas n pembedahan Pak Sutan 5 tahun lepas , kita org cam mentally prepare sket sebab we know what to expect n tahu apa procedure n recovery process lepas operation semua . 

Semalam Talib buat pembedahan buang usus besar . Alhamdulillah semua berjalan lancar . Dia masuk Operation Room at 11.20 dan keluar pada jam 5 petang .


3 minggu lepas , dia ada buat colonoscopy sebab dia ada notice dia duk cirit birit on n off utk beberapa minggu. Jadi dia tak sedap hati dia g kinik n mintak surat refer ke hosp utk Colonoscopy . Doc mmg bagi terus sebab dia ada citer pasal strong family history belah Papa . Papa n Abg pun dah buat pembedahan buang usus semua .

colonoscopy : masuk kamera kot bawah utk teropong dalam usus besar . Ini utk tgk keadaan colon kita macam mana

 Colonoscopy adalah kamera masuk kot bawah 
Endoscopy adalah kamera masuk kot atas / mulut 

 Area usus besar kita . Doc jumpa tumor tu di ascending colon . Belah usus besar belah kanan near apendik .


Apa dokter jumpa ?

Masa dia gie colonoscopy ni kita org ada pergi jugak sebab cam tak sedap hati je. Pak Sutan pun dia mmg rasa nak pergi sangat sangat sebab dia pun risau kot Talib ada macam dia n Papa . Sebab Talib pun badan dia susut.

Pagi dia colonoscopy n endoscopy serta ultrasound semua  . Tghari dokter dtg bagitau finding. Unfortunately dokter jumpa tumor di sebelah usus besar belah kanan berhampiran apendik. 

Gambar tuh adalah gamba tumor tu dari pandangan depan dan belakang.  Dalam 3x4cm cam tu . 

Tumor ni adalah berasal dari polyp . Bila besar / jenis aktif, dia akan membesar atau berakar kuar dari usus. Since a very strong family history kita a bit prepare juga. Walaupun sedikit cam terkejut jugak but Papa n Pak Sutan pun ok sampai sekarang...Insyaallah. Ni semua kuasa Allah kan. But mmg kena pergi periksa secara berkala every year.

Pak Sutan bgtau Talib jgn risau apa sebab dia kena buang usus belah kanan je. Nasib tak buang semua sama macam Papa n Abg. 

Dokter terus bg appointment operate minggu hadapannya.



weekend tu mmg kita org g umah Talib n Baqis sebab mama pun ada kat sana. Mmg standby dtg siap siap utk operation yg dijadualkan Selasa 

Pak Sutan diap gie ikut Talib potong rambut bagai sebab Abang ngan Adik rambut dah panjang cam sabut kelapa dah . Tetiba si Abg pun masuk saloon rambut bagai. Biasa potong kat mamak je kan . Terus rambut ada style gitew hahahah . Muda seposen Pak Sutan.

Selasa lepas sepatutnya dia akan masuk operation room pukul 12 . Kami pagi2 mmg dah sampai tunggu dia . Masa ni dia pun dah siap puasa dr malam . 

Masa ni dia ok lagi walaupun muka dia nampak cuak sket kan . Sebab ni kan major operation kan 

 Masa ni tunggu utk nurse dtg amik dia ...dah pukul 11 am ni .  Tetiba Nurse kata tunggu dulu sebab dokter bius n dokter bedah nak jumpa dulu . Pagi pagi dia buat Ct Scan  . So dokter nak explain pasal CT scan pagi tadik 

 Sempat la Pak Sutan kacau kacau Talib . Yer la, mama dah sedey sedey dah tu . Kang Talib jadi makin risau plak kan . Sutan kata mmg nerves tau sebab dia tau la kan dia pernah lalui semua tu dulu.

Dokter dtg kata tak dpt buat hari ni sebab atas sebab sebab yg tak dpt di elakkan . Dianyer bacaan pun tinggi so tak dpt buat lagi utk elak risiko kan .  Sempat dokter explain apa dia jumpa dlm CT scan semer.


 Teleng teleng support team tgk apa yg dokter tunjuk. Walaupun tak reti tgk tapi dokter mmg explain detail . So dia suh Talib discharge dulu n dtg next week. Dia bagi few medication dulu utk Talib ...terus Talib tarik napas lega n terus makan bukak puasa . Sebab tak jadi operate kan

Jumaat sampai Isnin, mama n Papa serta Rafiq dtg umah kita org . Sebab mama nak bagi Talib relax n bertenang.

26 September 2017

Talib warded balik utk operation. Isnin malam dokter amik bacaan dia semua dah dlm keadaan normal n optimal. So konpom pembedahan akan dijalankan Selasa 12 tghari. 


Masa ni awal awal pagi lagi ni . Masih ada senyuman di wajah 

 Katil dewan bedah dah sampai dah . Kena masuk awal. Pukul 11 dewan bedah dah panggil

 Masa ni mama duk kat tepi Moon duk baca mcm mcm doa ...Ya Allah selamatkan la anak ku Ya Allah. Boleh nampak mata mama berkaca je . Yer la mak mana tak risau kan


Masa ni dah kena tolak dah .

 Kita org semua kena tunggu kat luar . Mama ngan Papa susah hati . Pembedahan akan berjalan selama 5 jam.

 Pukul 5 , Talib dah ditolak masuk ke wad. Masa ni dia mamai mamai lagi maybe due to ubat bius tu kan.


Masa dia sedar dia duk aduuuuuuuu aduuuuuu perut Lib ...awat rasa cam ni . Dia dah start rasa sakit dah . Yer la dia bukak dr abdomen hingga bawah pusat . 


Open surgery ni biasanya panjang dia dlm 12-16 inch. Yg Talib ni tak sure sebab Pak Sutan tgk, dia kata sama mcm dia tapi still ditutupkan . So kita tak sure sangat berapa panjang . 

Operation ni walaupun remove Ascending Colon sahaja , tapi still jugak kena open surgery besar .

 Masa ni dia dah start rasa perit n sakit semua . Laju je tangan dia tekan pain killer . Masuk pain killer dia lena sat ...dalam 5 min je lena siap dengkoq . Lepas tu terjaga duk adu adu ...tekan lagi lena balik. Cam tu la . Tgk dia cam tu mmg flash back balik zaman jaga Pak Sutan dulu . Cam ni la keadaannya ngan wayar berselirat sana sini  . Urin bag ...bag keluar cecair lepas operation , drip ..pain kiler mmg penuh bdn ngan wayar . But cam ni 2 3 hr lepas tu dah boleh gerak gerak dah sket .

Malam tu Baqis jaga ...ni taken from her IG - Night 1

  • bqsrhm Cepat sembuh bang Mut. Siapa lagi nak gaduh dgn kita. So far keadaan bang Mut stabil. Dah start berpeluh, dah boleh tidur. Dah makan ubat, dah drip antibiotik, dah boleh bercakap. Doc bius dah prepared kan 80ml morphine kalau-kalau ubat bius dari doc bedah dah habis kesannya. Morphine sblm ni habis dlm masa sejam, doc bius pun terkejut sbb cpt sgt habis. But tak boleh makan lagi, cuma drip air shj. Tidur dia tak lena, selang 2 saat terjaga. “Umi mana?”, “B baca apa?”, “sekarang pukul berapa?”, “tak tidoq ka?”, “ni boleh cabut ka?”, “kerongkong sakit”, “awat panas?”, “bila boleh makan?”, “dengkuq kuat ka?”. Lels, tidoq la bang Mut 😌.
 Get well soon ya Lib . Dont worry, kami semua ada duk tgk Lib ni

Terima kasih untuk doa kalian . Tetiba ramai yg PM tanya macam mana boleh detect apa simtom nyer . Saya pun duk cirit dekat sebulan ni n etc . Suddenly semer jd susah hati

Simptom 

Lain org lain simptomnya 

Papa : Dia duk kembung perut. Everynight mmg dia kembung na kan sapu minyak. Mama kata najis papa berbau busuk n jadi hitam. Tu yg Papa g hosp request utk colonoscopy .

Pak Sutan : Dia takder simptom sangat. Masa tu dia 31 thn which is sangat muda utk pemeriksaan colon n etc ni but sebab papa n belah papa sangat kuat sejarah ngan sakit cam ni . Dia pun takmo tunggu lama , dia serah diri je sebab dia perasan ada darah kat najis dia . Bukan fresh blood but darah yg melekat pada najis tu pun bukan banyak. Mungkin tuhan gerakkan hati dia utk tertengok that day. Itu sahaja....tu yg terus ajak dia g hosp . 

Sebab lepas papa dah operate mmg dokter pesan ...ask your children to come over and see me. Ask them to do a colonoscopy . Its better early than late .  

Talib : Dia duk cirit dalam 2 minggu . Dia ingat dia salah makan ke apa tapi dia rasa cam tak sedap hati . Dia gie kinik n mintak refer letter terus . Memula dokter taknak bagi sebab ingat dia cirit biasa je kan. Tpi lepas dia citer family history mmg dokter bagi refer letter terus utk colonoscopy n masa tu la jumpa .


Jika ada sebarang perubahan pada badan anda ...segera pergi utk pemeriksaan ok . Kadang ada simptom macam ni tak bermakna anda ada kanser usus atau sakit dlm perut. Mungkin ada punca lain . Talk to your doctor k. 


Tanda-Tanda Kanser Usus
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur dengan darah.
  • Najis berwarna kehitaman
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa.
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu.
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat dan letih lesu.

Faktor Kanser Usus

1. Umur
Warga emas mempunyai risiko yang tinggi kerana 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Kehadiran Polip Dalam Usus
Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.

3. Keturunan
Sekiranya terdapat ahli keluargaa anda yang mempunyai sejarah menghidap kanser usus,maka anda juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

4. Menghidap Kanser
Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko untuk mendapat kanser usus.

5. Pemakanan
Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya kanser usus. makanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat meningkatkan lagi risiko diserang kanser usus.

6. Merokok
Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Oleh itu,golongan perokok mempunyai 30-40% risiko untuk menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7. Minum Alkohol
Terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

8. Berat Badan Obesiti
Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser usus.


Tuesday, March 15, 2011

Update : Operation Norma 10hrs++

15/3/2011

Alhamdulillah Norma dah selamat di bedah selepas 10 jam dalam dewan bedah .
Pagi tadik Norma masuk dewan bedah kol 8am...kol 8 pm baru kuar . Alhamdulillah according to doc semer berjalan lancar

Moon sampai ke HKL tgh hari sebab pagi ada urusan di Hosp Serdang . Setel je kat Hosp Serdang terus zass ke HKL. Masa sampai tew parents Norma , Mama , Papa , Talib and Umi dah ada sana .Nampak kat board kat sitew Normawati OT3 ..operation on progress .

Kami saba menunggu . Masa tew kat dewan bedah ramai org sebab ada 3 4 org duk buat pembedahan but Norma la yang lama skalik ....sekali sekala tgk Talib sayu je hati ini ...betapa hebat nya dugaan dia .

Kol 7 30 doc panggil Talib ....kami kat luar nih tertanya2 asal doc panggil talib ....sebab norma carik ke sebab ada apa apa ke . Cam cam la duk terpikir benda elok benda tak elok semer kuar . Mama n Mak Norma lagi la dah nanges2 sebab semer duk tertanya tanya kenapa kan .

Skalik pas 20 minit dalam tew Talib kuar ...muka dia sedey je . So kami semer kerumun la dia n tanya apa doc kata . Talib kata doc kata operation berjalan lancar . Norma dalam keadaan stabil...tekanan darah n heartbeat semer ok ...cumaaaaaaaaaaaaa

Tumor Norma sudah besar . Akar tumor tew dah sampai ke pusat saraf that is kat saraf tunjang . since tumor Norma kat cerebellum doc terpaksa bukak cerebrum tew...bukak supaya dapat remove kan tumor kat celah otak tew .But doc ley kuarkan 80% je tumor dia and lagi 20% doc tak dapat buat sebab its to complicated and kalau di teruskan ia akan mengancam nyawa Norma .

Selepas doc kuar kan 80% tumor tew masa dia org nak jahit balik tempurung kepala Norma ...ada 1 lagi complication . Dimana otak Norma membengkak and doc tak dapat nak tutup balik bukaan yg dia org buat . So doc biarkan dulu bukaan tew and tunggu otak norma kembalik kepada biasa . Doc tak pasti bila bengkak tew akan surut kadang esok dah surut kadang makan 2 3 hari . So selepas otak nya surut Norma akan masuk balik OT and doc akan tutup balik bukaan tew dengan tempurung kepala dia n jahit balik .

Norma di pindah kan ke ICU sehingga la otak yg bengkak tew surut . Kol 9 lebey tadik kamik semer dapat masuk tgk Norma . Ya Allah sedih sangat sebab ngan wayar bergantung2 ...ngan muka Norma bengkak teruk sangat . Moon tak dapat tahan sebak tgk keadaan Norma . Talib pegi kat Norma n pegang tangan Norma erat2 . Tak der tindalk balas but kaki Norma bergerak2 . Nurse tew kata sia org tak kejut kan Norma lagi . Norma akan di tido kan 2 3 hari nih sebab otak dia lom di tutup lagi kan . So mmg Norma di pantau rapi oley unit ICU.

Talib tgk gamba Norma kat phone dia ...terus dia ckp kat Umi n Sutan ...cantek Norma nih kan...sian dia kena lalui kesakitan cam nih . ...menitis nitis air mata Talib . Yer la kan mana sanggup kiter tgk our other half melalui kesakitan n ujian yg maha hebat cam tew ...we fell so helpless ....apa yg kita org buat cuma kena tenang kan Talib
Moon terharu bila Talib bagitau kat Mak Norma ...mak jangan risau ..kiter akan jaga Norma . Dia bini saya tanggungjawab saya ...akan saya usaha kan jaga dia . Mak jangan la risau ...

perggg tabah tol talib but dalam hati dia hanya Tuhan je la yg tahu

sebelum kita org balik ...Talib peluk mama kuat n cium Mama ...sambil dia kata " Mama nih ciuman utk Rafiq ya . Nanti mama sampai umah mama cium Rafiq kuat2 sama cam Lib cium mama...bagitau dia papa rindu sangat kat dia . Nanti Papa bawak mama balik "

OMG ...menitik air mata moon la tew jugaks ...i dont know la how to describe sedey giler ..

Kita org sampai umah kol 12 ...balik umah Isk Yaya dah tido . Rafiq bibik dah tido kan dia . Bibik kata Rafiq gelisah sepanjang hari ..ngak mau tidoooooo ...mebi rafiq pun dapat rasa kan keadaan Mama dia ..

Ya Allah permudah kan la segalanya ......amin

p/s : Moon memohon maaf pada customer moon . To Krel n Mazni sebab lambat sangat siapkan album kowang ...To Mama Dania ...To Lyn and to Riniy and friends ...ai betul2 mintak maaf . Ai betul2 tak sempat ...and many many thanks sebab sangat memahami ...but ai feel so teruks sebab tak dapat deliver on time and bagi ia pending lama sangat ....Moon betul2 minta maaf ...im so sorry ya . Ill try my very best utk siap kan ia secepat mungkin ....

Friday, June 17, 2011

Update Norma : 2nd cycle Radiotheraphy


Just got back from HKL ..dalam perjalanan me n sutan tak tahu nak cakap apa ...masing masing cam blank ....cam tak tahu dah nak pikir apa .

Pagi tadik Talib call bgtau keadaan Norma ...suara dia pun lain je ...Moon dapat rasakan kesedihan dia tew . Even semalam pun mama call n sembang lama sangat ...and dia sangat sangat la risau kan Norma n Talib . Dia kata tak pa pasal Rafiq dia ley tgk but kami kena tolong sama support Talib ....sebab Talib tgh duk susah hati to da max

Kak Lib tak tahu ar nak kata apa kak ..

Danggg ai pun tetiba sebak tak tahu cam na nak advice dia ...cam dah habos dah semua kata kata nak bg dia kuat sebab ai pun not that strong ...ya Allah .....

Doc kata Radiotheraphy tew tak effect langsung kat canser tew ...tak mengecik pun tambah makin membesar ada . Doc tanya Lib sama ada nak proceed ngan radiotheraphy or to give up je ..

Ai pun cam sedikitt geram dengar jawapan doc tew ..mana ley dia tanya nak give up ke apa . Dia patutu explain what are the choices yg available ...and bg la explaination yg betul betul kan since we deserve to know .

List kan apa yg patut di buat ...maybe proceed then we see how ke cam na . Yes if after 2nd cycle apa apa pun tak jadi then ok fine kami ikhtiar cara lain .

Sian sgt tgk Talib tadik ...yes i know he is very strong but hati suami mana la yg sanggup tgk isteri terlantar je cam tew ...u tell me can u stand that ? I dont think that im capable of doing what he's doing rite now

Sutan advice him masa dia anta kami ke kerete

Lib , hang kena redha n pasrah dengan semer nih Lib tapi at the same time hang kena ikhtiar sedaya yg kiter boleh ...incase apa apa berlaku pun biar kiter puas hati ...biar kiter kalah dalam keadaan berjuang dr kiter mengalah sekarang . Hang kena kuat Lib kena bantu Norma

Talib tunduk je and i know dia sedih sangat sebab ai pun tak sanggup tgk muka dia time tew ...sebab im speachless

Hang maaf kan la dosa dosa Norma kalau ada hang redha la Lib ...hang doa la agar di permudah kan segala nya ..

Abg , kami baru kawen ...tak der apa pun Norma buat salah kat Lib ...gaduh pun tak sempat ...apa pun tak sempat bang ...apa pun Lib terima bang

Now u tell me what more i can say ...cam sebak giler weii

Hati Lib remuk bang ..

Ai pandang Sutan ...kami saling berpandangan n sutan hanya ley tenang kan Talib ....

Mmg kesian sangat ...dia org kawen last year ...than Norma mengajar kat Pontian n Talib kat KL ...jumpa pun sekali sekala ..then Norma pregnant n masa kandungan 7 bulan Norma dah flat n dah start tunjuk kan tanda2 dia sakit . Allah mmg maha kuasa dia bantu Norma permudahkan bersalin kan Rafiq ...then masa tew la kesakitan Norma mmg tak dpt di tanggung lagi ...masa tew la kami baru tahu yg dia ada brain cancer .

Dalam kami kesian kan keadaan Norma ...kami lagi kesian kan keadaan Talib n Rafiq . Kesian sangat Rafiq tak dapat rasa langsung kasih sayang dr mama dia ....dah la Rafiq tew sebijik muka NOrma ...

Mmg maha hebat la ujian dia org ...hope Talib sentiasa tabah dlm menghadapi ujian nih . Lib tuhan takkan menguji hamba nya kecuali DIA tahu hamba nya itew mampu menghadapi semua itu .

Jangan kiter mengalah ....kiter patut terus kan n usaha selagi kiter mampu ...kami semua akan sentiasa doakan yg terbaik utk Norma . Apa pun yg berlaku kiter redha ya .

Mana yg org rekemen suh kiter pegi ...kiter pegi Lib ...mana tahu ada antara yg banyak2 tew dapat membantu Norma ...who knows kan .

Thanks to all readers n friends yg banyak share tempat2 rawatan ...moga Allah la dapat membalas jasa kowang .

Org kata Seth( Nora Elena ) tew la lelaki paling penyanyang n romantik ....but in real life ai think Talib la suami yg paling tabah n penyanyang ...

sedey la tgk gamba talib n norma

tambah sedey bila tgk Rafiq



ai compile kan kisah Norma n Talib ( my date mebi sedikit terlari ngan tarikh entry )

1 Mac 2011 Norma di sahkan ada brain tumor
2 Mac 2011 Doc pasang shan di kepala Norma
6 Mac 2011 Talib n Norma's 1st anniversarry
8 Mac 2011 1st operation remove kan tumor
operation 10 hour++
14 Mac 2011 Norma HKL day 14
20 Mac 2011 Norma ICU day 5 HKL day 20
22 Mac 2011 Norma HKL day 22
26 Mac 2011 Norma HKL day 25
27 Mac 2011 Norma HKL day 27
28 Mac 2011 Norma HKL day 28
1 April 2011 Norma HKL day 32
3 April 2011 Norma HKL day 34
5 April 2011 Norma HKL Day 36
7 April 2011 Urgent - Norma makin lemah
8 April 2011 Norma HKL day 39
11 April 2011 - Norma HDW , HKL day 42
sumbangan utk Rafiq
15 April 2011 Norma HKL day 46
18 April Norma HKL day 49

tgh risau kan pasal Norma ...my Hubby plak kena operate sebab colon cancer
25 April 2011 Sutan kena operate
kisah pembedahan pak sutan 24 April - 30 April 2011

masa tew jugaks dapat tahu cancer Norma stage 4
Norma stage 4

5 May 2011 Norma operate kali ke 5 HKL day 66
10 May 2011 Norma HKL day 71
12 May 2011 Norma HKL day 73
22 May 2011 Norma HKL day 83
Abdul Rafiq is 4 Months
1 June 2011 - Norma di Onkologi , HKL day 96
5 June 2011 - Norma pulang ke Rumah
15 June 2011 - Emergency
17 June 2011 - This entry
Nih gamba Rafiq ...moon amik dr blog Amy kakak ipar Norma ( wife abg Norma )

Rafiq n Cousin Mia

Gamba Rafiq 8 June hari tew


Sapa Moon pada Norma ? since ramai yg tanya sapa la Munirah nih
Im her sister in Law ...and Talib adalah adik Sutan . I love my husband very much and i love adik badik nya juga sama bagaimana saya mengasihi adik beradik saya sendiri ...ipar duai pun adik beradik jugaks kan

Why u update pasal nih ?
I sayang kan Norma sebagai mana seorang kakak menyanyangi adik nya . Kalau boley ai nak semer sedara mara n sahabat taulan Norma tahu perkembangan Norma n sama sama la kiter doakan kesihatan n kesejahteraan Norma ...moga ramai yg dapat manafaat drpada apdate nih.

Im not seeking for popularity or what so ever jauh skali nak pikir kan pasal tew

Andai kata Norma sihat nanti ...dia ley baca kisah dia nih

Andai kata she is a survivor ...maka adalah benda yg kiter ley refer n membantu org lain plak

What about Rafiq ?
Skrg mama is looking after Rafiq ...alhamdulillah rafiq membesar seperti juara

Moon ai nak kasik sumbangan boley ke ?
Boley no problem tangan yg memberi itu adalah lebih baik dr yg menerima ...just buzz me kay











Tuesday, July 24, 2018

Kisah Chemo

Assalamualaikum semua . Misti yang follow IG Kak Moon mmg tau pasal Talib kan. Dia undergo chemo session sekarang . Selepas pembedahan buang colon last year , dokter rekemen utk undergo chemo.

So dia kena 8 session . So buat kat Institut Kanser Negara Putrajaya .

So ni dah 3 session dia buat kena masuk wad . Kena duduk wat 3 hari 2 malam . Alhamdulillah Talib ok n dia pun sgt strong . Kadang kalau tgk dia cam tak caya dia tgh Chemo sebab dia makin bam bam hahahahha ampun Lib akak kutuk depan depan hahahah .

 

Kita org biasa during lunch hour akan gie lawat dia . Lagi pun session dia ada banyak kali . Tiap kali kami pergi misti bawak nasi Arab kat dia . Sebab kami kije Cyberjaya kan tak jauh pun ngan Putrajaya ni . Turun tapau n terus ke hosp . Sonok tgk dia makan hahahhaha . Hari tu pergi dia tengah tido . Pak Sutan kejut dia ...tanya 

" Hang nak makan dak ...abg bawak nasik Arab ni "

Terlebil2 dia bukak mata n bangun . Terus duduk n bukak bekas nasik hahahha lawak la hang ni Lib . 

1 session 3 hari 2 malam . Rehat 2 minggu 

baru next session . Cam tu la cycle dia . Sebelum ni ada yg makan ubat oral Xeloda , ubat pil . Makan ubat utk 4 session cam tu selama 2 minggu . Tapi Talib kata kesan yg telan ubat tu lagi kuat . Tangan n kaki dia jadi hitam sket . Kulit kering . Dia rasa payau dalam mulut . Pastu kulit dia kering n mcm surnburn mandi pantai tu . Tapi yg masuk drip ni nampak dia ok n kemain rambut belah tepi hahahhaha . 



Amboi Lib , kemain hang salam Papa lagu tu . Cam salam ngan Agong je . Dalam drip bag purple tu la ubat chemo dia . 


 Ni session dia ke berapa ntah . Mama n Papa kebetulan mmg ada sini sebab papa kena minor operation ( ha yang tu nanti akak citer entry lain . Mmg bulan ni penuh ativiti hospital ) . Habih waktu melawat at 2 terus la kena masuk opis u ols .

Waktu melawat adalah 12.30 tghari - 2 tengahari , petang plak 4 petang hingga 7 mlm kalau tak silap

Baqis akan dtg lepas kerja . Lagi pun dia kena nak amik Rafiq lagi . Dont worry Baqis, we ols ada ley belikan makan utk dia hahahha ( lauk hospital dia usik skettttt je hahahhaha kemain la tak lalu ) . Akak kalau masuk hosp akak plak paling tak sabar nak makan makanan hospital hahhaha pelik je kan.


Ni ada 1 lagi last session kot lepas tuh takyah buat dah . Nampak dia cam ok kan .. dia pun kata badan dia tak rasa apa sangat . Siap rehat 2 3 hari pastu masuk kerja selamba je dia ni . 

Tq semua yg bg ucapan selamat . Insyaallah dia ok ni . U ols jgn risau k . Hari tu siap ada yg follow IG akak cam Talib sebab kebetulan husband dia pun tgh chemo jugak hari yg sama . Siap ley duduk bersembang lagi hahhahah 2 org pesakit ni kad wad hahah . Rupanya sama jugak kes Talib , colon cancer stage 3 , chemo 8 session . Nanti mana tahu next session ley jumpa lagi . 


Sunday, March 06, 2011

Happy 1st Anniversary Talilb n Norma

Slamat Ulang Tahun Perkahwinan Talib n Norma ( 6 Mac 2011 ) ..muga semua nya selamat ...Amin .
Norma akan operate this Wednesday 8 Mac 2011 .

< pic removed >

Sabtu , bawak baby Rafiq jumpa mama n papa dia ...Norma seronok sangat dapat jumpa Rafiq ...Rafiq plak diam je cam tahu tahu je mama dia ada kat sebelah .


<  pic removed >

sebak rasa nya nengok gamba nih ...


 kita org duk kat spital sampai la kena halau ngan pulis muahahhahaha ....

Nih khas utk Mama n Papa Rafiq


Auntie2 and Uncle2 sekalian jgn la wisau kan Rafiq tau ...semua org sayang kan Rafiq . Skrg Rafiq wisau kan mama je . Hari tew sonok dapat jumpa mama walaupun beberapa jam je dapat la Rafiq rasa kehangatan badan mama n dapat la Rafiq rasa cam na duk 1 family ...Auntie2 n Uncle2 sekalian tolong doakan mama Rafiq ya . Harap pembedahan dia berjalan lancar dan Mama dapat bersama Rafiq . ..apa apa pun ini adalah saat getir buat mama . Mama takut sebenarnya bila tahu yg nanti dia akan di bedah . Mama sangat sangat perlukan sokongan dan dorongan terutama nya kaum keluarga ..org org yg dia sayangi dan mereka yg sentiasa dia sebut.

Kiter misti rasa seronok bila rasa kiter di hargai dan di sayangi .. Rafiq harap mama kuat dan tabah . Mama jgn la wisau apa pun ...mama ingat je Rafiq ...kuat kan semangat mama untuk Rafiq dan papa ...Rafiq sayang mama .


Selamat Ulangtahun perkahwinan ...Mama n Papa .

Kadang kiter jatuh tersungkur lemah tak bermaya dan tak mampu berdiri . Kiter rasa cam ini la penghujung nya . Kita putus harapan . Kita rasa semua org tak sayang kan kiter tak ingat kan kiter but kita patut bersyukur kadang ada org lain yg dapat memenuhi kekosongan kita yg dapat hulur kan tangan n papah kiter berjalan ...alhamdulillah kite masih ada suami / isteri , kaum keluarga tercinta , mereka2 yg sayang kan kiter dan para sahabat yg tak putus2 beri dorongan ..sebab kiter tak mampu hidup sendiri .......................renung renung kan ..

hari nih kiter yg terlantar sakit ....sok sok sapa yg tahu .......


org kata kiter dapat mengenal hati budi seseorang itu apa bila kesusahan n kemiskinan menimpa n apabila kiter sakit ............bila di pikir balik benda tew mmg betul ...something yg patut kita pikirkan sebelum kiter lelap kan mata

Kadang ai pun terpikir kalau la ai sakit or sutan sakit or something happen to one of us ...apa akan jadi kat anak anak . ...sapa nak jaga dia org ...cam na life dia org pas tuh ....perg bila dah jd parents nih benda pertama yg kiter wisau anak anak la ...... :(

Thanks Fifa sebab sudi share kisah hubby u ...rupanya ramai jugaks yg kesusahan n di uji ngan ujian yg sangat hebat ...

Ai tanya Sutan ...Talib tak mo balik ke umah dia kejap ...rehat ke tido ke ..sebab banyak hari dia duk kat hospital .

Then Sutan kata ...Talib tak mo balik ...dia nak sentiasa kat Norma ...kalau apa apa pun berlaku nanti biar dia puas hati dapat jaga Norma ...bila Norma sakit cam nih dia rasa dia patut setia berada di sisi norma ........so sweet kan ..

Pak Sutan kalau kiter sakit awak pun jaga kiter tau ....kalau awak sakit pun kiter akan setia tunggu n jaga awak .



Ai tak beberapa pasti apa nama tumor Norma but Talib kata CT Scan n MRI tunjuk tumor tew kat belah belakang ...so sama ada 3 tew la . Doc Kim nanti PM me ek ....apa risk dia kay ..


Nikah - Pontian
Sanding - Pontian
Reception - Penjara Kajang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...